Posts

Showing posts from 2010

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Image
Personality: 1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about. 2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment 3. Don't over do; keep your limits 4. Don't take yourself so seriously; no one else does 5. Don't waste your precious energy on gossip 6. Dream more while you are awake 7. Envy is a waste of time. You already have all you need.. 8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness. 9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others. 10. Make peace with your past so it won't spoil the present 11. No one is in charge of your happiness except you 12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime. 13. Sm

Bagaimana Imam Malik Dididik

Image
Terbaca kisah bagaimana cara ibu bapa Imam Malik mendidik Imam Malik sehingga beliau sendiri memilih jalannya sendiri. Sewaktu kecil, Imam Malik adalah seorang budak yang minat menyanyi dan bermain dengan burung merpati sehingga sedikit waktu sahaja beliau habiskan untuk mengulangkaji pelajaran. Berdasarkan keputusan dalam pengajian, beliau adalah dikalangan yang terkebelakang berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain kerana tidak peduli dengan pelajaran dan sibuk dengan minatnya sendiri. Ibu dan ayahnya amat menaruh harapan Imam Malik akan mejadi seperti mendiang datuknya yang alim dan faqih dalam ilmu agama. Sehinggalah pada suatu hari ayahnya mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan soal jawab ilmiah setiap kali selesai solat jumaat. Hasilnya, adik kepada Imam Malik jauh lebih kehadapan berbandingnya. Ayahnya tersenyum melihatnya sambil berkata: “Burung merpatimu telah lalaikan kamu daripada menuntut ilmu.” Perkataan itulah yang hanya diucapkan oleh ayahnya. Bukan berb

Baby Sudah Mulai Berjalan...

Image
Sekarang bay dah berumur 1 tahun 4 bulan @ 16 bulan. Baby sudah mulai bertatih dan berjalan dua tiga langkah, cuma masalahnya baby ni kurang rajin untuk terus berlatih, bila mara 2-3 langkah baby sambung dengan merangkak, jadi lambatlah sikit berjalan jika dibanding dengan abang dan kakaknya yang mulai berjalan laju dalam umur 1 tahun. Alhamdulillah sejak keluar wad pada pertengahan September baru-baru ini baby semakin sihat dan tidak lagi sakit-sakit seperti dulu. Sejak mengamalkan ubatan cina Que Fei San nampak seperti serasi dan mujarab buat baby, syukur alhamdulillah, harapan yang terbaik buat baby agar baby sihat dan tidak lagi sakit seperti dulu. Aku mahu lihat baby sembuh dengan sepenuhnya dan sentiasa ceria bersama abang dan kakaknya. Abang afiz pun dah mulai membahasakan dirinya abang, bila kita tanya abang afiz ke, jawabnya bukanlah...abang je, heehee...tapi dengan ummi dan abaoh masih membahasakan dirinya adik. Kakak, insyaallah tahun hadapan masuk darjah satu, di SK S.Gomba

Baby Danish ke HKL sekali lagi..

Image
Malam khamis baru-baru ni 11.03.10 baby Danish tiba-tiba mengalami semput dan sesak nafas, nafanya sangat laju dan bunyi "wheezing" di paru-parunya bila menarik dan menghembuskan nafas... Bawa ke HKL..terus admitted, tinggallah kami berdua di sana selama 9 hari, dari 11/03-19/03/10. Doktor mengesahkan baby mendapat jangkitan virus di paru-paru.. Alhamdulillah setelah setiap hari baby di berikan gas by neb, dan oxygen 24 jam, baby pulih dengan baik dalam masa 4 hari, tapi selepas itu, baby dapat pula jangkitan virus ke usus, membuatkan baby muntah dan cirit birit bermula jam 4.15 pagi 15/03 (isnin) terpaksa doktor 'line on' semula untuk drip dan baby jadi cengkung dan lesu semula...ketika itu keadaan baby amat sedih.. Tiada lagi senyuman dan ketawa baby...meruntun jiwa yang memandang.. Hanya doa dan airmata menemani malam-malam kami berdua di wad KK6, Inst. Pediatrik HKL.. Akhirnya, syukur alhamdulillah pagi 19/03/10 baby kelihatan ceria, mampu tersenyum dan sudah mint

Baby Danish..

Image
Baby dah 6 bulan setengah, dah pandai meniarap sendiri, siap guling guling lagi. Sekarang dah tak berani nak letak atas sofa, takut tergolek. Atas tilam pun dah panadai pusing 360 darjah. Itupun kira lambat juga jika dibandingkan dengan abang & kakaknya. Tapi kira masih normal lagi coz baby sebenarnya baru berumur 4 bulan lebih.Itu ukuran dari segi fizikal dan mental sebenar yang ditolak dari tempoh tak cukup bulan. Baby selalu senyum-senyum bila di bawa berbual, kalau kakak agah dia, lagi seronok dan ketawa tegedik-gediks lagi.. Gambar terbaru baby masa pergi taman kepong & desa water park baru-baru ni.. Baby yang cumil.. Luv u baby... baby Danish yang manja... baby yang bijak... ummi & aboh sayang baby...

Selamat Hari Lahir Anak Ummi...

Image
Hari ini 29.01.2010 genaplah umur Haifa Darwisyah 6 tahun. Dah besar anak Ummi..dalam suka duka mengharungi hidup bersama. Sejak lahir 6 tahun yang lalu, Wisya membesar sempurna seperti baby dan kanak-kanak lain. Masa kecil dulu kami panggil dia adik, setelah mengandungkan adik Hafiz, dia mula membahasakan dirinya Kakak. Sejak lahir lagi kakak sangat aktif dan cergas, sangat ceria dan menghiburkan hati Ummi & Aboh.Kakak seorang baby yang sangat baik, tidak banyak kerenah dan tidak menyusahkan Ummi.Kakak senang di bawa ke mana saja. Kakak tidak tidur di buai, ke mana saja pergi, kakak tiada masalah bila mahu tidur. Kakak juga memiliki antibodi yang kuat, kakak jarang sakit dan tidak mudah mendapat jangkitan.Kakak dulu tembam dan montel, badannya pejal dan kuat berdiri sejak umurnya 5 bulan.Umur 7 bulan dah mula merangkak, 8 bulan dah mula belajar berdiri dan berpegang. Ummi suka ambil gambar kakak.Ummi letak kakak kat mana-mana tempat untuk berpegang, pastu ambil gambar.seronok Ummi

Hepi Besday Farah..

Image
Hepi besday Farah, walaupun kakda tak tau berapa haribulan tarikh sebenar besday Farah, tapi tanda ingatan kakda & tanda terima kasih kakda buat Farah yang sudi melayan kerenah kakda yang manja lagi keletah di setiap bulan untuk mendapatkan data gapping. So, terimalah hadiah dari kakda yang tak seberapa ini, tapi jangan amik, tengok je k. Bye, lap u so much Farah, semoga ceria selalu..

Teringat

Image
Semenjak 2, 3 menjak ni, teringat betul kat kampung...nun jauh di sana..di sebuah desa terpencil, pedalaman. Teringat teratak usang, sungai, rel keretapi, pondok stesen keretapi dan keretapi tu pun aku teringat. Terbayang suasana masa kecik kat kampung, teringat madrasah tempat mengaji selepas balik dari sekolah, teringat kolah depan madrasah, teringat Ayah Teh, guru mengaji yang sangat baik dan sungguh merdu bila dia mengaji berlagu. Teringat semua kawan seperguruan, seperngajian(ada ke istilah ni?) dan yang paling teringat, kawan-kawan se"kolah" (1 kolah - mandi & basuh kolah sama-sama). Teringat masjid usang di kampung lama,(bawah). Teringat pokok binjal di tepi kubur.Teringat pokok ara di tepi sungai, teringat perahu, teringat pukat dan pelampung. Teringat etak. Teringat siput, Teringat gondang. Teringat sekolah papan dulu-dulu. Teringat makan nasi kerabu gemulah cikPiah. Teringat makan mi rebus buatan Pok Mat di kedai gemulah Mokyoh. Teringat pergi cari kulat sisir

Dia..

"Kami tidak akan memikulkan beban kepada seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya" (Al-An'am 6:152) Dia tidak akan memberikan beban untuk menzalimi seseorang, tetapi Dia menguji untuk melihat sejauhmana kesabaran, malah itulah tandanya Dia mengasihi seseorang, agar orang itu lebih dekat denganNya, lebih baik aku pujuk hati dengan cara menghampirinya, daripada bersedih hati. "Dia tahu apa yang ada di depan mereka" (Al-Anbiya' 21:28) Dia tahu segalanya, biarlah aku sentiasa bercerita dan mengadu bersama Nya, Dia lebih kuat memberikan kekuatan, Dia lebih kuasa memberikan kekuasaan, biarlah aku meratap menangis di atas sejadah cinta, untuk meraih kasih yang kekal dariNya. "Allah memilih orang-orang yang dikehendakinya" (Al-Syura 42:13) Dia maha pengasih dan penyayang, letakkan segala harapan dan pergantungan seluruhnya pada Dia, semoga suatu hari nanti mampu menjadi antara yang dicintaiNya...amin..

Hati ini teruji lagi..

Image
Apa lagi yang mampu diucapkan, Tinggal tangisan di dalam doa di kala malam mengadap Dia Yang Maha Kuasa. Kerana Aku tetap yakin Dia tahu segalanya, Dia tahu aku sedang menangis, Dia tahu aku terlalu mencintai, Dia tahu kasihku teruji. Biar ku serah segala padaNya, Kerana aku sudah habis daya, Aku tak mampu berkata-kata lagi.. Tinggal airmata menjadi saksi, Setiap hari, setiap malam. Jalanku makin sunyi..langkahku makin longlai.. Tapi aku tetap gagahi demi buah hatiku.. Aku perlu kuat demi mereka.. Biar aku sakit merana, asalkan mereka bahagia.. Biar jantungku luluh sekalipun, asalkan mereka tetap terbela.. Langkah ini masih bersisa, Dalam kelam kehidupan dan jiwa yang parah, Biarlah aku teruskan, Sekalipun keseorangan..kerana Tuhan tetap ada.. Biar apa pun terjadi Aku akan tetap buat yang terbaik untukmu.. Selagi nafas belum berhenti.. Kerana aku tiada sesiapa lagi..

Percutian Tahun Baru

Image
Minggu lepas, selama 5 hari baby Danish ditahan di wad Pediatrik HKL. Syukur alhamdulillah malam tadi jam 8 malam, kami telah dibenarkan pulang ke rumah. Sepanjang berada di sana, baby sentiasa senyum-senyum dan gelak-gelak bila di agah dan dibawa bercakap. Baby belum mengerti apa-apa, yang baby tahu dia berada di tempat baru, hari pertama baby pandang sekeliling, sambil kerut kening menandakan baby konfius dimanakah baby ketika itu. Malam pertama di sana baby tak mahu tidur, baby rindu kakak dan abang afiz. Baby tercari-cari suara kakak yang bising selalu mengacau baby tidur, baby tercari-cari tangan abang yang suka cubit pipi dan cungkil-cungkil baby dengan jari kelingkingnya. Baby tercari-cari angah yang selalu peluk baby bila baby merengek nak tidur…baby rindukan semua itu. Esoknya, memulakan hari pertama di wad, baby merajuk tak nak minum susu, baby susah nak habiskan susu walaupun cuma 3 auns saja. Baby dipasangkan oxygen sepanjang masa, baby tak selesa dan rimas. Sepanjang 5 ha