Sunday, October 25, 2009

mereka..

Hari ini Muhammad Hariz Danish genap 3 bulan. Setakat ini perkembangannya ok, sihat walafiat dan makin tembam.


Muhammad Hafiz Darwisy pula 1 tahun 6 bulan 1 hari, dah makin lincah dan manjanya menjadi-jadi, kadang tu geram juga dengan cengengnya yang sekali sekala datang mengada tapi itulah kelainannya.


Haifa Darwisyah pula 5 tahun 9 bulan makin bijak dan petah. Kadang tu pening juga dengan degilnya. Buat bising pun no. 1 kalau di rumah. Sangat sayangkan adiknya dan adakalanya rajin juga menjaga adik tapi lebih banyak menyakat dari menjaga. Dia sekarang taklah seboring dulu lagi sejak ada dua orang adik dalam masa yang singkat.

Bila berbual, dah macam orang dewasa bualnya, dah pandai tanya soalan yang kadang tu sukar untuk dijelaskan.

Tapi kasihan, dia adakalanya menjadi mangsa keadaan bila selalu disuruh macam-macam termasuklah menjaga adik. Selalu jadi mangsa dipersalahkan dalam semua hal, walau pun tidak sepatutnya.

Tuhan saja yang tahu betapa besarnya kasih & sayang ini pada mereka bertiga.

Anakku, maafkan ummi kiranya ada yang tidak termampu dan terdaya ummi lakukan buatmu bertiga, tapi percayalah sayang, ummi akan terus berusaha sedaya upaya ummi dan melakukan yang terbaik buat mu..

Tiada apa yang menggembirakan hati ummi selain dari menggembirakan hatimu sayang..

Wednesday, October 21, 2009

Dan sungai ini...

Tadi hampir sepetang di sungai, hmm..rindu benar dengan sungai ni. Banyak benar kenangan indah dan pahit di sini. Kecil-kecil dulu di sinilah tempat bermain, juga tempat melepaskan perasaan bila di marah mak, tempat mencari rezeki, pendek kata tempat bersusah senang masa kecil dulu.

Ingatanku mula mengalir…

Balik sekolah hari tu, aku dan Siah melencong ke sini, apa lagi..mandi sungai la..siap main tarzan lagi..bergayut dengan akar pokok bunut dari atas tebing berayun dan terjun ke tengah sungai, tempat dalam lagi tu pastu berenang ke tepian..hehehe..beranikan aku?? Biasala, kalo tak berani bukan budak kampunglah namanya..

Tengah leka main air, mak menjerit dari tebing sungai, aku tengok di tangannya dah redi dengan ranting, apa lagi berbiratlah satu badan hari tu. Esoknya bila jumpa Siah kat sekolah, dia pun berbirat juga, rupanya mak aku dah repot kat mak dia..adui sian betul Siah.

Sejuk kakiku..oh sejuknya masih seperti dulu..masih mengalir lesu bagai dulu…..

Petang tu aku frust abis dengan mak aku. Aku lari ke tepi sungai menangis semahu-mahunya, ntah aku pun dah lupa apa yang membuatkan aku sungguh-sungguh hati melepaskan tangisan dan kesedihan di situ…yang nyata, batu-batu kecil, pasir dan air sungai itu telah menjadi saksi.

Ah, sungai ini..dah jadi tempat paling best pada aku untuk melepaskan kekusutan hidup…aku mengharung perlahan melawan arus..pokok ara longlai diusik bayu petang…langit mula redup.. senja mula mengintai..

“Mak, hari ni makan nasi lauk apa?”
“Takde lauk, makan dengan budu je lah!”

Mak menjawab tanpa melihat dari mana aku muncul, leka benar dia menugal jagung, aku yang masih berbaju sekolah naik ke rumah.

Ku sarung baju kurung kedah biru dan seluar trek yang bergetah dengan segala jenis getah pokok yang tak pernah tanggal itu,(memang selai tu je seluar trek aku) kelakarkan, pakai baju kurung kedah dengan seluar trek, budak dulu bukan tau berfesyen, janji ada baju, itupun baju orang bagi.

Aku ambil pisau di dapur, kain tuala yang dah berlubang di jemuran, terus berlari ke tepi sungai..aku kutip pucuk paku..

Berlari ke hilir sungai, mengharung air separuh pinggang, menuju ke pokok ara, menyelam ke bawah rakit Pok Nik, tarik keluar bubu yang tak sempat aku jenguk sejak kelmarin, alhamdulillah ada lampan sebesar tapak tangan aku, dua ekor.

hari tu merasa juga makan nasik berlaukkan ikan lampan goreng, celur pucuk paku cicah budu..

Percikan air bernyanyi mendendangkan irama tersendiri bila bergeser dengan batuan kecil …daun buluh di ulu sungai turut mengalir seiring, melekat di celah batu…terlepas..mengalir dan menyangkut ke kaki ku..terjaga dari kisah silam.

Langit mula merah..aku melangkah naik..meninggalkan sungai tercinta ini..tanpa meninggalkan kenangan dulu..kerana kenangan itu masih mengalir dan akan tetap mengalir di hatiku.

Tuesday, October 20, 2009

Selamat Jalan

Selamat jalan buat tiga orang insan yang disayangi,
semoga perjalanan ini diberkati dan dilindungi Oleh Allah swt.
saya doakan kalian selamat pergi dan kembali..

Buat Yan yang akan bertolak ke Holand malam ni,
berhati-hati di tempat orang,
ambillah sebanyak mana ilmu dan peluang yang ada di sana.
Kembalilah dengan kenangan yang berharga.

Buat Mama & Aboh yang akan bertolak ke Mekah hari ini,
semoga mama & aboh memperolehi haji yang mabrur,
sentiasa dipermudahkan urusan,
selamat mengerjakan ibadah dengan penuh tawaduk,
doakan saya di sana nanti.

Selamat jalan...

Wednesday, October 14, 2009

Kerana kita di dalam takdirNya…

Petang itu cerah..langit kembali memberi sinar setelah hampir setengah hari hujan..daun-daun masih basah, sisa air hujan masih mengalir perlahan tumpang lalu di tepi jalan tar yang sempit..mengalir masuk ke dalam pagar..mengasak ke arahku.. sengaja kubiarkan kaki dilanggar rembesan air di bawah rumput itu…

Duduk termenung jauh di atas batang kelapa yang ditebang sebulan lalu, tergolek di belakang dapur..disebelah ku ada dua tiga batang serai yang baru dicabut..masih berserabut dengan akar dan daun yang panjang dan tajam sisinya..sengaja tak dipotong..biarlah dia.

“Wei…kat sini kau rupanya, puas aku panggil..pintu tak kunci, ingat ada orang..ish..”

Nyaring suara itu, aku dongak perlahan dalam separuh sedar, siapala yg mengacau lamunan sedihku ini..Siah!

Wei…kau dari mana? Bila kau balik? Lamanya kita tak jumpa, aku selalu cari kau!

Banyak soalan yang aku tanya, sampai satu pun tak mampu dijawab Siah. Petang itu kami berbual lama, banyak perkara yang telah tertinggal untuk diceritakan semula setelah berbelas tahun terpisah…

Banyak cerita suka dukanya..begitu juga kisahku yang amat getir untuk dilalui..kami simpulkan itu adalah perjalanan kehidupan..suatu ujian bagi seorang insan.

Yang membuatkan aku mengalirkan airmata bukanlah kisah sedih yang dia dan aku alami selama berbelas tahun melalui kehidupan yang berbeza, tapi kata-katanya...

Cinta adalah anugerah dan rezeki…

Kalimah indah itu terkeluar dari mulutnya bila mendengar cerita pahit yang telah kuluahkan..dia masih senyum....

“Kau jangan anggap kau akan memiliki seseorang buat selamanya..sedangkan dunia ini pun pinjaman..kau patut mengerti…semuanya dipinjamkan sementara untuk kau..”

“Kau anggap sajalah itu satu anugerah yang diberikan kau sekejap sahaja..kau diberi rezeki sedikit saja untuk merasai nikmat cinta darinya..dan bila sudah tiada..bermakna dah bukan rezeki kau lagi…”

Airmataku mengalir laju..di saat penyudah katanya itu..aku cuba renungkan matanya..yang juga melalui kisah pahit sepertiku..malah lebih pahit lagi…tapi akhirnya aku tewas..tertunduk sambil ku titiskan habis airmata itu..jatuh menitik ke lengan..

Dia genggam tanganku..”Maafkan aku kalau aku membuat kau sedih…aku yakin kau akan kuat bila kau mampu meredhai apa yang berlaku…bila Allah swt memberikan kita satu ujian, kita kena terima dan redha..barulah kita akan dapat kembali keredhaanNya…”

Kawan, terima kasih di atas semangatmu yang kuat, aku jadi malu..kenapa aku mesti tewas dengan ujian ini..

“kau nak buat apa dengan serai ni?”
“Dah nak berbuka dah ni..aku nak minta daun pandan sikit..nak buat kuih butir nangka..”
“Ada..nanti jap aku potong kau nak banyak mana? Nanti aku ambil..”
“Dua tiga helai cukupla..”

Pantas Siah mematikan situasi sedih di petang itu..aku mengesat sisa airmata yang berbaki di pipi, mencapai parang di tepi kolah, mencantas daun serumpun pandandi belakang rumah, menghulurkan padanya..

Dia senyum..aku senyum..
”Maafkan aku kalau aku menyusahkan kau..”
“Taklah..aku doakan kau bahagia semula..jaga anak kau baik-baik..jangan fikir sangat..bulan posa ni, kau banyakkan berdoa..lagipun kau masih dalam pantang..nanti kau sakit..kau lawa apa..kehkehkeh..”

“Woi..ke situ plak kau..kekkeke..kau kawan aku paling baik..”
“Tapi kau kawan aku paling jahat..” pantas dia potong pujian aku, berkerut dahi ku..

“Dulu kau selalu amik roba(pemadam) aku dalam kelas, kau jahat, kau patahkan kalam(pensel) aku bila kau nampak kalam aku lebih tajam dari kau punya..”

Ketawa kami pecah…hahahhahah aku tak sangka dia ingat lagi kisah kami di bangku sekolah. Dulu aku memang nakal, selalu buat kacau..kami selalu gaduh..tapi petang baik semula..bdan kami akan sama-sama pergi mengaji di madrasah..aku masih ingat itu semua.

Dia berjalan di depan, mengenggam daun pandan di tangan kirinya, aku mengekori hingga ke pinta pagar..dia berpaling memberikan salam..aku paham bermakna aku perlu menghantarnya sampai ke situ saja.

Aku masih berdiri memerhatikannya..hingga kelibatnya hilang di hujung selekoh..

Aku masih terdengar kalimahnya…hingga kini…

Cinta adalah anugerah dan rezeki…….

Kalau ada rezeki aku..maka adalah..kalau sudah tiada dan cukup setakat itu…maka tiadalah..
aku harus belajar menerima..kerana aku berada di dalam takdirNya.

Airmataku mengalir lagi...

Tuesday, October 6, 2009

aku tidak mahu lagi

Aku tidak mahu lagi
Mencintai seseorang dengan sepenuh hati
Kerana bila tersedar yang aku tidaklah dicintai sedemikian,
Aku jadi patah hati..

Aku tidak mahu lagi
Merindui seseorang yang kukasihi bila berjauhan,
Kerana bila aku tersedar yang aku dilupakan dibelakangnya,
Aku juga yang hampa

Aku tidak mahu lagi
Menganggap bahawa aku memiliki seseorang
Kerana cuma aku yang merasakan sebegitu,
Hakikatnya, aku silap..
Akhirnya aku juga yang akan kesal…

Aku tidak mahu lagi mempercayai..
Walaupun seorang teman hidup yang pernah susah senang bersamaku
Kerana bila kepercayaan yang kuberi dikhianati,
Aku jadi tidak pernah yakin lagi..

Aku tidak mahu lagi
Meletakkan harapan apa-apa pada sebuah perhubungan
Kerana bila hubungan itu gagal di tengah jalan…
Disitulah kesilapan yang sukar utk disesali..

Aku tidak mahu lagi
Menangis mengenangkan nasib
Dengan ujian dan dugaan yang sentiasa hadir..
Kerana Takdir telah menentukan segalanya..

Aku tidak mahu mengharapkan balasan pada cinta & kasih yang kuberi kerana aku juga yang akan ternanti-nanti..

spesel raya

Raya baru ni, tak sempat nak snap pic coz bz dgn baby baru..tahun ni tahun kedua bagi Afiz merayakannya, dia berbaju melayu ungu sedondon dengan kakaknya..tapi bl nak snap dia melarikan diri..malu le konon...

Thursday, October 1, 2009

2 Minggu...2 bulan..

Muhammad Hariz Danish
Ketika berusia 2 minggu dan setelah berusia 2 bulan...


masa lahir..beratnya 2.09kg...sekarang 4.7kg..rahsianya?? khasiat susu ibu..