Posts

Showing posts from April, 2012

Happy Birthday 4th Hafiz Darwisy

Image
25 April 2012 Hafiz genap 4 tahun...Happy birthday my lovely son..Syukur alhamdulillah, Abg Afiz diberi kesihatan yang baik dan sedar tak sedar Abg Afiz dah pun 4 tahun, semoga hidup Abg Afiz sentiasa dilindungi, dipelihara dan diberkati Allah swt. Kami sekeluarga amat sayangkan Abg Afiz..tak pernah surut..tak pernah padam...

~GeGaraN BuMi~

Image
gambar sekadar hiasan sebagai gambaran... Subhanallah.. Semalam berlaku gempa bumi di sekitar Indonesia, India, Sri Lanka dan Malaysia. Gempa berlaku di kawasan pantai barat sumatera sekuat 8.9 skala rectar, kuat tu. Saat menghadapi gegaran itu, semua penghuni rumah pangsa memang akan rasai pengalaman yang mendebarkan. Ketika itu memang tak fikir apa-apa pun hanya dapatkan anak-anak dan keluar dari rumah selamatkan nyawa. Masa tu dah tak fikirkan harta, hanya nyawa yang lebih utama.Walau keluar rumah sehelai sepinggang pun tak mengapa, janji selamat anak beranak. Masa berlari keluar rupanya itulah jua yang dilalui oleh semua penghuni, semua orang. Sebenarnya, itu satu amaran dari bumi yang paling kecil, kerana yang paling besar masih banyak dan seterusnya akan berlaku, pada ketika itu semua harta sudah tidak berguna lagi, semua akan akur dunia ini bukan kekal, sementara sahaja, semua yang Allah kurniakan pada kita hari ini adalah pinjaman semata-mata, sekalipun nyawa yang sehabis daya

~BuAt mAsA iNi~

Image
Subhanallah, hari ini serasakan permulaan sebuah hayat yang baik, pertengahan yang baik dan mohon dari Allah insyaallah penutup yang baik..dan seterusnya hari-hari depan. Begitu lama tidak berblogging dengan cerita ceriti terkini. sekarang 5:20pm KL hujan lebat..alhamdulillah kuranglah kehangatan dan kekeringan kerongkong yg mula terasa sejak 2-3 hari lalu, alhamdulillah batuk pun sudah berkurangan. Sekarang sedang melewati suasana hujan di selang seli dengan guruh berdentuman, awan kelihatan tebal di area hulu klang dan disekitar bandaraya semakin kelam namun masih kelihatan KLCC & KL Tower.. Dalam menghayati cuaca, aku mensyukuri nikmat Allah swt. Aku renung dalam diri, dalam hati, ingat segalanya.. semalam telah pergi..hari ini bakal pergi.. semua yang ada detik yang sekejap, semua pun sedar, cuma mungkin adakala leka, aku risau, adakala gundah, semua akan pergi, aku jua pasti pergi, apakah yang bakal ditinggalkan, kalaupun kita ini hanya manusia biasa, jangan hanya tinggalkan y