Posts

Showing posts from January, 2010

Selamat Hari Lahir Anak Ummi...

Image
Hari ini 29.01.2010 genaplah umur Haifa Darwisyah 6 tahun. Dah besar anak Ummi..dalam suka duka mengharungi hidup bersama. Sejak lahir 6 tahun yang lalu, Wisya membesar sempurna seperti baby dan kanak-kanak lain. Masa kecil dulu kami panggil dia adik, setelah mengandungkan adik Hafiz, dia mula membahasakan dirinya Kakak. Sejak lahir lagi kakak sangat aktif dan cergas, sangat ceria dan menghiburkan hati Ummi & Aboh.Kakak seorang baby yang sangat baik, tidak banyak kerenah dan tidak menyusahkan Ummi.Kakak senang di bawa ke mana saja. Kakak tidak tidur di buai, ke mana saja pergi, kakak tiada masalah bila mahu tidur. Kakak juga memiliki antibodi yang kuat, kakak jarang sakit dan tidak mudah mendapat jangkitan.Kakak dulu tembam dan montel, badannya pejal dan kuat berdiri sejak umurnya 5 bulan.Umur 7 bulan dah mula merangkak, 8 bulan dah mula belajar berdiri dan berpegang. Ummi suka ambil gambar kakak.Ummi letak kakak kat mana-mana tempat untuk berpegang, pastu ambil gambar.seronok Ummi

Hepi Besday Farah..

Image
Hepi besday Farah, walaupun kakda tak tau berapa haribulan tarikh sebenar besday Farah, tapi tanda ingatan kakda & tanda terima kasih kakda buat Farah yang sudi melayan kerenah kakda yang manja lagi keletah di setiap bulan untuk mendapatkan data gapping. So, terimalah hadiah dari kakda yang tak seberapa ini, tapi jangan amik, tengok je k. Bye, lap u so much Farah, semoga ceria selalu..

Teringat

Image
Semenjak 2, 3 menjak ni, teringat betul kat kampung...nun jauh di sana..di sebuah desa terpencil, pedalaman. Teringat teratak usang, sungai, rel keretapi, pondok stesen keretapi dan keretapi tu pun aku teringat. Terbayang suasana masa kecik kat kampung, teringat madrasah tempat mengaji selepas balik dari sekolah, teringat kolah depan madrasah, teringat Ayah Teh, guru mengaji yang sangat baik dan sungguh merdu bila dia mengaji berlagu. Teringat semua kawan seperguruan, seperngajian(ada ke istilah ni?) dan yang paling teringat, kawan-kawan se"kolah" (1 kolah - mandi & basuh kolah sama-sama). Teringat masjid usang di kampung lama,(bawah). Teringat pokok binjal di tepi kubur.Teringat pokok ara di tepi sungai, teringat perahu, teringat pukat dan pelampung. Teringat etak. Teringat siput, Teringat gondang. Teringat sekolah papan dulu-dulu. Teringat makan nasi kerabu gemulah cikPiah. Teringat makan mi rebus buatan Pok Mat di kedai gemulah Mokyoh. Teringat pergi cari kulat sisir

Dia..

"Kami tidak akan memikulkan beban kepada seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya" (Al-An'am 6:152) Dia tidak akan memberikan beban untuk menzalimi seseorang, tetapi Dia menguji untuk melihat sejauhmana kesabaran, malah itulah tandanya Dia mengasihi seseorang, agar orang itu lebih dekat denganNya, lebih baik aku pujuk hati dengan cara menghampirinya, daripada bersedih hati. "Dia tahu apa yang ada di depan mereka" (Al-Anbiya' 21:28) Dia tahu segalanya, biarlah aku sentiasa bercerita dan mengadu bersama Nya, Dia lebih kuat memberikan kekuatan, Dia lebih kuasa memberikan kekuasaan, biarlah aku meratap menangis di atas sejadah cinta, untuk meraih kasih yang kekal dariNya. "Allah memilih orang-orang yang dikehendakinya" (Al-Syura 42:13) Dia maha pengasih dan penyayang, letakkan segala harapan dan pergantungan seluruhnya pada Dia, semoga suatu hari nanti mampu menjadi antara yang dicintaiNya...amin..

Hati ini teruji lagi..

Image
Apa lagi yang mampu diucapkan, Tinggal tangisan di dalam doa di kala malam mengadap Dia Yang Maha Kuasa. Kerana Aku tetap yakin Dia tahu segalanya, Dia tahu aku sedang menangis, Dia tahu aku terlalu mencintai, Dia tahu kasihku teruji. Biar ku serah segala padaNya, Kerana aku sudah habis daya, Aku tak mampu berkata-kata lagi.. Tinggal airmata menjadi saksi, Setiap hari, setiap malam. Jalanku makin sunyi..langkahku makin longlai.. Tapi aku tetap gagahi demi buah hatiku.. Aku perlu kuat demi mereka.. Biar aku sakit merana, asalkan mereka bahagia.. Biar jantungku luluh sekalipun, asalkan mereka tetap terbela.. Langkah ini masih bersisa, Dalam kelam kehidupan dan jiwa yang parah, Biarlah aku teruskan, Sekalipun keseorangan..kerana Tuhan tetap ada.. Biar apa pun terjadi Aku akan tetap buat yang terbaik untukmu.. Selagi nafas belum berhenti.. Kerana aku tiada sesiapa lagi..

Percutian Tahun Baru

Image
Minggu lepas, selama 5 hari baby Danish ditahan di wad Pediatrik HKL. Syukur alhamdulillah malam tadi jam 8 malam, kami telah dibenarkan pulang ke rumah. Sepanjang berada di sana, baby sentiasa senyum-senyum dan gelak-gelak bila di agah dan dibawa bercakap. Baby belum mengerti apa-apa, yang baby tahu dia berada di tempat baru, hari pertama baby pandang sekeliling, sambil kerut kening menandakan baby konfius dimanakah baby ketika itu. Malam pertama di sana baby tak mahu tidur, baby rindu kakak dan abang afiz. Baby tercari-cari suara kakak yang bising selalu mengacau baby tidur, baby tercari-cari tangan abang yang suka cubit pipi dan cungkil-cungkil baby dengan jari kelingkingnya. Baby tercari-cari angah yang selalu peluk baby bila baby merengek nak tidur…baby rindukan semua itu. Esoknya, memulakan hari pertama di wad, baby merajuk tak nak minum susu, baby susah nak habiskan susu walaupun cuma 3 auns saja. Baby dipasangkan oxygen sepanjang masa, baby tak selesa dan rimas. Sepanjang 5 ha