Posts

Showing posts from November, 2009

Satu Hari Di hari Raya Haji

Image
Salam. Lagi dua hari umat islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan 10 Zulhijjah 1430H. Bermakna lagi dua hari umat islam akan menerima kedatangan Hari Raya Aidil Adha, atau Hari Raya Korban, atau yang selalu aku 'panggil' Hari Raya Haji. Hari Raya Haji mungkin di pandang kecil bagi sesetengah orang, mungkin di pandang sepi bagi orang yang kurang meraikannya, mungkin dilupakan terus bagi mereka yang 'sibuk amat sangat' dan tidak mahu meraikannya. Tapi besar maknanya bagi insan seperti aku, yang dulunya ketika masih kecil, ketika berada di kampung, ketika hidup dalam kesulitan, kepayahan dan kemiskinan. Itulah hari yang ditunggu-tunggu dan bukan pada aku seorang, tapi pada semua orang-orang kampung. Malah hari itu dirasakan sama meriah atau mungkin lebih meriah dari Hari Raya Aidilfitri. Kenapa?? Kerana hari itu, kami orang kurang mampu untuk makan besar seperti orang kaya ini, akan dapat makan nasi dengan lauk seperti orang kaya, nasi lauk daging! Dan untuk seta

2012

Image
Salam. Minggu lepas, ambil masa sikit untuk berdua-duaan dengan teman baik, pergi tengok wayang. Dah lama kami tak dapat tengok wayang bersama. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tanggungjawab sendiri. Agak teruja untuk menonton kali ini kerana ada terbaca emel yang agak kerap di forward kan oleh kawan-kawan. Untuk cuba membayangkan keadaan tersebut, maka cuba menontonya. Biasalah, kalau filem 'orang barat' ni, segalanya nampak macam 'orang dia' saja yang bagus dan hebat. Kenapa saya berani berkata begitu? Kerana sudah banyak bukti filem yang telah kita tonton selama ini, memang mereka selalu membenarkan diri mereka walau dalam apa cara sekalipun, apatah lagi yang melibatkan agama. Mereka akan putar belitkan kebenaran yang termaktub di Al-Quran untuk memperlihatkan 'mereka' yang benar. Semoga kita semua tidak terpedaya, Nauzubillah.. Bagi aku kisah tersebut mungkin di aplikasikan daripada kisah Nabi Allah, Nuh alaisalam. Lebih kurang sahaja, bukan benar-benar

Sukan & Konvokesyen

Image
Ahad lepas, 15/11/2009 Tadika tempat Wisya belajar mengadakan hari sukan dan penyampaian sijil, kira konvokesyen la tu. Kami sekeluarga hadir ke majlis itu kecuali baby (sian baby, selalu kena tinggal huhu..) Meriah juga hari tu dan Wisya seronok sangat dapat banyak hadiah, kami pun dapat juga, coz dapat johan dalam acara sukaneka bagi kaum ibu dan bapa, ngeh ngeh ngeh... Tahun ini kiranya tahun terakhir Wisya belajar di situ (setelah 2 tahun pergi ke Tadika tersebut iaitu sejak berumur 4 tahun lagi.) adik pun gumbira sambil menyibukkan diri di depan pentas, tak larat nak kontroll..seronok betul dia hari tu. bergambar pun adik teruja..apa yang ditunjuknya ntah.. adik & along kakak dapat hadiah.. acara isi air dlm botol dan jalan atas tempurung

Panggilan Pertama

Image
Semalam balik dari kerja, sedang buka pintu terdengar bising-bising dalam rumah suara adik & kakak memanggil-manggil nama ku. Mula-mula dengar suara adik, di panggilnya 'aboh' coz sebelum ni, dia baru pandai panggil 'aboh' jer. Bukak je pintu, kakak menjerit panggil 'ummi'. Adik pun tiba-tiba ikut menjerit panggil 'ammi'. Terkejut kami berempat termasuk abohnya, coz itulah panggilan pertama adik untuk aku. Tapi bunyi lain sikit, 'ammi' bila cuba diperbetulkan, tetap juga bunyi 'ammi'. Semalam di ulang-ulangnya banyak kali 'ammi' kepadaku, bangga la tu dia dah dapat panggil namaku. Kalau sebelum ni bila nak apa-apa dia panggil abohnya jer, tapi semalam asyik panggil 'ammi' jer...sampai penat plak nak layan kerenah & kemahuannya. afiz...afiz, makin bijak anak ummi.

Aduhai....anakku.

Image
Petang semalam berdebar betul jantungku, kecut perut dan bengang pun ada. Nasib baiklah aku dapat tenangkan hati dan jiwa yang berkecamuk, dapat control lagi perasaan sepanjang perjalanan pulang ke rumah dari ofis. Jam 6.00 petang dalam kesesakan di celah kenderaan bergerak perlahan di jalan kuching, aku dapat call daripada asben, katanya dia sekarang berhenti sekejap di tepi jalan coz pick up call daripada kakak yang kejap tadi yang mengadu padanya bahawa anakku hilang dari rumahnya bersama laptopnya. Ya Allah..mana tak tensen kalau dapat call macam tu?? Tapi Alhamdulillah, aku tenangkan hati seketika, beristighfar banyak-banyak, berdoa dalam hati semoga Allah swt selamatkan anakku dari segala musibah. Dalam gementar tu, aku terfikir satu je, kemungkinan anakku keluar sendiri dari rumah tu coz bila tanya kakak, rumahnya tiada kesan pecah masuk. Aku hubungi jiran di rumah, katanya dia ada ternampak kelibat anakku di lif dan menuju ke arah rumah jiran depan rumahku. Syukur Alhamdulillah

hujan oh hujan..banjir oh banjir oh banjir....

Image
Kelmarin call abang di kampung, katanya hujan lebat setiap hari sekarang. Tengok berita di TV pun, memang dah banjir, dah ramai kena pindah. Alhamdulillah kampung masih tak ditenggelami air sungai yang melimpah, tapi sudah di paras merbahaya kata abang. Aku terbayang segalanya bila ku pejam mata. Dulu masa aku kecik, time ni lah yang paling bes, apa taknya, main air la...ramai-ramai tebang pokok pisang buat rakit. Berakit ke bukit belakang rumah (kerana kawasan belakang rumah agak rendah dan selalu digenangi air hujan bila musim banjir). Kalau air sungai melimpah dan masuk ke kawasan kampung akan ada dua tiga buah rumah di hilir kampung dan bawah bukit akan tenggelam, maka akan bermulalah pesta payung berwarna-warni..maksud aku masa tu akan ramai orang kampung keluar rumah melawat kawasan yang ditenggelami air dan masa tu banyak kelihatan payung berwarna-warni sekitar situ. Kalau dulu akulah antara yang paling sibuk nak meronda ke hulu dan hilir kampung, pergi tengok air..geng aku yang

Drama di luar drama

Image
Malam tadi aku sempat tengok drama Sebelum Sejadah Terbentang, lebih kurang gitula tajuknya. Hatiku tersentuh dengan drama yang pendek tapi berkesan. Congratulation la buat pengarah dan penerbit serta pelakonnya coz boleh membuatkan penonton berfikir jauh dan berasa hati. Seorang kanak-kanak yang sangat mengasihi dan mentaati ibunya, menjalani kehidupan yang penuh jujur dan taat pada Allah swt sepertimana didikan dan pesan ibu sebelum meninggalkan dia buat selamanya. Kesucian dan kebersihan hati seorang kanak-kanak mampu mengubah kehidupan seorang lelaki dewasa yang dipanggil paksu olehnya, yang telah berpuluh tahun menjalani kehidupan penuh sosial, hanya dalam masa 3 hari. Itulah realiti sebenar di luar. Tapi drama itu diselitkan dengan bunga-bunga bahasa dan gaya persembahan yang ringkas dan bersahaja. Hakikatnya, drama di luar drama, perkara itu boleh jadi satu kemungkinan, boleh jadi satu kepastian dan kita tidak tahu apakah ending seperti mana drama dalam tv? Yang pasti, diri m

Entry Tertangguh

Sedar tak sedar, rupanya hari ini dah masuk hari keempat bulan sebelas... Sebenarnya pagi jumaat lepas aku memang ingat sangat tarikh keramat ni, tapi pada hari tu aku memang tak sempat nak tulis coz baby demam dan kerja-kerja urgent di ofis pun banyak. Pada 30 oktober yang lalu adalah tarikh yang tetap ku ingat di mana pada hari tersebut pada tahun 1995 seorang sahabat baik telah kembali ke rahmatullah. Jadi pada 30/10/2009 yang lalu, genaplah 14 tahun. Semoga roh arwah Eddy Azleey dirahmati Allah swt dan di tempatkan bersama orang-orang yang terpelihara disisiNya. aminnn.. Al Fatihah buat arwah.