~entry raya I~

Assalamualaikum wbt

Ucapan pertama, Selamat menyambut 1 Syawal @ Hari Raya Aidilfitri buat semua insan di dunia yang meraikannya pada hari ini. Syukur alhamdulillah, akhirnya kita dipertemukan sekali lagi Syawal pada tahun ini. Gembira dan terharu kerana diberi kesempatan, dan tiada siapa yang tahu masihkah ada lagi peluang berikutnya..

aidilfitri kali ini tetap bermakna sekalipun tanpa insan tersayang iaitu yang telah pergi beralih alam. Kerana yang masih ada tetap menjadi pengubat duka dan penyeri kehidupan.Namun jauh disudut hati,kerinduan tetap terasa.Al-fatihah buat mereka semua, arwah ayah, arwah mok, arwah chek, arwah eddy dan arwah sahabat-sahabat lain yang telah mendahului berpindah ke alam barzah. Entah esok, lusa siapa pula yang menyusul mereka.

Seterusnya hari raya kedua, adalah hari kemerdekaan buat warga Malaysia, Salam Merdeka!! pastikan kita betul-betul merdeka, merdeka fizikal, minda dan kehidupan000000000000000000.

Berusaha buktikan pada dunia bahawa kita benar-benar tidak dijajah lagi.

akhir kata,
Salam Aidil fitri,
Salam Merdeka
Buat semua muslimin muslimat

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

hmm...puassshatiku..