Sunday, December 20, 2009

Selamat Jalan..

(gambar sekadar imaginasi penulis utk sahabat)

Salam.
Pagi esok sahabat baik akan memulakan perjalanan yang jauh...pulang ke kampung halaman di seberang laut.
Hati bertaut, berlagu sendu..selamat jalan.
Semoga selamat dalam perjalanan.
Lihatlah kembali kampung halaman yang sudah lama di tinggalkan,

Ziarahlah sahabat lama, apatah lagi sahabat sepermainan, sudah lama kau tinggalkan mereka, entah masih ingat lagi atau tidak.

Kunjungilah seramai mungkin saudara mara, entah bila lagi kau akan bertamu, kerana esok kita tidak pernah tahu.

Bila bersua orang tua yang sudah lama kau tinggalkan, kucuplah tangan mereka, mohon ampun dan redha mereka.Ucapkanlah kasih sayang mu buat mereka, dari hati seorang anak, dengan kata-kata atau pun pelukan.

Renungkanlah jauh ke matanya, biar sampai ke dalam hatimu, agar kau dapat rasakan, ada getar rindu di dadanya.

Ingatlah, hari ini bila kau masih mampu merenung wajah tuanya, hari esok kau belum pasti...

Dan bila sampai waktunya kau kembali ke sisi sahabatmu ini semula, aku doakan kau tetap selamat di dalam perjalanan, meredah lautan kehidupan, sebagai seorang hamba Allah, berjuang di sebuah kota...

Salam kasih sayang dr sahabatmu..

Thursday, December 17, 2009

Sunday, December 13, 2009

hmm...puassshatiku..

Salam,
Semalam(ahad) dok umah je tak ke mana, satu hari menjadi housekeeper. Sasaran utama bilik wisya, ubah kedudukan semua barang dan tv dari bilik utama pindah ke situ bagi privacy kat dia. Dia pun memang seronok sangat, lagipun katanya itu tv dia..hmm..lotih den.

Kemas segala kain baju yg dah tak nampak rupa kain baju yg dilipat dalam rak. masukkan rak kecil-kecil semua kat dalam tu, semua baju hafiz dan danish pun pindah situ gak. That mean after this segala urusan tukar/pakai baju, tukar/pakai pempes dan apa-apa kes melibatkan budak kecik bertiga itu adalah di situ.

Sedar2 dah pukul 3 petang, perut dah lapar baru teringat nak masak..adui..penat juga, tapi puashati dapat gak setel sebelum ni asyik tangguh je nak kemas & kerjakan bilik tu. So semalam berjaya juga mencapai objektif harian sebagai housewife hehehe..

Thursday, December 10, 2009

HAKIKAT SEDEKAH

Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)". - (Bukhari dan Muslim)
Firman Allah swt: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111.

Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi: Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh. Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu.

Rasulullah SAW menegaskan dalam hadis yang bermaksud: "Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya. Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain. Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim)

Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya. Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka.

Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda. Logiknya mudah, kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah. Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini. Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik
(petikan artikel drpd : e-tahlil)

Tuesday, December 8, 2009

nilai sekeping kupon makanan

Lewat petang beberapa hari yang lepas, anakku suarakan hasrat hatinya mahu mendapatkan ganjaran dari kupon yang diberikan oleh gurunya. Kupon itu ku lihat, hadiah makan percuma untuk kanak-kanak yang baya umurnya. Pada mulanya aku sangat malas untuk melayan permintaannya, Tapi hatiku lelah bila merenung matanya yang mengharap.

Aku mengangguk dalam senyum tanda kasihku untuk tunai hajat hatinya. Lantas disusuli satu lagi permintaannya, diajak bersama seorang kawan baiknya. Kawan itu pernah diceritakan oleh gurunya lewat waktu semasa aku menjemputnya di sekolah, mereka sering berbicara, bergelak tawa dan pernah bergaduh bersama.

Aku gusar, bukan maksudku tidak setuju, aku kagum dengannya yang sangat setia pada sahabat. Namun aku gelisah andai ayah dan ibunya tidak mengizinkan. Aku mula memberikan pilihan, “Kita akan bersama dia kiranya diizinkan ibubapanya”

Anakku girang, matanya bersinar, bibir tersenyum, dia mula berlari sambil melonjakkan badan dan mula menyanyi.

Aku bahagia.

Susur ke rumah sahabat anakku agak lengang, petang itu mungkin semua orang tiada perancangan keluar atau mereka sudah pulang, memandangkan senja mula menjengah dan rintik-rintik halus mula hadir perlahan dari langit yang kelabu, jatuh mengusap cermin kereta yang kupandu.

Tapi hajat anakku tidak tersekat kalau cuma disebabkan petang yang kelam dan hujan yang singgah.

Dia berlari ke pintu rumah flat yang kelihatan telah usang warnanya, aku kira itulah rumah sahabatnya, dia pernah datang beberapa kali dengan gurunya semasa melawat sahabat itu sakit sekitar sepurnama lalu.

Aku mengetuk perlahan, pintu terkuak, muncul empat insan yang kecil dan comel, airmukanya bersih, persis anak yang baik.

Baru ku tahu, mereka berempat rupanya ditinggalkan ibu dan ayahnya keluar mencari sesuap nasi dan tinggallah mereka tanpa orang dewasa. Dua daripada tiga kakak mereka keluar membantu ibu mengambil upah memasak di rumah kenduri, manakala seorang lagi ke kedai, jelas mereka setelah aku mula merungkai persoalan.

Bermakna, petang itu hasrat hati anakku untuk bersantai bersama sahabat baiknya hampir tidak kesampaian. Wajahnya mula berwarna suram, melukiskan runtunan hatinya..

Aku tidak mahu dia kecewa, pantas aku cuba curi hatinya, kami akan tetap ke sana, dan kami akan pulang semula bersama hajatnya untuk dikongsi bersama sahabatnya. Dia mengangguk dalam diam.

Kami kembali semula, bila mendengar salam, mereka berempat menerjah ke pintu seakan tahu bahawa aku telah kembali dengan sedikit makanan yang sangat enak dan amat diimpikan pada mereka, anakku mula menghulurkan pada sahabatnya, adik-adiknya ikut berebut menyambutnya, bagaikan tidak sabar untuk menikmati sesuatu yang sukar muncul tiba-tiba di celah pagar besi itu.

Dan kulihat mereka sangat gembira, mengucapkan terima kasih berulangkali, pantas membuka di tengah ruang rumah yang sempit itu, dan mula berebut menikmati makanan yang kulihat sungguh enak sekali buat mereka.

Aku senyum dalam terkedu.

Di rumah, anakku pelawa duduk bersama di meja buat menemaninya sama-sama menikmati makanan yang sama dibeli tadi. Dalam usaha menjaga hatinya aku makan bersama,

dia gembira, dan aku bahagia,

Aku teringatkan sahabatnya, bersama adik beradiknya, yang sekarang sedang makan bersama di rumah mereka.

Aku hilang selera..

Aku pernah melalui kisah silam yang sukar seperti mereka, aku rasa apa yang mereka rasa hari ini. Aku juga sukar untuk makan apa yang aku inginkan pada satu masa dulu, bila melihat keadaan mereka tadi, aku rasakan sesuatu yang sukar untuk kuucapkan.

Namun aku bangga, anakku seorang yang kasih dan prihatin pada sahabatnya.

Monday, December 7, 2009

Jom Heboh!

Salam.

Semalam pergi Jom Heboh TV3, seperti biasa setiap tahun bagi acara penutup yang akan berlangsung di sekitar KL. So, tahun ni kat Bukit Jalil.

Kali ni pergi memeriahkan suasana ramai-ramai bersama anak buah. Baby tinggal..sian baby, takpela, baby kan kecik lagi, nanti baby besar baru ummi bawa jalan, ok?

Sampai sana, orang tengah ramai, cuaca pula panas, kelam kabut mencari payung, terpakai juga payung yang dah separuh rosak hari tu & anak buah tak pasal-pasal terbeli payung yang cantik. Berkenan gak aku, tapi payung dah banyak hehehe..

tak sempat nak round habis coz tak daya di tengahari tu..tapi seronok..adik & kakak pun seronok.

Jam 3.00petang we all dah balik..setelah shopping beberapa barangan makanan, dapat la 4 beg yang cantik hari tu. hehehe..ok la tu!