Posts

Showing posts from January, 2012

~aduhai Baby~

Image
Ya Allah...pagi ini insiden yang tidak dijangka telah berlaku, baby terpegang seterika..! hadui...tuhan saja tahu betapa kecut perut, takut dan paniknya aku. Nasib baik di rumah memang ada simpan gel aloevera, sapu di tangannya yang kecil tu tapi meraungnya tak usah cakaplah...macam dah melecur separuh badan. Pagi tadi kakak minta digosokkan tudungnya yang konyok setelah dimasukkan ke dalam beg sekolah selepas PJ semalam, selepas siap menggosok, seterika dah ditutup dan disimpan tapi masih panas, baby yang baru bangun tidur segera mencari ummi.. Bila dilihat bilik terpasang lampu, baby meluru masuk tanpa disangka seterika yang dipegangnya, Tuhan saja tahu haru birunya ummi dipagi hari ini. Berlegar mencari klinik yang 24jam pula tidak jumpa, akhirnya terpaksa tunggu klinik dibuka jam 9pagi, malang lagi bertimpa ketika bali ke rumah, lif pula rosak, dokong baby dari GF ke tingkat 10..! adui alang kepalang penatnya, dugaan datang bertimpa. Alhamdulillah baby tiak kritikal dan baby akhir

~29 Jan~

Image
Hari ini, 29 Jan 2012....dulu 29 Jan 2004...saat paling indah dalam hidup, jua saat paling takut dan gemuruh. Bertarung dan bergadai nyawa sendiri demi satu nyawa...yang akhirnya kini telah memberikan bahagia. Dia yang telah kukandung hampir 10 bulan dulu, lahir dengan selamat dan berbadan bulat seberat 3.4 kilo..!! Lahir dengan senyuman yang comel dan tangisan yang menggugurkan airmata....oh Ya Allah akhirnyaku seorang ibu..!...seorang ibu..! Dan kini dia telah membesar, dengan penuh kasih dan cinta, dengan penuh onak duri yang digalas bersama, dialah peneman hidup di kala ketawa dan berduka. Dia telah pun 8 tahun...bererti telah pun 8 tahun aku berpangkat ibu kepadanya, juga seterusnya buat adik-adik yang menyusul selepas itu... Dia bukti kekuatanku disaat getir melanda hidup kami, dia tetap setia menemani, Dia saksi segala airmataku yang telah tumpah, dia yang sentiasa membuatku bahagia, dialah segalanya... Aku akan tetap bertarung dan bergadai nyawa, biar kalau untuk selamanya, bia

~sepi~

Image
Sepi hati terjadi lagi Mungkin sampai mati aku sepi Biar senyum hadir di hariku namun ini hanya ada di bibir di bibir saja... Aku ini yang bisa mengerti walaupun yang lain mau mengerti Namun berat beban hidup kubiarkan saja Biar saja hanya ku yang tahu Sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau Namun kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri Ada saatnya ku bicara bila hatiku telah bulat Sepanjang ku bisa atasi semua..aku tetap diam Allah tahu segalanya.. Aku kesal dan terkilan, tapi aku terpaksa menyerah.. pada takdir dan hanya tinggal tawakkal dalam diri.. kerana aku sangat percaya pada karma ke atas semua.. Biar hari ini aku menangis.. Aku pinta kelak akan hadir sebuah bahagia.. Aku tidak akan menoleh ke belakang.. Biarkan tertinggal semua suka duka semalam, yang telah menjadi satu kenangan suram. Aku akan teruskan kehidupan kerana hidup ini masih panjang.. Terima kasih kerana masih terus memberikan aku kesakitan dengan ujian pelbagai ujian, sejak dulu kini dan entah b

~gagal~

Image
.:Jika anda gagal, bermakna bukan anda mengalami kagagalan tapi sebenarnya bererti anda cuma belum berjaya lagi:. ~so, janganlah frust bila anda gagal~

FOOD AS MEDICINE

Image
HADACHE? EAT FISH! Eat plenty of fish -- fish oil helps prevent headaches. So does ginger, which reduces inflammation and pain. FEVER? EAT YOGURT! Eat lots of yogurt before pollen season. Also-eat honey from your area (local region) daily. TO PREVENT STROKE DRINK TEA! Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my appetite and keeps the pounds from invading.... Green tea is great for our immune system)! INSOMNIA (CAN'T SLEEP?) HONEY! Use honey as a tranquilizer and sedative. ASTHMA? EAT ONIONS!!!! Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (when I was young, my mother would make onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better). ARTHRITIS? EAT FISH, TOO!! Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. (fish has omega oils, good for our immune system) UPSET STOMACH? BANANAS - GINGER!!!!! Bananas will settle an upset stom

~Abg Afiz mula masuk Kelas~

Image
Alhamdulillah malam tadi adalah kelas tuisyen yang kedua buat Abg Afiz..Kesungguhan Abg Afiz membuatkan Ummi lebih bersemangat untuk teruskan kelas belajar membaca. Abg Afiz sangat cekal orangnya, macam faham sangat bila tiba hari isnin dan selasa, awal-awal lagi Abg Afiz akan bersiap, dah pakai baju dan seluar sendiri dengan kemasnya dan bersedia dengan beg berisi buku rujukan serta bekas pensel Power Rangers yang kakak hadiahkan. Kecekalan Abg Afiz memang mebuatkan Ummi terharu dan Abg Afiz juga sanggup tidak mahu pakai pampes lagi serta berusaha belajar untuk buang air sendiri. Semuanya kerana bila Ummi kata Abg Afiz dah besar dan akan masuk sekolah. Hanya kerana Abg Afiz sudah mulakan kelas belajar membaca, Abg Afiz tiba-tiba jadi bijak dan berani berdikari. Abg Afiz berusaha pakai seluar sendiri walau adakalanya terbalik, Abg Afiz berusaha sikat rambut sendiri,Abg Afiz sedar kena buat semua tu, tanpa di suruh. Itulah semangat juang Abg Afiz yang buat Ummi kagum sangat.Ternyata Ab

~kena kuat~

Nak bagi orang sekeliling kuat, kita dulu kena kuat. Kuat semangat, mental dan fizikal. Tidak dinafikan sangat terasa pahit getir bila terpaksa menjadi 'single mother' apatah lagi buat anak-anak yang masih kecil..yang belum mengerti apa-apa.. Lagi sedih bila tidak mampu menjawab persoalan mereka.. Ya Allah berikan aku kekuatan.. Dugaan ini amat bermakna buatku Inilah tebusan untuk ku mendapat sebuah redhamu Allah.. Berikan aku kebahagiaan bersama mereka bertiga.. biarpun hanya tinggal sisa.. Allah.. kuatkan hatiku Dekatkan aku di sisimu Allah.. Aku yakin Kau sentiasa ada di sisiku..

~leka~

Bila nama pun manusia, Aku nak tulis, manusia ni sering terleka. Manusia mudah lupa, sepertimana kata Dr. M melayu yang mudah lupa, tapi hakikatnya manusia memang mudah lupa. Istilah lupa dan leka sedikit berbeza, lupa ia mungkin boleh ingat dan perbetulkan semula. Tapi kalau leka..sukar diperbetulkan. Kerana leka ni, ia boleh terjadi berpanjangan.. bila leka..lama-lama kelamaan ia menjadi satu kebiasaan. Dan yang paling sukar, kalau sudah tidak boleh diubah atau diperbetulkan dalam ertikata lain, sudah jadi satu habit/tabiat. Paling susah lagi bila orang lain tegur pun tidak boleh diterima kerana ia sudah menjadi suatu kebiasaan. Kalau leka dengan sesuatu perkara yang baik tidak mengapa, tetapi kalau sebaliknya itu satu masalah. Orang leka ni, bila terhantuk barulah terngadah. Itupun kalau terngadah..kalau tidak, lekanya tetap terus... Sekali sekala bagus juga orang yang terleka ini ia terkena dengan akibat buruk setiap apa yang ia lakukan, kerana pada ketika itu ia mungkin mulai ter

Sudah..

Sudah terlalu banyak aku rasai.. Sudah terlalu lama aku ratapi.. Andai ini satu kesudahan biarkanlah..

~Penangan Budak Nak Masuk Sekolah~

Image
Tarikh : 01.01.2012 Tempat : Pekan Sri Gombak Masa : 4.00 petang Kisah : “Ummi jomlah kita pergi Sri Gombak, kan Ummi kata nak belikan akak Pencil Box baru..?” “Eh…kan Ummi dah bagi Pencil Case yang hadiah dari Agrobank tu? Yang masa Ummi register AgroKids tu…” “Eh, mana boleh Ummi kan dah janji, berdosa kalau tak tunaikan, ustazah kakak le cakap..lagi pun itu Pencil Case bukan Pencil Box” “Amboi..ewah-ewah..kemain lagi warning Ummi..Pencil Case ker Pencil Box ke sama jela” “Eh, sama ke..? lain tu, cuba Ummi eja dan sebut kan..” Pehh… aku dah terkena la plak dengan ayat aku sendiri..dan terkena pulak dengan janji aku..ok takpe..aku nak tunjuk aku tak mungkir janji so kami ke Sri Gombak di ekori dua lelaki kecil yang lagi bertambah mengada. “Ha..ni jangan nak ngada tau, Ummi tak banyak duit ni, Ummi bawa RM30.00 hengget jew, tak boleh belanja lebih daripada tu.” “Eh Ummi kan ada gaji banyak? (maksudnya dah dapat gaji) Aboh kata sekarang lagi banyak lagi dapat apa tu..bones?” “Eh..hell

~Durian Punyer Pasaii~

Image
haa...sedap..? sedap tak sedap memang terliur dan memang tidak dinafikan lagi.. masuk tahun baru pun durian muncul, tengah tahun pun musim, hujung tahun bucu tahun..eh ada ker..? tapi kalau tak silap sekarang tak ikut musim kan? asyik muncul ajer.. kalau dulu tunggu musim sekali setahun jer dapat merasa. ahaa.. maka inilah nak cerita, sedap punyer sedap makan la juga bila dah ada depan mata, si asben pula suke sangat mengade membeli mengalahkan mengidam..eh sapa plak mengandung..? jadi apa lagi, si bini pun makan la seulas dua untuk merasa..kesannya. hadoiiii bibir abis jadi lebam melepuh dah nak jadi bibir Ning Baizura giteww (terus nyanyi pastiiiiiewwwwww traik tinggi sikit high tone..! pitching lari..hohoho) tekak pula merah macam dah kena tonsil, telan air liur adehh sengatnya sampai ke telinga. baru kelam kabut minum air 100 pluss sebab takut sangat kalau demam. hmmm.... nak citer nyer pendek jer..aku hampir demam kerana makan durian. dan musim ni ramai orang sakit kerana durian,

~2012~

Image
Terbuka tabir tahun baru...untuk kita semua buka lembaran baru.. yang lebih baik dari tahun lalu yang lebih matang dari dulu yang lebih elok dari selalu yang lebih segalanya biasakan yang baik baikkan yang biasa nak rancang apa-apa, rancang dan laksanakan jangan asyik renew perancangan itu memang sadis sesangat terbaik untuk diriku, untuk kamu untuk semua insyaallah amin 2012