Thursday, January 28, 2010

Selamat Hari Lahir Anak Ummi...

Hari ini 29.01.2010 genaplah umur Haifa Darwisyah 6 tahun. Dah besar anak Ummi..dalam suka duka mengharungi hidup bersama. Sejak lahir 6 tahun yang lalu, Wisya membesar sempurna seperti baby dan kanak-kanak lain.

Masa kecil dulu kami panggil dia adik, setelah mengandungkan adik Hafiz, dia mula membahasakan dirinya Kakak.

Sejak lahir lagi kakak sangat aktif dan cergas, sangat ceria dan menghiburkan hati Ummi & Aboh.Kakak seorang baby yang sangat baik, tidak banyak kerenah dan tidak menyusahkan Ummi.Kakak senang di bawa ke mana saja. Kakak tidak tidur di buai, ke mana saja pergi, kakak tiada masalah bila mahu tidur.

Kakak juga memiliki antibodi yang kuat, kakak jarang sakit dan tidak mudah mendapat jangkitan.Kakak dulu tembam dan montel, badannya pejal dan kuat berdiri sejak umurnya 5 bulan.Umur 7 bulan dah mula merangkak, 8 bulan dah mula belajar berdiri dan berpegang. Ummi suka ambil gambar kakak.Ummi letak kakak kat mana-mana tempat untuk berpegang, pastu ambil gambar.seronok Ummi masa tu.

Umur kakak 10 bulan dah mula duduk dan belajar bertatih.tapi sentiasa jatuh.kakak kuat semangat, bila jatuh dia tak serik untuk bangun dah bertatih kembali. Bila naik walker, kakak jalan laju-laju, banyak kali juga terbalik walker.kakak suka sepahkan bajunya yang Ummi susun dalam rak yang separas tinggi walkernya.pastu bila Ummi nampak kakak lari-lari keliling rumah bawa lari baju-baju yang disepahkannya. Ummi akan kejar kakak sampai dapat.


kulit Kakak dulu gelap sikit, rambut masa lahir lebat sangat, lepas dicukur, rambutnya naik sikit, ada la dua tiga urat berdiri kat tengah.Masa tu muka kakak banyak ikut muka Ummi. Dahi kakak timbul sikit, orang tua kata dahi penuh, otaknya cerdik.Kakak suka senyum pada sesiapa yang mengagahnya, mulut manisla katakan.

Umur kakak 11 bula kakak dah mula boleh berjalan 2,3 langkah. Ummi selalu pegang tangan kakak, pastu lepaskan dan iarkan kakak kejar Ummi, untuk latihkan kakak berjalan.kakak akan berjalan sambil senyum-senyum dan bising-bising.Ummi masih ingta semua itu.


Kakak sangat manja dengan Ummi, kakak tak mahu berenggang langsung dengan Ummi.Masa umur kakak setahun setengah, kakak dah mula bercakap, panggilan pertama kakak mmii..gembiranya Ummi mendengar kakak dah mula panggil Ummi. Kakak cepat bercakap dan ikut apa yang orang cakap.

Masa tu kakak dah ikut Ummi balik semenanjung. kakak terpaksa berpisah dengan Ummi dan aboh masa tu, kesian kakak..masih terlalu kecil untuk memahami maslah dan dugaan yang Ummi hadapi. Tapi kakak seorang anak yang kuat dan tabah.Kakak cekal menghadapinya bersama Ummi.Maafkan Ummi nak, kakak tidak sepatutnya menghadapi itu semua.Kakak di kampung dan Ummi berulang balik pada hujung minggu, nasib baiklah cuma beberapa bulan sahaja kita terpisah.Tapi itulah saat yang paling getir dalam hidup kita berdua.


Masa kakak 2 tahun kakak semakin bijak dan petah.Kakak dah mula pandai bergaya, bila terjumpa bedak dan gincu Ummi, habis la dikerjakan.Kakak sudah mula belajar berdikari, mahu pakai baju sendiri, mahu sikat rambut sendiri dan mahu bermekap sendiri.kakak sudah pandai menyesuaikan diri walau berada di mana saja.


Semasa kakak meningkat umur 3 tahun makin petah, makin bijak dan sudah pandai berbual-bual dan bercerita dengan Ummi. Kakaklah teman setia Ummi walau di mana saja berada.Kakak dah pandai jaga Ummi bila Ummi sakit. Semasa Ummi demam, Kakak suapkan ubat untuk Ummi, kakak selimutkan Ummi dan kakak akan peluk Ummi kuat-kuat sambil nangis.Bila Ummi demam, Kakak akan tadah tangan berdoa minta Ummi cepat sembuh, sambil nangis dan tadah tangan kakak akan berdoa kuat-kuat di sebelah Ummi. ummi juga akan menangis bila lihat kakak merayu-rayu minta doa untuk Ummi.Kakak anak yang terbaik buat Ummi.


Masa kakak masuk 4 tahun, kakak dah mula pergi sekolah Tadika bersama moklong. Kakak rajin ke sekolah setiap hari, tapi moklong bagitahu, kakak tak mahu belajar, kakak akan duduk dengan moklong kat depan dan ikut mengajar sama dengan moklong, pastu kakak main je dan buat jadual kakak sendiri. Kakak juga akan sibuk di dapur tolong pembantu tadika siapkan makanan.


Masa ni kakak menerima kehadiran adik Hafiz dalam hidup kita bersama. Kakak sangat sayangkan adik, setiap masa kakak berebut dengan Ummi mahu menjaga adik. Kadang-kadang membuatkan Ummi geram, terpaksa marah dan cubit kakak.Maafkan Ummi, sayang mungkin semenjak itu, kakak terpaksa berkorban untuk berkongsi kasih dengan adik Hafiz dan jangan terasa kakak tidak disayangi Ummi, Ummi tetap sayang dan kasihkan kakak, tetapi perlu membahagikan kasih untuk adik.Ummi sayangkan semua anak Ummi, tiada beza,tiada kurang atau lebih, semuanya sama untuk anak Ummi.


Seterusnya kakak menerima adik yang kedua semasa kakak berumur 5 tahun, adik Danish. Kakak tidak sunyi lagi.Kakak sangat rajin menjaga adik danish, rajin mengusik pun ada juga. Setiap hari kakak ada kawan untuk bermain dan bergaduh di rumah. Adik Hafiz dan baby Danish kini jadi teman setia kakak di mana-mana. Adik Hafiz juga sangat menyayangi kakak. adik tak boleh berpisah lama dengan kakak. Bila tidur tanpa kakak di sebelah, adik akan terjaga di waktu malam dan menangis mencari kakak.Bila kakak dimarahi Ummi, adik orang pertama yang akan sedih dan menangis.Bila adik menangis tiada siapa yang boleh pujuk melainkan pelukan kakak yang akan menyejukkan hati adik.Kuatnya kasih sayang adik buat kakak.Kakak bertuah memiliki adik seperti adik Hafiz dan baby Danish.

Selama usia kakak untuk menginjak kepada umur 6 tahun hari ini, banyak peristiwa yang mewarnai hidup kakak. banyak pahit manisnya, banyak suka dukanya.

Doa dan harapan Ummi agar kakak akan menjadi anak yang baik, insan yang berguna dan bermanfaat buat insan lain dan Ummi akan berusaha sedaya upaya Ummi membahagiakan kakak. Maafkan Ummi andai selama ini tidak dapat menjadi ibu yang terbaik buat kakak, Ummi sentiasa mencuba sedaya upaya, adakalaya Ummi tewas juga dengan halangan yang tidak mampu dielakkan, maafkan Ummi sayang.

Kakak, Ummi terlalu sayangkan Kakak, lebih dari segalanya, lebih dari diri Ummi sendiri.Ummi sentiasa berdoa kakak menjadi anak yang solehah, yang mendoakan Ummi kembali bila Ummi telah tiada nanti.

Selamat Hari Lahir Anakku, Haifa Darwisyah

Monday, January 25, 2010

Hepi Besday Farah..


Hepi besday Farah, walaupun kakda tak tau berapa haribulan tarikh sebenar besday Farah, tapi tanda ingatan kakda & tanda terima kasih kakda buat Farah yang sudi melayan kerenah kakda yang manja lagi keletah di setiap bulan untuk mendapatkan data gapping.

So, terimalah hadiah dari kakda yang tak seberapa ini, tapi jangan amik, tengok je k.
Bye, lap u so much Farah, semoga ceria selalu..

Monday, January 18, 2010

Teringat










Semenjak 2, 3 menjak ni, teringat betul kat kampung...nun jauh di sana..di sebuah desa terpencil, pedalaman. Teringat teratak usang, sungai, rel keretapi, pondok stesen keretapi dan keretapi tu pun aku teringat.

Terbayang suasana masa kecik kat kampung, teringat madrasah tempat mengaji selepas balik dari sekolah, teringat kolah depan madrasah, teringat Ayah Teh, guru mengaji yang sangat baik dan sungguh merdu bila dia mengaji berlagu.

Teringat semua kawan seperguruan, seperngajian(ada ke istilah ni?) dan yang paling teringat, kawan-kawan se"kolah" (1 kolah - mandi & basuh kolah sama-sama).

Teringat masjid usang di kampung lama,(bawah). Teringat pokok binjal di tepi kubur.Teringat pokok ara di tepi sungai, teringat perahu, teringat pukat dan pelampung. Teringat etak. Teringat siput, Teringat gondang.

Teringat sekolah papan dulu-dulu. Teringat makan nasi kerabu gemulah cikPiah. Teringat makan mi rebus buatan Pok Mat di kedai gemulah Mokyoh.

Teringat pergi cari kulat sisir di dalam hutan di kebun getah Bukit Lakling bila getah ditebang dan selepas hujan. Teringat pergi cari buah keranji dalam hutan belakang bukit. Teringat pergi cari durian di Kukok.

Teringat menugal jagung dengan mek di tepi kelebok, bawah bukit tepi rel keretapi. Teringat mandi sungai di bawah pokok buluh. Teringat pergi cari pucuk paku tepi sungai, kena gigit peringat sampai bengkak mata dan muka.

Teringat menyemai kacang hijau di pasir tepi sungai. Teringat keliling kampung jual sayur kacang togeh (20sen seikat) dapat upah 10sen, dapat beli aiskrim bubur, Tuhan saja tahu nikmatnya dapat makan aiskrim bubur.



Teringat menjunjung besen jual kuih tepung pelita dan tepung bungkus. Teringat masa hujan, semua kuih tepung pelita rosak masuk air, jadi banyak air gulanya, jadi tawar, terpaksa makan sendiri untuk bagi habis..tak mahu membazir kononnya.



Teringat bangun pagi jam 5 untuk kejar keretapi pergi sekolah. Teringat tertinggal keretapi, tak dapat pergi sekolah. Teringat keretapi lewat sampai tengahari ke sekolah. Teringat keretapi tergelincir tayar dari rel(jatuh), terpaksa berjalan kaki 3 km melalui jambatan besi yang menghubungkan 2 buah bukit.

Teringat duit tambang tak cukup , minta berhutang dengan 'Guard' keretapi untuk bayar esoknya, tapi dia tak bagi bayar cuma minta bekal air sirap yangku bawa(kelakar heheh).

Teringat balik sekolah duduk ramai-ramai di bawah pokok tunggu keretapi bersama Ina, Zaini, Minah, Suna dan Siah.

Teringat pada BOQ, satu-satunya kucing kesayangan yang paling setia menemani walau ke mana-mana. Sangat manja dan selalu lepak bersama di atas zink rumah sambil makan jambu butir banyak. Tapi BOQ mati kerana kakinya luka dan berkudis, dia mati di tepi pagar..airmata ini jadi saksi.



Sekarang musim As-Syura, aku teringat sama-sama kacau bubur As-syura di madrasah. Teringat ramai-ramai cari tempurung dan kikis sampai licin dan masing-masing bertanding tempurung siapa paling licin dan cantik untuk buat bekas nak makan bubur As-Syura. Ambil daun nenas rumah gemulah MakNgoh buat sudu untuk makan Syura. Teringat ramai-ramai makan nasi lauk ikan masin (ikan kering) di bawah madrasah. Makan atas daun pisang.

Teringat bubur As-Syura yang panas jatuh tertumpah atas lengan gara-gara berebut sudip dengan Pudin nak kaut bubur syura sendiri kononnya, lengan melecur, dua hari tak pergi mengaji.

Teringat semuanya.., menyebakkan dada, membuai rasa, menyapa kerinduan, meronta jiwa...

Monday, January 11, 2010

Dia..

"Kami tidak akan memikulkan beban kepada seseorang
kecuali sesuai dengan kesanggupannya"
(Al-An'am 6:152)
Dia tidak akan memberikan beban untuk menzalimi seseorang, tetapi Dia menguji untuk melihat sejauhmana kesabaran, malah itulah tandanya Dia mengasihi seseorang, agar orang itu lebih dekat denganNya, lebih baik aku pujuk hati dengan cara menghampirinya, daripada bersedih hati.
"Dia tahu apa yang ada di depan mereka"
(Al-Anbiya' 21:28)
Dia tahu segalanya, biarlah aku sentiasa bercerita dan mengadu bersama Nya, Dia lebih kuat memberikan kekuatan, Dia lebih kuasa memberikan kekuasaan, biarlah aku meratap menangis di atas sejadah cinta, untuk meraih kasih yang kekal dariNya.
"Allah memilih orang-orang yang dikehendakinya"
(Al-Syura 42:13)
Dia maha pengasih dan penyayang, letakkan segala harapan dan pergantungan seluruhnya pada Dia, semoga suatu hari nanti mampu menjadi antara yang dicintaiNya...amin..

Sunday, January 10, 2010

Hati ini teruji lagi..

Apa lagi yang mampu diucapkan,
Tinggal tangisan di dalam doa di kala malam mengadap Dia Yang Maha Kuasa.

Kerana Aku tetap yakin Dia tahu segalanya,
Dia tahu aku sedang menangis,
Dia tahu aku terlalu mencintai,
Dia tahu kasihku teruji.

Biar ku serah segala padaNya,
Kerana aku sudah habis daya,
Aku tak mampu berkata-kata lagi..
Tinggal airmata menjadi saksi,
Setiap hari, setiap malam.

Jalanku makin sunyi..langkahku makin longlai..
Tapi aku tetap gagahi demi buah hatiku..
Aku perlu kuat demi mereka..
Biar aku sakit merana, asalkan mereka bahagia..
Biar jantungku luluh sekalipun, asalkan mereka tetap terbela..

Langkah ini masih bersisa,
Dalam kelam kehidupan dan jiwa yang parah,
Biarlah aku teruskan,
Sekalipun keseorangan..kerana Tuhan tetap ada..

Biar apa pun terjadi
Aku akan tetap buat yang terbaik untukmu..
Selagi nafas belum berhenti..

Kerana aku tiada sesiapa lagi..

Monday, January 4, 2010

Percutian Tahun Baru

Minggu lepas, selama 5 hari baby Danish ditahan di wad Pediatrik HKL. Syukur alhamdulillah malam tadi jam 8 malam, kami telah dibenarkan pulang ke rumah.

Sepanjang berada di sana, baby sentiasa senyum-senyum dan gelak-gelak bila di agah dan dibawa bercakap. Baby belum mengerti apa-apa, yang baby tahu dia berada di tempat baru, hari pertama baby pandang sekeliling, sambil kerut kening menandakan baby konfius dimanakah baby ketika itu.

Malam pertama di sana baby tak mahu tidur, baby rindu kakak dan abang afiz. Baby tercari-cari suara kakak yang bising selalu mengacau baby tidur, baby tercari-cari tangan abang yang suka cubit pipi dan cungkil-cungkil baby dengan jari kelingkingnya. Baby tercari-cari angah yang selalu peluk baby bila baby merengek nak tidur…baby rindukan semua itu.

Esoknya, memulakan hari pertama di wad, baby merajuk tak nak minum susu, baby susah nak habiskan susu walaupun cuma 3 auns saja.

Baby dipasangkan oxygen sepanjang masa, baby tak selesa dan rimas.

Sepanjang 5 hari di sana, banyak hikmah yang diperolehi..

Semangat 1 Malaysia

Dalam wad, ada melayu, cina dan india. Masing-masing mengalami sakit yang berbeza, kami dari berlainan tempat, berlainan bangsa, berlainan agama…tapi kami akrab bagai saudara sendiri. Indahnya ukhwah yang tercipta..

Selama bersama, kami kongsi suka duka, kami saling bercerita kesakitan anak-anak..saling memberi kekuatan kepada ibu yang menghadapi anak yang sedang nazak di ICU, sama-sama menumpang gembira bila ada ibu dan anak yang sudah sihat dan dibenarkan pulang.

Bila tiba saat berpisah malam tadi, aku sedih dalam terharu dengan keikhlasan hubungan kami yang cuma selama 5 hari..

Sedikit Ruang Rehat Dan Santai

Tuhan pun tahu akan keletihan yang menimpaku bertubi-tubi, dengan izinNya, aku dibenarkan rehat sebentar dari segala keletihan yang bertimpa-timpa.

Syukur, ujian ini diiringi dengan seribu hikmah. Hikmah itu amat besar buatku, kerana mustahil untuk ditemui lagi.

Tahun Baru Di Wad

Malam itu, terdengar dentuman bunga api dari KLCC, sempat meninjau dari cermin wad. Melihat sambutan yang penuh warna warni di kaca Tv. Tetap bersyukur dengan segalanya, kerana malam itu tetap tidur lena…

Baby Dilayan Dengan Baik

Syukur Alhamdulillah, selama berada di wad HKL, baby dan Ummi dilayan dengan baik sekali, Ummi bagi 5 bintang, 1 hari 1 bintang,,,..Doktor dan nurse jaga baby dengan baik, Ummi pun dapat layanan 5 bintang juga. Terima kasih banyak buat semua staff wad KK2, jasamu dikenang, semoga Allah swt mengurniakan kebaikan yang lebih banyak buat kalian semua, amin.