~pasrah & tawakkal~

Hidup ini, sungguh banyak likunya, mau tak mau terpaksa diteruskan. Kesal dan terkilan hanya Tuhan saja yg tahu, tapi apa lagi yang harus kubuat.

Demi Allah, aku sagat sayangkan anak-anakku..
Itulah sisa semangat yang masih ada..
Kepercayaan dan harapan sudah hilang..

Terima kasih sahabat, pesanan mu sangat bermakna buatku, mungkin selama ini aku yang ternyata silap, silap mentafsir hati manusia yang ku anggap milikku..

aku akan sentiasa ingat pesanmu,

"Kita ini dimiliki, bukan memiliki"

ya, aku percaya dengan kata-katamu itu sahabat, dan aku sepatutnya belajar dan terus belajar dari apa yang telah menimpa hidupku. Bukankah kehidupan ini adalah suatu pembelajaran yang cukup bagus untuk mendewasakan kita??

Aku juga tidak pernah merasakan aku tewas, kerana aku telah mencuba,aku telah berusaha, aku juga telah habis berikhtiar tanpa putus asa, ternyata kiranya aku tidak berjaya, bukan bermakna aku telah gagal, sekurang-kurang aku gagal dalam kemenangan.

Sekarang aku tidak lagi mengharapkan apa-apa, apa yang harus aku hadapi ialah sentiasa memotivasikan diri dan mengutip sisa-sisa yang masih ada untuk teruskan kehidupan, memberikan semangat buat diri sendiri.

Sejak dari dulu, sekarang dan akan datang, bukan satu janji yang tidak akan ada ujian, dan dunia ini adalah medan tempat untuk diuji.

Semalam, hari ini, esok..inilah pentas aku, disinilah baik atau buruk nasibku, yang penting aku tetap masih ada Tuhan yang sentiasa melihat aku, mendengar doa aku, memahami cerita hidupku, merasai pahit manis jiwaku, yang pasti akan mengadili aku di sana nanti...yang nyata aku pasti akan bertemunya di 1 hari nanti.

Tuhan tahu segalanya..semua orang boleh tipu aku, boleh khianati dibelakang ku, tapi bukankan Allah itu saksi yang cukup benar??

Itu semua sudah cukup untuk membuatkan aku terus kuat..

Comments

  1. Assalam,em ya lh KAWAN,dr pengalaman blh m'dewasakn dan mematangkn fikiran,TIPU,KHIANAT,HASAD DENGKI ITU PENYAKIT YG AZALI YG TUMBUH DR DLM DIRI YG B'GELAR MANUSIA,JGNLH LH BERPUTUSASA KRN ALLAH BERSAMAMU....SABARLH KAWAN....

    ReplyDelete
  2. Bersabar dgn segala ujian kak.. :) zura

    ReplyDelete

Post a Comment

respon..

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH