Posts

Showing posts from November, 2011

kau pergi..

Image
sayu terpisah, hikayat indah kini hanya tinggal sejarah, berhembus angin rindu, begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu, hujan lebat mencurah kini, bagaikan tiada henti, kaulah laguku, kau irama terindah, tak lagi kudengari, kau pergi.. pergi… sepi tanpa kata terdiam dan kaku tak daya kau kulupa apapun kata mereka biarkan kenangan berbunga di ranting usia hujan lebat mencurah kini, bagaikan tiada henti, kaulah laguku, kau irama terindah, tak lagi kudengari, kau pergi... pergi aku teringatkan seseorang...seseorang yang telah pergi..pergi dari hidupku, dari senyumku, dari ceriaku..lantas aku jadi gundah..hingga selamanya..hakikatnya dia telah pergi...

~Harimau Muda U a The Best~

Image
Congratulate for Harimau Muda, u all the best...!!!

~wa wa wa wahhhh~

Image
Hadoi..pagi ini sakit urat. Urat belikat dan urat tekak. kenapa? pagi ahad sampai petang berenang, menggelongsor dan menjerit di Wetworld..! Petang tu sambung menjerit tengok Malaysia VS Myanmar..! ~Kisah Waktu Pagi~ Ewahhhh nak pergi jalan-jalan main air la katakan..kanak-kanak riang ini bangun pagi dengan penuh berdisiplannya.bagus anak Ummi..kalau bangun nak pergi sekolah, hmm..kirim salam. dan pagi itu juga mogok ramai-ramai tak mahu mandi simpan daki untuk di rendam di Wetworld termasuklah Ummi dan Aboh.sungguh kurang sopan.jimat bil air sekali.kalau boleh kencing pun simpan nak buang kat sana, maklumlah masuk bayar kan..lagi kurang asam keping Jam 9.00 pagi bertolak, jam 9.40 dah sampai wah, jalan bagus, maklumlah cuti sekolah kan..nampak sangat selama ini budak sekolah dan cikgu cikgi yang buat jalan jem kan..uih sadis ayat. Sampai sana, beratur panjang beli tiket, yang jadi panjangnya satu keluarga atuk nenek cucu cicit ikut beratur yang bank beli tiket sorang aje.hmm..barisan

~citer lawaks hari ini~

Image
Sambil tunggu masuk waktu asar bilal tertidur kat tiang dalam masjid. tiba2 ada orang cuit bahu nak tanya 'Bang, oh bang' Bilal terjaga, terus bangun dan pergi kat mikrofon lalu azan 'Allahu Akbar Allahu Akbar' Orang yang nak tanya tadi terus bagi tau kat bilal, 'bang, asar belum masuk lagi' Apa lagi, bilal dengan selamba terus je cakap,'ujian suara, satu dua tiga, ujian suara satu dua tiga'... .. Gambar sekadar hiasan

~WOOooooOOOHaaaaa~

Image
Congrats..!Congrats..! to Harimau muda! 1-0 finally..berjaya juga kita mengalahkan lagak ngeri yang penuh kontroversi malam tadi. Fuhh...cemas aku nengok. Dah memang Indon ni suka main psiko, suka aksi ngelat. Tapi dia tak sedar dia ngelat dengan orang lagi "bisa ngelat" kok gitu dehh..gue lagi campin..opps pe hal pulak aku tetiba pandai cakap indon cis!! Hebat, Harimau Muda sangat HEBAT..! bukan senang menggalas tanggungjawab negara, memelihara aib bangsa dan maruah negara tercinta.wahhhhh giteww Puas hati aku, puas aku menjerit pecah satu rumah.berbaloi..! sampai si comel aku komplen. Isk apa Ummi ni, tengok bola pun jerit-jerit. Eeh..mestilah sayang, mana ada orang tengok bola dengan penuh sopan santun.. Yang paling nyampah bila si Indon happy-happy liver jatuhkan badan pastu nak kondem Harimau Muda, kalau macam tu, pi main ragbi lagi bagus, baru tau best ke tak best jatuh-jatuhkan badan..nak manja-manja kononnn. Apa yang pasti Indon berjaya memungut kad kuning yang terban

~bila buka mata~bila tutup mata~

Hari ini, bila buka mata..cuba, Niatkan sesuatu yang baik dalam hati.Niatkan nak buat benda baik dan hasilkan perkara-perkara yang baik. Senyum di cermin pada diri sendiri, tanda menghargai diri, kerana dirimu begitu berharga..!!Ucapkan terima kasih dan syukurmu pada Allah kerana telah mengizinkan harimu bersambung untuk hari ini dan mengurniakan wajahmu yang cantik..! Dalam senyum, teruskan niatmu tadi, niat yang baik. Mulakan langkahmu, langkah yang baik dan azamkan di hatimu buat sesuatu yang baik, lebih baik dari semalam, paling baik dalam hidupmu dan akan terus baik untuk esok. Bukankah itu menjadikan kamu melalui hari ini dengan baik dan gembira? Teruskan. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang kurang baik, atau tidak baik, atau tiada apa-apa yang baik, tetap anggap ianya sesuatu yang baik, tapi baik dibelakang hikmah perkara tersebut. Teruskan senyum.walaupun kamu terpaksa menangis hari ini. Lihat semula wajahmu di cermin, teruskan senyum, bersyukurlah kamu masih ada waktu untuk m

baru?? uwekk

Orang Baru?? Alahai ada apa dengan setahun? Yup kenapa dengan setahun? Usia? Oh..tidak, road tax expired? Oh tidak.. passport have not renewed? Oh tidak juga.. so what?? Setahun tak jalan kaki ke LRT, so ala-ala sesat barat giteww. Pastu sakit kaki pakai high hill..eceh over!! Setahun tak beronggeng ke Jalan TAR & masjid Jamek, so? Ala-ala panik bila Kebab kegemaran dah tiada lagi, Ala-ala jakun tengok butik dah berubah wajah, yang pasti berubah harga, elleh..macam pricing updatess konon!! Setahun tak scan my bit bit pass..bit bit rabbit. So setahunla ertinya my rabbit menyorok kat handbag yang mana satu..kah kah kah. Yeah..! akhirnya rabbit dah keluar dari tempat persembunyian. Itupun habis geledah handbag yang ke 13 malam tadi..! (huh over lagi) Dan dengan selamatnya rabbit dah mula berfungsi di LRT Putra-Masjid Jamek last Friday.ohh kesian. Dan seperti setahun yang lalu, kembali merempit di pagi hari, kembali ke Teratai layu di tasik Madu uwahhh. kembali tergedek-gedek tepi sung

..ayat penyegar untuk sarapan di pagi ini..

Image
Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan lakukan Allah akan mengubati segala galanya Buat perkara yang betul Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, bergembiralah senyumlah seindah suria di pagi ini