Posts

Showing posts from December, 2009

Selamat Jalan..

Image
(gambar sekadar imaginasi penulis utk sahabat) Salam. Pagi esok sahabat baik akan memulakan perjalanan yang jauh...pulang ke kampung halaman di seberang laut. Hati bertaut, berlagu sendu..selamat jalan. Semoga selamat dalam perjalanan. Lihatlah kembali kampung halaman yang sudah lama di tinggalkan, Ziarahlah sahabat lama, apatah lagi sahabat sepermainan, sudah lama kau tinggalkan mereka, entah masih ingat lagi atau tidak. Kunjungilah seramai mungkin saudara mara, entah bila lagi kau akan bertamu, kerana esok kita tidak pernah tahu. Bila bersua orang tua yang sudah lama kau tinggalkan, kucuplah tangan mereka, mohon ampun dan redha mereka.Ucapkanlah kasih sayang mu buat mereka, dari hati seorang anak, dengan kata-kata atau pun pelukan. Renungkanlah jauh ke matanya, biar sampai ke dalam hatimu, agar kau dapat rasakan, ada getar rindu di dadanya. Ingatlah, hari ini bila kau masih mampu merenung wajah tuanya, hari esok kau belum pasti... Dan bila sampai waktunya kau kembali ke sisi sahabat

Selamat Tahun Baru

Image

hmm...puassshatiku..

Image
Salam, Semalam(ahad) dok umah je tak ke mana, satu hari menjadi housekeeper . Sasaran utama bilik wisya, ubah kedudukan semua barang dan tv dari bilik utama pindah ke situ bagi privacy kat dia. Dia pun memang seronok sangat, lagipun katanya itu tv dia..hmm..lotih den. Kemas segala kain baju yg dah tak nampak rupa kain baju yg dilipat dalam rak. masukkan rak kecil-kecil semua kat dalam tu, semua baju hafiz dan danish pun pindah situ gak. That mean after this segala urusan tukar/pakai baju, tukar/pakai pempes dan apa-apa kes melibatkan budak kecik bertiga itu adalah di situ. Sedar2 dah pukul 3 petang, perut dah lapar baru teringat nak masak..adui..penat juga, tapi puashati dapat gak setel sebelum ni asyik tangguh je nak kemas & kerjakan bilik tu. So semalam berjaya juga mencapai objektif harian sebagai housewife hehehe..

HAKIKAT SEDEKAH

Image
Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim) Firman Allah swt: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111. Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi: Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh. Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa pen

nilai sekeping kupon makanan

Lewat petang beberapa hari yang lepas, anakku suarakan hasrat hatinya mahu mendapatkan ganjaran dari kupon yang diberikan oleh gurunya. Kupon itu ku lihat, hadiah makan percuma untuk kanak-kanak yang baya umurnya. Pada mulanya aku sangat malas untuk melayan permintaannya, Tapi hatiku lelah bila merenung matanya yang mengharap. Aku mengangguk dalam senyum tanda kasihku untuk tunai hajat hatinya. Lantas disusuli satu lagi permintaannya, diajak bersama seorang kawan baiknya. Kawan itu pernah diceritakan oleh gurunya lewat waktu semasa aku menjemputnya di sekolah, mereka sering berbicara, bergelak tawa dan pernah bergaduh bersama. Aku gusar, bukan maksudku tidak setuju, aku kagum dengannya yang sangat setia pada sahabat. Namun aku gelisah andai ayah dan ibunya tidak mengizinkan. Aku mula memberikan pilihan, “Kita akan bersama dia kiranya diizinkan ibubapanya” Anakku girang, matanya bersinar, bibir tersenyum, dia mula berlari sambil melonjakkan badan dan mula menyanyi. Aku bahagia. Susur ke

Jom Heboh!

Image
Salam. Semalam pergi Jom Heboh TV3, seperti biasa setiap tahun bagi acara penutup yang akan berlangsung di sekitar KL. So, tahun ni kat Bukit Jalil. Kali ni pergi memeriahkan suasana ramai-ramai bersama anak buah. Baby tinggal..sian baby, takpela, baby kan kecik lagi, nanti baby besar baru ummi bawa jalan, ok? Sampai sana, orang tengah ramai, cuaca pula panas, kelam kabut mencari payung, terpakai juga payung yang dah separuh rosak hari tu & anak buah tak pasal-pasal terbeli payung yang cantik. Berkenan gak aku, tapi payung dah banyak hehehe.. tak sempat nak round habis coz tak daya di tengahari tu..tapi seronok..adik & kakak pun seronok. Jam 3.00petang we all dah balik..setelah shopping beberapa barangan makanan, dapat la 4 beg yang cantik hari tu. hehehe..ok la tu!