Percutian Tahun Baru
Minggu lepas, selama 5 hari baby Danish ditahan di wad Pediatrik HKL. Syukur alhamdulillah malam tadi jam 8 malam, kami telah dibenarkan pulang ke rumah.
Sepanjang berada di sana, baby sentiasa senyum-senyum dan gelak-gelak bila di agah dan dibawa bercakap. Baby belum mengerti apa-apa, yang baby tahu dia berada di tempat baru, hari pertama baby pandang sekeliling, sambil kerut kening menandakan baby konfius dimanakah baby ketika itu.
Malam pertama di sana baby tak mahu tidur, baby rindu kakak dan abang afiz. Baby tercari-cari suara kakak yang bising selalu mengacau baby tidur, baby tercari-cari tangan abang yang suka cubit pipi dan cungkil-cungkil baby dengan jari kelingkingnya. Baby tercari-cari angah yang selalu peluk baby bila baby merengek nak tidur…baby rindukan semua itu.
Esoknya, memulakan hari pertama di wad, baby merajuk tak nak minum susu, baby susah nak habiskan susu walaupun cuma 3 auns saja.
Baby dipasangkan oxygen sepanjang masa, baby tak selesa dan rimas.
Sepanjang 5 hari di sana, banyak hikmah yang diperolehi..
Semangat 1 Malaysia
Dalam wad, ada melayu, cina dan india. Masing-masing mengalami sakit yang berbeza, kami dari berlainan tempat, berlainan bangsa, berlainan agama…tapi kami akrab bagai saudara sendiri. Indahnya ukhwah yang tercipta..
Selama bersama, kami kongsi suka duka, kami saling bercerita kesakitan anak-anak..saling memberi kekuatan kepada ibu yang menghadapi anak yang sedang nazak di ICU, sama-sama menumpang gembira bila ada ibu dan anak yang sudah sihat dan dibenarkan pulang.
Bila tiba saat berpisah malam tadi, aku sedih dalam terharu dengan keikhlasan hubungan kami yang cuma selama 5 hari..
Sedikit Ruang Rehat Dan Santai
Tuhan pun tahu akan keletihan yang menimpaku bertubi-tubi, dengan izinNya, aku dibenarkan rehat sebentar dari segala keletihan yang bertimpa-timpa.
Syukur, ujian ini diiringi dengan seribu hikmah. Hikmah itu amat besar buatku, kerana mustahil untuk ditemui lagi.
Tahun Baru Di Wad
Malam itu, terdengar dentuman bunga api dari KLCC, sempat meninjau dari cermin wad. Melihat sambutan yang penuh warna warni di kaca Tv. Tetap bersyukur dengan segalanya, kerana malam itu tetap tidur lena…
Baby Dilayan Dengan Baik
Syukur Alhamdulillah, selama berada di wad HKL, baby dan Ummi dilayan dengan baik sekali, Ummi bagi 5 bintang, 1 hari 1 bintang,,,..Doktor dan nurse jaga baby dengan baik, Ummi pun dapat layanan 5 bintang juga. Terima kasih banyak buat semua staff wad KK2, jasamu dikenang, semoga Allah swt mengurniakan kebaikan yang lebih banyak buat kalian semua, amin.
assalamualaikum
ReplyDeletesebaknya tengok baby
semoga Allah beri kekuatan pada baby sekeluarga.
Tq sudi link blog,saya baru perasan...
k.da..baby sakit apa? siannye dia..
ReplyDeleteUm. Masyitah : Waalaikummussalam, Terima kasih mendoakan baby, dah lama link blog Um. saya suka blog Um.
ReplyDeletePia : Baby batuk & kahak tersumbat di paru-paru & saluran pernafasan.Jangkitan kuman di paru-paru. Alhamdulillah dia sekarang dah sihat.
br pg ni tahu serba sdkt prkmbgn k.ida...siannya baby...br g kan brlaku dlm bln ni gak.teringt haikal ms kena rotavirus sms usianya 1 stgh thn.terpaksa ditahan d wad gak.lps 2hr kena sawan lak dia smpi msk icu.ms kena saan 2...sd nanGis trus..ingtn dia dah x da hRpn 2k sht.alhmdllh dia sht gak hingga kini.tp sd sntiasa brhati2 bila dia dmm.tkt perkara sm brulg g
ReplyDelete