Aduhai....anakku.

Petang semalam berdebar betul jantungku, kecut perut dan bengang pun ada. Nasib baiklah aku dapat tenangkan hati dan jiwa yang berkecamuk, dapat control lagi perasaan sepanjang perjalanan pulang ke rumah dari ofis.

Jam 6.00 petang dalam kesesakan di celah kenderaan bergerak perlahan di jalan kuching, aku dapat call daripada asben, katanya dia sekarang berhenti sekejap di tepi jalan coz pick up call daripada kakak yang kejap tadi yang mengadu padanya bahawa anakku hilang dari rumahnya bersama laptopnya.

Ya Allah..mana tak tensen kalau dapat call macam tu??

Tapi Alhamdulillah, aku tenangkan hati seketika, beristighfar banyak-banyak, berdoa dalam hati semoga Allah swt selamatkan anakku dari segala musibah.

Dalam gementar tu, aku terfikir satu je, kemungkinan anakku keluar sendiri dari rumah tu coz bila tanya kakak, rumahnya tiada kesan pecah masuk.

Aku hubungi jiran di rumah, katanya dia ada ternampak kelibat anakku di lif dan menuju ke arah rumah jiran depan rumahku.

Syukur Alhamdulillah, aku yakin anakku selamat dan memang benar, dia ke rumah jiran, tapi katanya dia tolong simpankan laptop di dalam almari, bila tanya macamana keluar katanya dia cari kunci spare kat dalam beg di dalam almari, patut la kata kakak, almari agak kelihatan terselongkar.

Tapi Tuhan saja tau bengang juga aku dengan budk nih,,sabar je la. Bila aku sound, korang tau apa jawabnya??

aku : kakak, nape kakak buat camni??
dia : kakak boring dok umah moklong, kakak datangla umah Alia nak kaler buku baru kakak..kakak ada buku Ben-10.

Sambil ditunjukkan buku Ben-10 pd aku.

aku : kakak tau tak, apa yang kakak buat ni menyusahkan semua orang, membuatkan semua
orang terkejut dan takut, terutamanya ummi tau tak??
dia : tau...dah berapa kali kakak hilang ummi?

Hish, dia buat soalan teka teki la plak kat aku, dan dia jawab dgn muka selamba xde rasa bersalah pun....tensennnnn tapi aku sabar lagi.

aku : nape kakak tak dengar apa yang ummi pesan selama ni?? kakak ingat ke tak?? kakak
nak buat lagi camni?? kakak nak kena pukul dnegan ummi lagi?? (temperature aku dah
mula naik...so suara pun hightone)
dia : kakak ingat, ok la, kakak tak buat lagi. Ummi janganla marah, tak baik tau, ummi kan
penat, ummi berehat je k. Ummi kan sayang kakak, janganla pukul kakak, kalau kakak
mati, takde lagi kat dunia ni, ummi juga yang sedih nanti takde anak lagi.

hishhhhh...buat skrip drama plak dia, ni yang aku takle tahan ni..hishhh

aku : pandaila cakap, tapi kakak juga yang buat salah kan?? abis tu macamana ummi tak
marah?? tu tak mandi lagi...pergi mandi sekarang!!!

Dengan muka takut dia pergi mandi pastu dok diam-diam tengok tv.Dia tau aku dah mula nak jadi mak tiri dia...tau takut..
Lepas aku solat maghrib panggil dia mengaji Quran, lepas mengaji dia salam macam biasa,

"ampunkan kakak ummi, maafkan kakak, kakak nak kawan dengan Alia je, sebab tu kakak pergi rumah dia, kakak nak tunjuk buku baru kakak. kakak tak buat bising pun, kakak tak buat jahat. lagi pun kakak rindu adik, kakak datang nak tengok adik kat rumah nenek, tapi adik takde kat gril, kakak pergi umah Alia kejap."

aduss, sedih plak aku bila dia minta maaf dan mula buat skrip drama sekali lagi, kalah juga aku dengan budak ni.

"Dah, janji dengan ummi jangan buat lagi."

"janji."

sebenarnya, dah berapa belas ratus kali janji, tapi ada je peel dia yang menggegarkan jiwa aku.. sabo je la..

ni ler budaknyer...

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

~29 Jan~