Posts

Showing posts from August, 2011

~entry raya I~

Assalamualaikum wbt

Ucapan pertama, Selamat menyambut 1 Syawal @ Hari Raya Aidilfitri buat semua insan di dunia yang meraikannya pada hari ini. Syukur alhamdulillah, akhirnya kita dipertemukan sekali lagi Syawal pada tahun ini. Gembira dan terharu kerana diberi kesempatan, dan tiada siapa yang tahu masihkah ada lagi peluang berikutnya..

aidilfitri kali ini tetap bermakna sekalipun tanpa insan tersayang iaitu yang telah pergi beralih alam. Kerana yang masih ada tetap menjadi pengubat duka dan penyeri kehidupan.Namun jauh disudut hati,kerinduan tetap terasa.Al-fatihah buat mereka semua, arwah ayah, arwah mok, arwah chek, arwah eddy dan arwah sahabat-sahabat lain yang telah mendahului berpindah ke alam barzah. Entah esok, lusa siapa pula yang menyusul mereka.

Seterusnya hari raya kedua, adalah hari kemerdekaan buat warga Malaysia, Salam Merdeka!! pastikan kita betul-betul merdeka, merdeka fizikal, minda dan kehidupan000000000000000000.

Berusaha buktikan pada dunia bahawa kita benar-benar t…

~AIDILFITRI 1432~

Image

~Kamariah Ibrahim : Kenangan Kisah Ketika Kecil~

Perrrggghhhhh rindu giler aku dengan de bes bes bes preng aku sorang nih...!! kamceng aku sejak kecik tew...sama-sama mandi sungai, kutip pucuk paku, tanam kacang togel di tepi sungai, panjat pokok jambu belakang rumah, kutip buah ara di pengakalan Tok Bilal, redas buah binjal atas kubur...pergghhh teringatnyer...

kamceng sepermainan, sepergaduhan, se"kolah" air dan sekolah rendah...

aduh banyak sungguh kenangan itu..rasanya ada lah dalam 10 tahun tak jumpa..

oh my God miss u like crazy friend, love u so much

..KAMARIAH IBRAHIM..

Ai ai ai..sungguh bahagia hatiku rasanya dapat melepaskan rindu buat sahabat karib yang terpisah hampir berbelas tahun…tebalnya buku hikayat Hang Tuah masa tingkatan 6 dulu, tebal lagi rindu ini. Fuhh..dapat je nombot telefon dia dari seorang lagi sahabat sekampung terus hubungi dia..ishkk…gembira, sedih, terharu, sebak semua ada..itulah dia Siah sahabat baik sejak kecil yang telah lama ku cuba jejaki..jadi plot drama mula muncul di perbualan kami …

~Dah nak rayalah katakan~

Image
Almaklumlah, dah nak rayalah katakan..mistilah mood raya di tonjolkan...so, apa lagi selain dari semakin rajin ke masjid untuk bagi full terawih dan moreh, rumah pun mistilah ada kelip-kelip bagi nampak excited nak raya...dah la kat opis hari-hari dah dengar lagu raya.........LOL

Lunch hour tadi pergi rembat sat kat meden selayang..hmm..sampai umah suke yang amat le bebudak 3 orang tue...malam tu sanggup xmo pegi terawih..mood raye la katakan..

apalagi..lepak la dengan pelita raya & ketupat raya malam tue..


masalahnyer..dorang xdela hover sangat maknyer yang terlebh nak raya kuikuikui Selamat Hari Raya!!!!

~Di saat Ramadhan mulai bersisa~

Image
Lailatul Qadar

Hazrat Anas رضي الله عنه berkata “Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi.”
(Hadith riwayat Ibnu Majah, sanadnya ‘hasan’ sebagaimana dalam Kitab at-Targhib dan al-Misykah)


Sumber: Kitab Fadhilat Amal @ Fadhilat Ramadhan (Bab 2 Hadis 2)
Karangan: Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariya rah.a



~Sepetang Bersama Ibu~

Image
Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan buat semua umat islam yang dengan penuh tekun dan semangat waja meneruskan ibadah mulia. Pertahankan iman, pertingkatkan amalan.

Jumaat lepas, selamat pulang ke kampung menjenguk ibunda tercinta. Sayu hati bila tengok wajah kesayangan hamba..sudah dimamah usia, sudah banyak kedutan halus, namun masih cantik dan berseri. Pasti ibu sangat cantik di masa mudanya, dengan badan kecil moleknya, apa yang lebih pasti lagi, kecantikan itu memang sudah banyak diwarisi, dan memang terbukti kecantikkannya itu…ah cukup sampai sini nanti riak pula.Astagfirullah…anak-anak ibu kan semua cantik.hiks

~kampung ku indah~

Jam 2.00 pagi tiba di depan rumah, ibu tak tidur malam itu kerana menunggu anak kesayangan tiba, ibu senyum menyambut kami, bersalam dan cium tangan ibu, tangan ibu kecil, namun kulitnya tetap lembut, halus cuma agak lembik kerana kulit tidak tegang lagi, bukan kerana tak pakai SKII, atau kerana tak cukup Nivea, tapi kulit ibu juga bergerak serentak den…

~Kalau hamba Tahu~

Kalau hamba tahu


Bismillah


Rasulullah s.a.w. bersabda:


لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ مَا فِي شَهْرِ رَمَضَانَ لَتَمَنَّى الْعِبَادُ أَنْ يَكُونَ شَهْرُ رَمَضَانَ سَنَةً

Maksudnya: “Andai seorang hamba mengetahui apa yang ada di dalam bulan Ramadan, nescaya mereka bercita-cita Ramadan sepanjang tahun”.

Ramadhan:Kenangan Terindah Di Celah Kehidupan

Image
Assalamualaikum wbt.
Sempena di bulan mulia bulan teragung penuh rahmat dari segala bulan, hamba Allah yang kerdil ini memohon mapun dan maaf diatas segala salh silap, dan sama-sama kita doakan agar ibadah dan apa saja yang kita lakukan di redhai, diberkati dan dirahmati Allah swt serta dilipat kali gandakan pahala untu penebusan diri kita di Alam sana nanti, amin.Isyaallah.

Alhamdulillah, hingga ke hari ini, terutamanya buat Ramadhan pada tahun ini, rahmat yang terbesar yang kita perolehi ialah, kita berpeluang melalui bulan mulia ini dengan izin Allah yang memanjangkan hayat kita. Sudah ramai yang tidak merasainya di kalangan saudara mara dan ahli keluarga kita, ini peluang yang terbesar yang patut kita raih dalam hayat kita yang masih bersisa.


Hati bergetar bila pengumuman puasa di umumkan malam tadi, bukan apa, rindu benar dengan kedatangan Ramadhan, setahun telah berlalu rupanya, bermakna telah sethaun kita tinggalkan Ramadhan dulu, telah setahun juga hayat kita berlalu, dan dengan …