Posts

Showing posts from 2009

Selamat Jalan..

Image
(gambar sekadar imaginasi penulis utk sahabat) Salam. Pagi esok sahabat baik akan memulakan perjalanan yang jauh...pulang ke kampung halaman di seberang laut. Hati bertaut, berlagu sendu..selamat jalan. Semoga selamat dalam perjalanan. Lihatlah kembali kampung halaman yang sudah lama di tinggalkan, Ziarahlah sahabat lama, apatah lagi sahabat sepermainan, sudah lama kau tinggalkan mereka, entah masih ingat lagi atau tidak. Kunjungilah seramai mungkin saudara mara, entah bila lagi kau akan bertamu, kerana esok kita tidak pernah tahu. Bila bersua orang tua yang sudah lama kau tinggalkan, kucuplah tangan mereka, mohon ampun dan redha mereka.Ucapkanlah kasih sayang mu buat mereka, dari hati seorang anak, dengan kata-kata atau pun pelukan. Renungkanlah jauh ke matanya, biar sampai ke dalam hatimu, agar kau dapat rasakan, ada getar rindu di dadanya. Ingatlah, hari ini bila kau masih mampu merenung wajah tuanya, hari esok kau belum pasti... Dan bila sampai waktunya kau kembali ke sisi sahabat

Selamat Tahun Baru

Image

hmm...puassshatiku..

Image
Salam, Semalam(ahad) dok umah je tak ke mana, satu hari menjadi housekeeper . Sasaran utama bilik wisya, ubah kedudukan semua barang dan tv dari bilik utama pindah ke situ bagi privacy kat dia. Dia pun memang seronok sangat, lagipun katanya itu tv dia..hmm..lotih den. Kemas segala kain baju yg dah tak nampak rupa kain baju yg dilipat dalam rak. masukkan rak kecil-kecil semua kat dalam tu, semua baju hafiz dan danish pun pindah situ gak. That mean after this segala urusan tukar/pakai baju, tukar/pakai pempes dan apa-apa kes melibatkan budak kecik bertiga itu adalah di situ. Sedar2 dah pukul 3 petang, perut dah lapar baru teringat nak masak..adui..penat juga, tapi puashati dapat gak setel sebelum ni asyik tangguh je nak kemas & kerjakan bilik tu. So semalam berjaya juga mencapai objektif harian sebagai housewife hehehe..

HAKIKAT SEDEKAH

Image
Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim) Firman Allah swt: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111. Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi: Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh. Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa pen

nilai sekeping kupon makanan

Lewat petang beberapa hari yang lepas, anakku suarakan hasrat hatinya mahu mendapatkan ganjaran dari kupon yang diberikan oleh gurunya. Kupon itu ku lihat, hadiah makan percuma untuk kanak-kanak yang baya umurnya. Pada mulanya aku sangat malas untuk melayan permintaannya, Tapi hatiku lelah bila merenung matanya yang mengharap. Aku mengangguk dalam senyum tanda kasihku untuk tunai hajat hatinya. Lantas disusuli satu lagi permintaannya, diajak bersama seorang kawan baiknya. Kawan itu pernah diceritakan oleh gurunya lewat waktu semasa aku menjemputnya di sekolah, mereka sering berbicara, bergelak tawa dan pernah bergaduh bersama. Aku gusar, bukan maksudku tidak setuju, aku kagum dengannya yang sangat setia pada sahabat. Namun aku gelisah andai ayah dan ibunya tidak mengizinkan. Aku mula memberikan pilihan, “Kita akan bersama dia kiranya diizinkan ibubapanya” Anakku girang, matanya bersinar, bibir tersenyum, dia mula berlari sambil melonjakkan badan dan mula menyanyi. Aku bahagia. Susur ke

Jom Heboh!

Image
Salam. Semalam pergi Jom Heboh TV3, seperti biasa setiap tahun bagi acara penutup yang akan berlangsung di sekitar KL. So, tahun ni kat Bukit Jalil. Kali ni pergi memeriahkan suasana ramai-ramai bersama anak buah. Baby tinggal..sian baby, takpela, baby kan kecik lagi, nanti baby besar baru ummi bawa jalan, ok? Sampai sana, orang tengah ramai, cuaca pula panas, kelam kabut mencari payung, terpakai juga payung yang dah separuh rosak hari tu & anak buah tak pasal-pasal terbeli payung yang cantik. Berkenan gak aku, tapi payung dah banyak hehehe.. tak sempat nak round habis coz tak daya di tengahari tu..tapi seronok..adik & kakak pun seronok. Jam 3.00petang we all dah balik..setelah shopping beberapa barangan makanan, dapat la 4 beg yang cantik hari tu. hehehe..ok la tu!

Satu Hari Di hari Raya Haji

Image
Salam. Lagi dua hari umat islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan 10 Zulhijjah 1430H. Bermakna lagi dua hari umat islam akan menerima kedatangan Hari Raya Aidil Adha, atau Hari Raya Korban, atau yang selalu aku 'panggil' Hari Raya Haji. Hari Raya Haji mungkin di pandang kecil bagi sesetengah orang, mungkin di pandang sepi bagi orang yang kurang meraikannya, mungkin dilupakan terus bagi mereka yang 'sibuk amat sangat' dan tidak mahu meraikannya. Tapi besar maknanya bagi insan seperti aku, yang dulunya ketika masih kecil, ketika berada di kampung, ketika hidup dalam kesulitan, kepayahan dan kemiskinan. Itulah hari yang ditunggu-tunggu dan bukan pada aku seorang, tapi pada semua orang-orang kampung. Malah hari itu dirasakan sama meriah atau mungkin lebih meriah dari Hari Raya Aidilfitri. Kenapa?? Kerana hari itu, kami orang kurang mampu untuk makan besar seperti orang kaya ini, akan dapat makan nasi dengan lauk seperti orang kaya, nasi lauk daging! Dan untuk seta

2012

Image
Salam. Minggu lepas, ambil masa sikit untuk berdua-duaan dengan teman baik, pergi tengok wayang. Dah lama kami tak dapat tengok wayang bersama. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tanggungjawab sendiri. Agak teruja untuk menonton kali ini kerana ada terbaca emel yang agak kerap di forward kan oleh kawan-kawan. Untuk cuba membayangkan keadaan tersebut, maka cuba menontonya. Biasalah, kalau filem 'orang barat' ni, segalanya nampak macam 'orang dia' saja yang bagus dan hebat. Kenapa saya berani berkata begitu? Kerana sudah banyak bukti filem yang telah kita tonton selama ini, memang mereka selalu membenarkan diri mereka walau dalam apa cara sekalipun, apatah lagi yang melibatkan agama. Mereka akan putar belitkan kebenaran yang termaktub di Al-Quran untuk memperlihatkan 'mereka' yang benar. Semoga kita semua tidak terpedaya, Nauzubillah.. Bagi aku kisah tersebut mungkin di aplikasikan daripada kisah Nabi Allah, Nuh alaisalam. Lebih kurang sahaja, bukan benar-benar

Sukan & Konvokesyen

Image
Ahad lepas, 15/11/2009 Tadika tempat Wisya belajar mengadakan hari sukan dan penyampaian sijil, kira konvokesyen la tu. Kami sekeluarga hadir ke majlis itu kecuali baby (sian baby, selalu kena tinggal huhu..) Meriah juga hari tu dan Wisya seronok sangat dapat banyak hadiah, kami pun dapat juga, coz dapat johan dalam acara sukaneka bagi kaum ibu dan bapa, ngeh ngeh ngeh... Tahun ini kiranya tahun terakhir Wisya belajar di situ (setelah 2 tahun pergi ke Tadika tersebut iaitu sejak berumur 4 tahun lagi.) adik pun gumbira sambil menyibukkan diri di depan pentas, tak larat nak kontroll..seronok betul dia hari tu. bergambar pun adik teruja..apa yang ditunjuknya ntah.. adik & along kakak dapat hadiah.. acara isi air dlm botol dan jalan atas tempurung

Panggilan Pertama

Image
Semalam balik dari kerja, sedang buka pintu terdengar bising-bising dalam rumah suara adik & kakak memanggil-manggil nama ku. Mula-mula dengar suara adik, di panggilnya 'aboh' coz sebelum ni, dia baru pandai panggil 'aboh' jer. Bukak je pintu, kakak menjerit panggil 'ummi'. Adik pun tiba-tiba ikut menjerit panggil 'ammi'. Terkejut kami berempat termasuk abohnya, coz itulah panggilan pertama adik untuk aku. Tapi bunyi lain sikit, 'ammi' bila cuba diperbetulkan, tetap juga bunyi 'ammi'. Semalam di ulang-ulangnya banyak kali 'ammi' kepadaku, bangga la tu dia dah dapat panggil namaku. Kalau sebelum ni bila nak apa-apa dia panggil abohnya jer, tapi semalam asyik panggil 'ammi' jer...sampai penat plak nak layan kerenah & kemahuannya. afiz...afiz, makin bijak anak ummi.

Aduhai....anakku.

Image
Petang semalam berdebar betul jantungku, kecut perut dan bengang pun ada. Nasib baiklah aku dapat tenangkan hati dan jiwa yang berkecamuk, dapat control lagi perasaan sepanjang perjalanan pulang ke rumah dari ofis. Jam 6.00 petang dalam kesesakan di celah kenderaan bergerak perlahan di jalan kuching, aku dapat call daripada asben, katanya dia sekarang berhenti sekejap di tepi jalan coz pick up call daripada kakak yang kejap tadi yang mengadu padanya bahawa anakku hilang dari rumahnya bersama laptopnya. Ya Allah..mana tak tensen kalau dapat call macam tu?? Tapi Alhamdulillah, aku tenangkan hati seketika, beristighfar banyak-banyak, berdoa dalam hati semoga Allah swt selamatkan anakku dari segala musibah. Dalam gementar tu, aku terfikir satu je, kemungkinan anakku keluar sendiri dari rumah tu coz bila tanya kakak, rumahnya tiada kesan pecah masuk. Aku hubungi jiran di rumah, katanya dia ada ternampak kelibat anakku di lif dan menuju ke arah rumah jiran depan rumahku. Syukur Alhamdulillah

hujan oh hujan..banjir oh banjir oh banjir....

Image
Kelmarin call abang di kampung, katanya hujan lebat setiap hari sekarang. Tengok berita di TV pun, memang dah banjir, dah ramai kena pindah. Alhamdulillah kampung masih tak ditenggelami air sungai yang melimpah, tapi sudah di paras merbahaya kata abang. Aku terbayang segalanya bila ku pejam mata. Dulu masa aku kecik, time ni lah yang paling bes, apa taknya, main air la...ramai-ramai tebang pokok pisang buat rakit. Berakit ke bukit belakang rumah (kerana kawasan belakang rumah agak rendah dan selalu digenangi air hujan bila musim banjir). Kalau air sungai melimpah dan masuk ke kawasan kampung akan ada dua tiga buah rumah di hilir kampung dan bawah bukit akan tenggelam, maka akan bermulalah pesta payung berwarna-warni..maksud aku masa tu akan ramai orang kampung keluar rumah melawat kawasan yang ditenggelami air dan masa tu banyak kelihatan payung berwarna-warni sekitar situ. Kalau dulu akulah antara yang paling sibuk nak meronda ke hulu dan hilir kampung, pergi tengok air..geng aku yang

Drama di luar drama

Image
Malam tadi aku sempat tengok drama Sebelum Sejadah Terbentang, lebih kurang gitula tajuknya. Hatiku tersentuh dengan drama yang pendek tapi berkesan. Congratulation la buat pengarah dan penerbit serta pelakonnya coz boleh membuatkan penonton berfikir jauh dan berasa hati. Seorang kanak-kanak yang sangat mengasihi dan mentaati ibunya, menjalani kehidupan yang penuh jujur dan taat pada Allah swt sepertimana didikan dan pesan ibu sebelum meninggalkan dia buat selamanya. Kesucian dan kebersihan hati seorang kanak-kanak mampu mengubah kehidupan seorang lelaki dewasa yang dipanggil paksu olehnya, yang telah berpuluh tahun menjalani kehidupan penuh sosial, hanya dalam masa 3 hari. Itulah realiti sebenar di luar. Tapi drama itu diselitkan dengan bunga-bunga bahasa dan gaya persembahan yang ringkas dan bersahaja. Hakikatnya, drama di luar drama, perkara itu boleh jadi satu kemungkinan, boleh jadi satu kepastian dan kita tidak tahu apakah ending seperti mana drama dalam tv? Yang pasti, diri m

Entry Tertangguh

Sedar tak sedar, rupanya hari ini dah masuk hari keempat bulan sebelas... Sebenarnya pagi jumaat lepas aku memang ingat sangat tarikh keramat ni, tapi pada hari tu aku memang tak sempat nak tulis coz baby demam dan kerja-kerja urgent di ofis pun banyak. Pada 30 oktober yang lalu adalah tarikh yang tetap ku ingat di mana pada hari tersebut pada tahun 1995 seorang sahabat baik telah kembali ke rahmatullah. Jadi pada 30/10/2009 yang lalu, genaplah 14 tahun. Semoga roh arwah Eddy Azleey dirahmati Allah swt dan di tempatkan bersama orang-orang yang terpelihara disisiNya. aminnn.. Al Fatihah buat arwah.

mereka..

Image
Hari ini Muhammad Hariz Danish genap 3 bulan. Setakat ini perkembangannya ok, sihat walafiat dan makin tembam. Muhammad Hafiz Darwisy pula 1 tahun 6 bulan 1 hari, dah makin lincah dan manjanya menjadi-jadi, kadang tu geram juga dengan cengengnya yang sekali sekala datang mengada tapi itulah kelainannya. Haifa Darwisyah pula 5 tahun 9 bulan makin bijak dan petah. Kadang tu pening juga dengan degilnya. Buat bising pun no. 1 kalau di rumah. Sangat sayangkan adiknya dan adakalanya rajin juga menjaga adik tapi lebih banyak menyakat dari menjaga. Dia sekarang taklah seboring dulu lagi sejak ada dua orang adik dalam masa yang singkat. Bila berbual, dah macam orang dewasa bualnya, dah pandai tanya soalan yang kadang tu sukar untuk dijelaskan. Tapi kasihan, dia adakalanya menjadi mangsa keadaan bila selalu disuruh macam-macam termasuklah menjaga adik. Selalu jadi mangsa dipersalahkan dalam semua hal, walau pun tidak sepatutnya. Tuhan saja yang tahu betapa besarnya kasih & sayang ini pad

Dan sungai ini...

Image
Tadi hampir sepetang di sungai, hmm..rindu benar dengan sungai ni. Banyak benar kenangan indah dan pahit di sini. Kecil-kecil dulu di sinilah tempat bermain, juga tempat melepaskan perasaan bila di marah mak, tempat mencari rezeki, pendek kata tempat bersusah senang masa kecil dulu. Ingatanku mula mengalir… Balik sekolah hari tu, aku dan Siah melencong ke sini, apa lagi..mandi sungai la..siap main tarzan lagi..bergayut dengan akar pokok bunut dari atas tebing berayun dan terjun ke tengah sungai, tempat dalam lagi tu pastu berenang ke tepian..hehehe..beranikan aku?? Biasala, kalo tak berani bukan budak kampunglah namanya.. Tengah leka main air, mak menjerit dari tebing sungai, aku tengok di tangannya dah redi dengan ranting, apa lagi berbiratlah satu badan hari tu. Esoknya bila jumpa Siah kat sekolah, dia pun berbirat juga, rupanya mak aku dah repot kat mak dia..adui sian betul Siah. Sejuk kakiku..oh sejuknya masih seperti dulu..masih mengalir lesu bagai dulu….. Petang tu aku frust abi

Selamat Jalan

Selamat jalan buat tiga orang insan yang disayangi, semoga perjalanan ini diberkati dan dilindungi Oleh Allah swt. saya doakan kalian selamat pergi dan kembali.. Buat Yan yang akan bertolak ke Holand malam ni, berhati-hati di tempat orang, ambillah sebanyak mana ilmu dan peluang yang ada di sana. Kembalilah dengan kenangan yang berharga. Buat Mama & Aboh yang akan bertolak ke Mekah hari ini, semoga mama & aboh memperolehi haji yang mabrur, sentiasa dipermudahkan urusan, selamat mengerjakan ibadah dengan penuh tawaduk, doakan saya di sana nanti. Selamat jalan...

Kerana kita di dalam takdirNya…

Petang itu cerah..langit kembali memberi sinar setelah hampir setengah hari hujan..daun-daun masih basah, sisa air hujan masih mengalir perlahan tumpang lalu di tepi jalan tar yang sempit..mengalir masuk ke dalam pagar..mengasak ke arahku.. sengaja kubiarkan kaki dilanggar rembesan air di bawah rumput itu… Duduk termenung jauh di atas batang kelapa yang ditebang sebulan lalu, tergolek di belakang dapur..disebelah ku ada dua tiga batang serai yang baru dicabut..masih berserabut dengan akar dan daun yang panjang dan tajam sisinya..sengaja tak dipotong..biarlah dia. “Wei…kat sini kau rupanya, puas aku panggil..pintu tak kunci, ingat ada orang..ish..” Nyaring suara itu, aku dongak perlahan dalam separuh sedar, siapala yg mengacau lamunan sedihku ini..Siah! Wei…kau dari mana? Bila kau balik? Lamanya kita tak jumpa, aku selalu cari kau! Banyak soalan yang aku tanya, sampai satu pun tak mampu dijawab Siah. Petang itu kami berbual lama, banyak perkara yang telah tertinggal untuk diceritakan s

aku tidak mahu lagi

Aku tidak mahu lagi Mencintai seseorang dengan sepenuh hati Kerana bila tersedar yang aku tidaklah dicintai sedemikian, Aku jadi patah hati.. Aku tidak mahu lagi Merindui seseorang yang kukasihi bila berjauhan, Kerana bila aku tersedar yang aku dilupakan dibelakangnya, Aku juga yang hampa Aku tidak mahu lagi Menganggap bahawa aku memiliki seseorang Kerana cuma aku yang merasakan sebegitu, Hakikatnya, aku silap.. Akhirnya aku juga yang akan kesal… Aku tidak mahu lagi mempercayai.. Walaupun seorang teman hidup yang pernah susah senang bersamaku Kerana bila kepercayaan yang kuberi dikhianati, Aku jadi tidak pernah yakin lagi.. Aku tidak mahu lagi Meletakkan harapan apa-apa pada sebuah perhubungan Kerana bila hubungan itu gagal di tengah jalan… Disitulah kesilapan yang sukar utk disesali.. Aku tidak mahu lagi Menangis mengenangkan nasib Dengan ujian dan dugaan yang sentiasa hadir.. Kerana Takdir telah menentukan segalanya.. Aku tidak mahu mengharapkan balasan pada cinta & kasih yang ku

spesel raya

Image
Raya baru ni, tak sempat nak snap pic coz bz dgn baby baru..tahun ni tahun kedua bagi Afiz merayakannya, dia berbaju melayu ungu sedondon dengan kakaknya..tapi bl nak snap dia melarikan diri..malu le konon...

2 Minggu...2 bulan..

Image
Muhammad Hariz Danish Ketika berusia 2 minggu dan setelah berusia 2 bulan... masa lahir..beratnya 2.09kg...sekarang 4.7kg..rahsianya?? khasiat susu ibu..

Ada apa dengan 60 hari?

Mmm, dah lama benar ku tinggalkan blog ni, bukan lari..bukan menghilangkan diri.. sekadar menyepikan diri selama 60 hari.. Bukan malas..bukan juga tiada masa..tapi jiwa yang agak suram dan kecewa membuatkan semangat seakan hilang. Banyak perkara yang agak berat untuk ditanggung telah berlaku sepanjang tempoh itu. Kecewa dengan sebuah perhubungan.. Kejujuran yang hilang… Kepercayaan yang dikhianati.. Itu semua sudah cukup untuk membuatkan jiwa ini hambar.. Tapi demi sebuah kelangsungan hidup, selagi hidup ini belum bernokhtah,…ia perlu diteruskan. Aku bersyukur diberikan sekeping hati yang masih kuat untuk mengharunginya, biarpun dengan sepasang mata yang sering mengalirkan air jernih..kesabaran sering datang dan pergi.. Aku tidak mahu tewas hanya kerana sebuah cinta yang gagal ku gapai.. Aku mahu terus kuat demi insan kecil yang amat kukasihi. Menjauhkan diri mencari ketenangan ke kampung halaman memberikan aku sedikit ruang untuk mencari kekuatan melalui onak duri yang makin tajam dan