Posts

Semakin tidak pernah ada

Ada, tapi semakin tidak ada dan tidak akan pernah ada.

Insan, tapi dia bukan insaniah...
Sudah semakin tiada ruang yg ada utknya.

Merugi.
Diri sendiri
Org lain.

Kesalnya, aku terpaksa ada org yg tak ada apa-apa.

Pelajaran utk menjadi kuat.
Satu hari nanti biar jd reality sebenar biar benar-benar tiada. Di depan mata, di minda, di jiwa.

Aku tidak mahu dia ada.

Sedang berjuang tanpa batas, tanpa henti, tanpa had

Iya, sedang berjuang
Berjuang yang seakan tiada penghujung.
Sehingga habis kekuatan.

Berjuang sendiri sebuah kehidupan yang serasakan kosong.

Kenyataan yang tak mampu untuk sembunyi untuk diri sendiri.

Tak pernah mampu untuk tipu diri sendiri.
Banyak perkara yang telah tersilap buat keputusan di masa lalu, jadi kesal tanpa habis.
Senyum ceria di mata kasar,
Tapi dalam hati berjuang, berperang, kecamuk dan kosong.

Alam inilah ubat dan terapi.
Diri, mata, hati, jiwa dan semangat.

Bahagia yang tersendiri.

A beautiful

Dear,
You are only as beautiful as your inside.

Be honest with your self.
Realize your dream.

Learn from lesson.

Love yourself.

Kesedihan sementara

Biarkan datang bertandang, pada sebuah kesedihan.
Kerana ia sementara.
Macam dunia ini
Tidak kekal.

Itu juga satu teguran, utk kamu terjaga.
Jaga hati kamu sungguh-sungguh
Begitu juga org lain.

Dikecam?

Semua orang boleh mengecam. Sebab mampu. Kau mampu?
Mampu, tapi ada larangan Allah.
Lantas,
Sayangkan Allah itu lagi lebih, lagi kuat.

Mengalah sajalah.
Bukan kerana kalah.

Baik kamu biar di dalam, itu dulu.
Diluar manusia melihat, Allah menilai.

Sabarlah.
Syurga lebih baik utk kamu.

Pemberian terselindung

Sesuatu yang dapat belajar, dari hikmah yang terselindung.

Itu juga satu pemberian.

Jangan pernah merasa tertinggal
Jangan kejar sesuatu yang tak daya.

Bertahan?
Mungkin.

Cari kembara itu sendiri.
Jangan lihat lagi ke belakang, itu sangat sakit.perit.

Airmata dalam sujud.
Pegang hati sendiri.

Jangan tercabar sendiri.
Tapi cabar utk diri sendiri.

Ada jalan
Ada ruang

Dia ada untuk menjaga

Tak perlu takut untuk rasa gusar atas kecukupan.

Cukup itu pada berkat.
Berkat itu akan datang dari usaha.
Usaha daripada yg paling ikhlas.

Jangan down, jangan kecewa.
Jangan sedih dan jangan letih.

Memang, saat tersedar, tiada siapa di sebelah, tersedar...
Tapi Dia masih ada.

Kamu tidak lumpuh sendirian.
Insan terhebat ada dalam hati kamu.
Tapi bukan pada wajah, pada keringat.

Kasihan.
Jaga kamu lebih baik, lebih menghargai diri kamu. Kamu yang lebih tahu siapa kamu.

Berhenti.
Berhenti melihat, meminta, menunggu dan mengharap.

Kamu tidak akan dapat apa-apa.
Sebab dia insan yang tidak pernah berusaha menghargaimu.

Silap.
Kamu yang silap.
Percaturan,
Pilihan,
Keputusan.

Sesal
Sesallah sepatutnya.
Tapi di depan  sana bukan tiada ruang.
Bukan tiada jalan.

Aturan kamu adalah untuk kamu.

Jangan pernah lupa
Dia ada. Kamu jaga Dia, Dia lebih menjagamu.

Airmata kerana Allah.

Mencari sesuatu...sebuah peringatan...

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA

*Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati*

*Jahat atau Baik kita.*
*Solat jangan ditinggalkan.*
*Solat Bukan sebab kita baik.*
*Solat sebab perintah Allah.*
*Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...*

*Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...*

*NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.*
*Jika tidak, sudah pasti Gunung yg hendak di tukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...*

*Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....*

*Kalau dah mati...*
*Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..*
*Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...*
*Sedekah masa hidup itu bonus...*
*Ilmu yg di kongsi itu bonus...*

*Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati....*
*Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...*
*Takut mcm mana pun dengan mati...tetap Akan mati...*
*Berani mcm mana pun ...tetap Akan mati*
*Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...*
*Hakikat hidu…