Posts

Showing posts from May, 2018

A beautiful

Dear, You are only as beautiful as your inside. Be honest with your self. Realize your dream. Learn from lesson. Love yourself.

Kesedihan sementara

Biarkan datang bertandang, pada sebuah kesedihan. Kerana ia sementara. Macam dunia ini Tidak kekal. Itu juga satu teguran, utk kamu terjaga. Jaga hati kamu sungguh-sungguh Begitu juga org lain. Dikecam? Semua orang boleh mengecam. Sebab mampu. Kau mampu? Mampu, tapi ada larangan Allah. Lantas, Sayangkan Allah itu lagi lebih, lagi kuat. Mengalah sajalah. Bukan kerana kalah. Baik kamu biar di dalam, itu dulu. Diluar manusia melihat, Allah menilai. Sabarlah. Syurga lebih baik utk kamu.

Pemberian terselindung

Sesuatu yang dapat belajar, dari hikmah yang terselindung. Itu juga satu pemberian. Jangan pernah merasa tertinggal Jangan kejar sesuatu yang tak daya. Bertahan? Mungkin. Cari kembara itu sendiri. Jangan lihat lagi ke belakang, itu sangat sakit.perit. Airmata dalam sujud. Pegang hati sendiri. Jangan tercabar sendiri. Tapi cabar utk diri sendiri. Ada jalan Ada ruang

Dia ada untuk menjaga

Tak perlu takut untuk rasa gusar atas kecukupan. Cukup itu pada berkat. Berkat itu akan datang dari usaha. Usaha daripada yg paling ikhlas. Jangan down, jangan kecewa. Jangan sedih dan jangan letih. Memang, saat tersedar, tiada siapa di sebelah, tersedar... Tapi Dia masih ada. Kamu tidak lumpuh sendirian. Insan terhebat ada dalam hati kamu. Tapi bukan pada wajah, pada keringat. Kasihan. Jaga kamu lebih baik, lebih menghargai diri kamu. Kamu yang lebih tahu siapa kamu. Berhenti. Berhenti melihat, meminta, menunggu dan mengharap. Kamu tidak akan dapat apa-apa. Sebab dia insan yang tidak pernah berusaha menghargaimu. Silap. Kamu yang silap. Percaturan, Pilihan, Keputusan. Sesal Sesallah sepatutnya. Tapi di depan  sana bukan tiada ruang. Bukan tiada jalan. Aturan kamu adalah untuk kamu. Jangan pernah lupa Dia ada. Kamu jaga Dia, Dia lebih menjagamu. Airmata kerana Allah.