Posts

Dia semakin tabah

Semakin tabah, Namun hati rapuh. Tiada lagi airmata. Dia selalu senyum. Pada cermin, pada dia. Yg terkini. Dia teruja pada 2 tarikh. Dia gembira. Dia tunggu. Tapi tak kunjung tiba. Dia tunggu lagi. Dia gagal. Kecewa. Dia mencuba nasib Mencuba utk meminta. Untuk gembira. Kasihannya dia... Dia telah gagal.. Dia akhirnya kecewa semula, Apa kah agak nya yg harus dia rasa? Kosong jiwanya seketika.

Hanyalah 2 tarikh yg dia tersisa

2 tarikh yg pernah bermula, mungkin yg terakhir. Tapi sayang, tarikh itu tidak mahu diibgati jauh sekali dihargai. Walaupun terpaksa diminta. Dia, Tidak tahu bila perlu meminta. Harus menunggu. Meninjau. Dia, Luruh hatinya. Seperti dedaun di Jeiju pada bulan september. Sedang dia masih teringat Pada Jun, pada July. Akhirnya dia sedar, Rupanya dia bukan siapa-siapa pun. Dia tahu, dia sedar, tapi hati dia... Syukur, dia masih berdiri. Dia harus terus berdiri. Kerana dia sedang memimpin, tiga tangan. Dia tidak dipimpin lagi.. Hanya Allah yg menjaga. Dia semakin sesal semakin hari, Semakin lama. Tapi dia biarkan lebur sesal itu. Tinggallah mengenang, org baik yg telah tiada, org baik yg sudah jauh, org dekat pun jauh, org membesar bersama namun 'ada seperti tiada', orang pergi meninggalkan, orang yg baik di depan, org yg baik sekejap, org yg baik sementara... Dia hanya mampu berbisik pada gunung, pada batuan, pada pasir, pada angin. Kasihannya dia.

Semakin tidak pernah ada

Ada, tapi semakin tidak ada dan tidak akan pernah ada. Insan, tapi dia bukan insaniah... Sudah semakin tiada ruang yg ada utknya. Merugi. Diri sendiri Org lain. Kesalnya, aku terpaksa ada org yg tak ada apa-apa. Pelajaran utk menjadi kuat. Satu hari nanti biar jd reality sebenar biar benar-benar tiada. Di depan mata, di minda, di jiwa. Aku tidak mahu dia ada.

Sedang berjuang tanpa batas, tanpa henti, tanpa had

Iya, sedang berjuang Berjuang yang seakan tiada penghujung. Sehingga habis kekuatan. Berjuang sendiri sebuah kehidupan yang serasakan kosong. Kenyataan yang tak mampu untuk sembunyi untuk diri sendiri. Tak pernah mampu untuk tipu diri sendiri. Banyak perkara yang telah tersilap buat keputusan di masa lalu, jadi kesal tanpa habis. Senyum ceria di mata kasar, Tapi dalam hati berjuang, berperang, kecamuk dan kosong. Alam inilah ubat dan terapi. Diri, mata, hati, jiwa dan semangat. Bahagia yang tersendiri.

A beautiful

Dear, You are only as beautiful as your inside. Be honest with your self. Realize your dream. Learn from lesson. Love yourself.

Kesedihan sementara

Biarkan datang bertandang, pada sebuah kesedihan. Kerana ia sementara. Macam dunia ini Tidak kekal. Itu juga satu teguran, utk kamu terjaga. Jaga hati kamu sungguh-sungguh Begitu juga org lain. Dikecam? Semua orang boleh mengecam. Sebab mampu. Kau mampu? Mampu, tapi ada larangan Allah. Lantas, Sayangkan Allah itu lagi lebih, lagi kuat. Mengalah sajalah. Bukan kerana kalah. Baik kamu biar di dalam, itu dulu. Diluar manusia melihat, Allah menilai. Sabarlah. Syurga lebih baik utk kamu.

Pemberian terselindung

Sesuatu yang dapat belajar, dari hikmah yang terselindung. Itu juga satu pemberian. Jangan pernah merasa tertinggal Jangan kejar sesuatu yang tak daya. Bertahan? Mungkin. Cari kembara itu sendiri. Jangan lihat lagi ke belakang, itu sangat sakit.perit. Airmata dalam sujud. Pegang hati sendiri. Jangan tercabar sendiri. Tapi cabar utk diri sendiri. Ada jalan Ada ruang