Posts

Showing posts from 2011

~maaf~

Image
maaf, kali ini aku akan mula membiarkan sesuatu yang tidak pernah kau lakukan sewaktu dulu aku akan mulai membiarkanmu mencari aku mengejari aku yang semakin hilang dari matamu dari hatimu dari hidupmu aku akan biarkan.. agar biar kau tahu sepatutnya kau lakukan itu sejak dulu.. sejak dulu.. biar kau tahu..aku sudah berlalu.. setelah dulu kau biarkan aku sendiri.. biar kau tahu kini aku tiada lagi..

~Jom minum air suam~

Image
Jom jom jom Semua orang tahu, air suam memang banyak khasiatnya, air panas juga..tapi yang kosong ok, ada orang panggil air mati, air masak, macam-macam lagi, tapi nak share sesuatu hari ini air suam sangat bagus dan....semua nak cantikkan..? nak sihatkan...? tapi susah sangat ke nak minum air suam..? memangla takde rasa, tapi kira ok la bukan tahap tak sedap lagi..ok jom tengok ni kenapa kita mesti minum air suam --> 1. Menguruskan badan Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. 2. Meningkatkan kesuburan Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. 3. Melancarkan sistem pencernaan Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. 4. Melambatkan proses pertumbuhan zat

Ombak Rindu..?

~.."mestilah..selagi aku ni manusia aku tak akan berhenti berharap.."~ Mail .."Aku nak tahu kalau kau dah kahwin, barulah aku boleh berhenti berharap.." ~ Mail .."Izzah, aku tahu kau sedih, aku tahu kau tak gembira, aku nampak..aku nampak dari mata kau.." ~ Mail (sampai part ni, airmataku akhirnya tumpah setelah puas aku tahan) ~Mail~ ~Ombak Rindu~

~Allah Telah Menyembunyikan 6 Perkara~

Image
Assalamualaikum wbt Saudara saudari muslimin muslimat yang dirahmati Allah swt, doa yang ikhlas dan memohon redha Allah yang maha pemurah lagi pengasih. Di pagi yang mulia, ceria dan indah ini saya tergerak hati mahu berkongsi sedikit ilmu yang mungkin di kalangan kita belum mengetahuinya termasuklah diri saya sendiri. Rupanya, Alah ada menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan kita supaya kita sama-sama mengerjakan ibadat untuk mendapat ganjaran terbaik dari Nya, dan disembunyikan juga agar kita sentiasa taat dan patuh menjalani kehidupan.. 6 perkara tersebut adalah:- * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya)

aku nak tengok..

Image
uhukss aku nak tengok, nak tengok jugak..ini semua berpunca dari kawan-kawan yang dah makin ramai membuat aku teruja sangat nak tengok..kalau tak sebelum ini mana aku ada segediks ini untuk masuk panggung tengok wayang...uwaaaaaa sejak ada hero n heroin 3 orang ni, kalau tengok movie pun sumenyer citer katun..oh noo.. tapi aku teruja sangat, kali ini aku nak tengok jugak, dan aku dah mula memujuk rayu sang hero/bodyguard/dreba/pakwe/teman sebilikku untuk temankan aku jugak (nada paksa je..) untuk tengok movie ni ha... aku tak kira...akuu nak tengok jugak, setelah cara pertama tak dapat iaitu minta dia download so, jalan terakhir memamng kena tengok jugak, lagi pun kawan aku kata kalau tak tengok di panggung sure tak feel...alahhhh lagi la aku terpengaruh ni..uihhss aku nak tengok sangat apa yang boleh feel sangat di sebalik kisah ni. aku nak selami hati seorang wanita yang bernama Izzah aku nak rasai kehangatan cinta mereka aku mahu tahu apa kesudahannya.... andai aku di tempatmu..ma

aku nak beli...

Image
Sekarang aku tengah berangan, berhasrat dan berkira-kira nak beli.... tipun baru.. tapi bukan yang ini, gambar hanya sekadar hiasan untuk menyedapkan mata memandang dulu masa baru sume ok, sayang abiz, sekarang..ala, bila dah lama mula la bosan dah berubah sayang dan cinta kan..mula la bagi alasan nak cari girlfren baru kan..so mua cari alasan ..standard practises buat laki yang suka men kayu 3 then takmo hargai binikan..so, samala kes cam handphone ni kan...(ada yang terasa ni ~_~) Faktor aku nak beli tipun baru tu, coz tipun sekarang dah..:- a) nak rosak b) tak comel lagi c) tak kiut lagi d) dah buhsang pakai e) dah mula wat hal bagai termasuklah bateri kong apakah jawapan sebenar kepada soklan di atas? Sila jawab bila diarahkan sahaja.Di larang meniru, anda akan dibuang kolej.Masa menjawab hanya tingal 15 minit lagi, anda tidak dibenarkan keluar daripada dewan.Tingat pulak masa study dulu..eh, panjang kayal..! Hmm..cuma sekarang dalam dilema nak beli yang lipat ke.. atau yang tola

Allah Grace

ALLAH'S PLANS Some things are beyond planning And Life doesn't always turn out as planned You don't plan for a broken heart You don't plan for an autistic child You don't plan for spinsterhood You don't plan for sickness You plan to be young forever You plan to climb the corporate ladder You plan to be rich and powerful You plan to be acclaimed and successful You plan to conquer the universe You plan to fall in love and be loved forever You don't plan to be sad You don't plan to be hurt You don't plan to be broke You don't plan to be betrayed You don't plan to be alone in this world You plan to be happy You don't plan to be shattered Sometimes if you work hard enough, you can get what you want But most times, what you want and what you get are two different things We, mortals, plan But so does Allah

~xtbt last saturday~

Image
Alahai..sejak minggu lepas lagi si kakak merengek tak puashati dengan cup cake yang Ummi buat.Bukan tak puashati kerana kurang sedap, tapi kerana tidak cukup.Al maklum sajalah berkebetulan dengan saudara mara yang datang dari jauh, menjadi hidangan minum petang tanpa disengajakan, chocolate cup cake kakak telah habis diselesaikan. Maka dengan penuh semangat waja Ummi buktikan kasih sayang Ummi buat anak dara Ummi yang tersayang dengan menyediakannya sekali lagi.Ummi tak akan berkira tentang penat lelah Ummi asalkan anak-anak Ummi bahagia.Sekali pun terpaksa Ulang tayang eh bukan, ulang masak.. tak apa, Ummi sanggup.Terubatlah jua rajuk anak Ummi.Hati Ummi pun turut sama gembira kerana kali ini hasilnya lebih baik dari minggu lepas. Alhamdulillah apa-apa yang kita laksanakan dengan hati yang ikhlas dan tulus, insyaallah hasilnya pasti memuaskan.Malah hasil air tangan Ummi buat anak-anak adalah seberkat-berkat makanan buat anak-anak, amin.. Apa-apa pun yang penting anak-anak Ummi merasa

popia basah

Image
Haduii...kenapa aku tetiba teringin sangat nak makan popia basah? kenapakah? Haruskah aku turuti keinginanku ini? tapi apakah sebenarnya yang tersimpan di sebalik maksud keinginan @ keidaman ini? apakah aku mengidam? oh..apakah?? Masihkah harus kuteruskan hasrat untuk memakan makanan ini? sedangkan aku tidak pernah kepinginkannya...aku mengandung? 99% tidak benar..aku buang tebiat?? 35% ada benarnya..aku saja gediks nak cuba?? 220% benar..!! maka aku dikira tahap HARUS mencari untuk memakannya.. sekian.

Cause Brain Damage, Liver and Cause Cancer

Cause Brain Damage, Liver and Cause Cancer 1. No Breakfast People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration. 2 . Overeating It causes harde ning of the brain arteries, leading to a decrease in mental power. 3. Smoking It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease. 4. High Sugar consumption Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development. 5. Air Pollution The brain is the largest oxygen consumer in our 20 body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency. 6 . Sleep Deprivation Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.. 7. Head covered while sleeping Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and de

10 Muharam 1433

Image
Semalam 6 Disember2011, bersamaan 10 Muharam 1433. 10 Muharam?? Isk, macamana aku boleh terlepas dengan tarikh ni.. 10 Muharam.. Sangat baik mengerjakan ibadah puasa sunat, mandi sunat, solat sunat dan ibadah yang sewaktu dengannya. Dah la 1 Muharam hari tu nyaris terlupa, itu pun ingat sebab esoknya dapat cuti ganti, kalau tidak terlepas juga. Aduh, aku kesal, aku terkilan dengan kelalaian diri sendiri. Nampaklah sangat orang melayu, orang islam zaman sekarang, especially aku sudah mula lupa haribulan dalam islam.Tidak peka dengan perjalanan bulan islam.. Padahal sangat besar fadilat pada 10 Muharam ni, aku dah rugi..aku rugi..sangat-sangat rugi..kalau aku tidak leka insyaallah aku akan dapat ganjaran yang besar bila melakukan perkara-perkara berikut… 1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 3. Menahan marah fadhilat - Di akhira

2011~2012

Image
Alahai, sedar tak sedar dah pun 01 Disember 2011..sudah terang lagi bersuluh bermakna bakal menyambut tahun baru 2012 dalam masa sebulan lagi. Setiap kampeni akan buat penutupan akaun, tapi rasanya orang-orang kita ni tengah pening kira akaun untuk macam-macam bagai patut dibelanjakan hadoii..letih mak. Tapi takpelah kan..mak letih hari ini untuk anak-anak.Esok mak dah tak larat anak-anak ingatlah kat mak...ecehh anak-anak baca ke blog mak ni 20 tahun akan datang? Apa-apa pun kena buat audit dalaman la untuk hujung tahun ni. Bukan sekadar audit dan penutupan akaun (termasuk hutang piutang) tapi yang paling penting AUDIT DALAM DIRI Bukan apa, nanti hujung bulan disember, berangan lagi nak pasang azam baru yang gedevass habis, tapi pernah ke audit balik pada hujung tahun tu, capai ke tidak. Aha..asyik pasang azam tapi kalau tak capai takde makna ye...Cik DiDi..tolong jangan berangan lebih. Hmm...kesimpulannya, aku kena muhasabah, jarang orang nak audit tanggungjawab, ibadah dan amalan pa

kau pergi..

Image
sayu terpisah, hikayat indah kini hanya tinggal sejarah, berhembus angin rindu, begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu, hujan lebat mencurah kini, bagaikan tiada henti, kaulah laguku, kau irama terindah, tak lagi kudengari, kau pergi.. pergi… sepi tanpa kata terdiam dan kaku tak daya kau kulupa apapun kata mereka biarkan kenangan berbunga di ranting usia hujan lebat mencurah kini, bagaikan tiada henti, kaulah laguku, kau irama terindah, tak lagi kudengari, kau pergi... pergi aku teringatkan seseorang...seseorang yang telah pergi..pergi dari hidupku, dari senyumku, dari ceriaku..lantas aku jadi gundah..hingga selamanya..hakikatnya dia telah pergi...

~Harimau Muda U a The Best~

Image
Congratulate for Harimau Muda, u all the best...!!!

~wa wa wa wahhhh~

Image
Hadoi..pagi ini sakit urat. Urat belikat dan urat tekak. kenapa? pagi ahad sampai petang berenang, menggelongsor dan menjerit di Wetworld..! Petang tu sambung menjerit tengok Malaysia VS Myanmar..! ~Kisah Waktu Pagi~ Ewahhhh nak pergi jalan-jalan main air la katakan..kanak-kanak riang ini bangun pagi dengan penuh berdisiplannya.bagus anak Ummi..kalau bangun nak pergi sekolah, hmm..kirim salam. dan pagi itu juga mogok ramai-ramai tak mahu mandi simpan daki untuk di rendam di Wetworld termasuklah Ummi dan Aboh.sungguh kurang sopan.jimat bil air sekali.kalau boleh kencing pun simpan nak buang kat sana, maklumlah masuk bayar kan..lagi kurang asam keping Jam 9.00 pagi bertolak, jam 9.40 dah sampai wah, jalan bagus, maklumlah cuti sekolah kan..nampak sangat selama ini budak sekolah dan cikgu cikgi yang buat jalan jem kan..uih sadis ayat. Sampai sana, beratur panjang beli tiket, yang jadi panjangnya satu keluarga atuk nenek cucu cicit ikut beratur yang bank beli tiket sorang aje.hmm..barisan

~citer lawaks hari ini~

Image
Sambil tunggu masuk waktu asar bilal tertidur kat tiang dalam masjid. tiba2 ada orang cuit bahu nak tanya 'Bang, oh bang' Bilal terjaga, terus bangun dan pergi kat mikrofon lalu azan 'Allahu Akbar Allahu Akbar' Orang yang nak tanya tadi terus bagi tau kat bilal, 'bang, asar belum masuk lagi' Apa lagi, bilal dengan selamba terus je cakap,'ujian suara, satu dua tiga, ujian suara satu dua tiga'... .. Gambar sekadar hiasan

~WOOooooOOOHaaaaa~

Image
Congrats..!Congrats..! to Harimau muda! 1-0 finally..berjaya juga kita mengalahkan lagak ngeri yang penuh kontroversi malam tadi. Fuhh...cemas aku nengok. Dah memang Indon ni suka main psiko, suka aksi ngelat. Tapi dia tak sedar dia ngelat dengan orang lagi "bisa ngelat" kok gitu dehh..gue lagi campin..opps pe hal pulak aku tetiba pandai cakap indon cis!! Hebat, Harimau Muda sangat HEBAT..! bukan senang menggalas tanggungjawab negara, memelihara aib bangsa dan maruah negara tercinta.wahhhhh giteww Puas hati aku, puas aku menjerit pecah satu rumah.berbaloi..! sampai si comel aku komplen. Isk apa Ummi ni, tengok bola pun jerit-jerit. Eeh..mestilah sayang, mana ada orang tengok bola dengan penuh sopan santun.. Yang paling nyampah bila si Indon happy-happy liver jatuhkan badan pastu nak kondem Harimau Muda, kalau macam tu, pi main ragbi lagi bagus, baru tau best ke tak best jatuh-jatuhkan badan..nak manja-manja kononnn. Apa yang pasti Indon berjaya memungut kad kuning yang terban

~bila buka mata~bila tutup mata~

Hari ini, bila buka mata..cuba, Niatkan sesuatu yang baik dalam hati.Niatkan nak buat benda baik dan hasilkan perkara-perkara yang baik. Senyum di cermin pada diri sendiri, tanda menghargai diri, kerana dirimu begitu berharga..!!Ucapkan terima kasih dan syukurmu pada Allah kerana telah mengizinkan harimu bersambung untuk hari ini dan mengurniakan wajahmu yang cantik..! Dalam senyum, teruskan niatmu tadi, niat yang baik. Mulakan langkahmu, langkah yang baik dan azamkan di hatimu buat sesuatu yang baik, lebih baik dari semalam, paling baik dalam hidupmu dan akan terus baik untuk esok. Bukankah itu menjadikan kamu melalui hari ini dengan baik dan gembira? Teruskan. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang kurang baik, atau tidak baik, atau tiada apa-apa yang baik, tetap anggap ianya sesuatu yang baik, tapi baik dibelakang hikmah perkara tersebut. Teruskan senyum.walaupun kamu terpaksa menangis hari ini. Lihat semula wajahmu di cermin, teruskan senyum, bersyukurlah kamu masih ada waktu untuk m

baru?? uwekk

Orang Baru?? Alahai ada apa dengan setahun? Yup kenapa dengan setahun? Usia? Oh..tidak, road tax expired? Oh tidak.. passport have not renewed? Oh tidak juga.. so what?? Setahun tak jalan kaki ke LRT, so ala-ala sesat barat giteww. Pastu sakit kaki pakai high hill..eceh over!! Setahun tak beronggeng ke Jalan TAR & masjid Jamek, so? Ala-ala panik bila Kebab kegemaran dah tiada lagi, Ala-ala jakun tengok butik dah berubah wajah, yang pasti berubah harga, elleh..macam pricing updatess konon!! Setahun tak scan my bit bit pass..bit bit rabbit. So setahunla ertinya my rabbit menyorok kat handbag yang mana satu..kah kah kah. Yeah..! akhirnya rabbit dah keluar dari tempat persembunyian. Itupun habis geledah handbag yang ke 13 malam tadi..! (huh over lagi) Dan dengan selamatnya rabbit dah mula berfungsi di LRT Putra-Masjid Jamek last Friday.ohh kesian. Dan seperti setahun yang lalu, kembali merempit di pagi hari, kembali ke Teratai layu di tasik Madu uwahhh. kembali tergedek-gedek tepi sung

..ayat penyegar untuk sarapan di pagi ini..

Image
Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan lakukan Allah akan mengubati segala galanya Buat perkara yang betul Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, bergembiralah senyumlah seindah suria di pagi ini

try test

roger riger i'm here...HQ

1 attitude

Image
Heavy rains remind us of challenges in life. Never ask for a lighter rain. Just pray for a better umbrella. That is attitude. When flood comes, fish eat ants & when flood recedes, ants eat fish. Only time matters. Just hold on, God gives opportunity to everyone! Life is not about finding the right person, but creating the right relationship, it's not how we care in the beginning, but how much we care till the very end. Some people always throw stones in your path. It depends on you what you make with them. A Wall or a Bridge? Remember you are the architect of your life. Search for a beautiful heart, but don't search for a beautiful face' coz beautiful things are not always good, but good things are always beautiful. It’s not important to hold all the good cards in life. but it’s important how well you play with the cards you hold. Often when we lose all hope & think this is the end, God smiles from above and says, `relax dear it’s just a bend, not the end. Have Fai