Posts

Showing posts from May, 2012

~ Bila sesuatu yang mustahil telah kau lalui ~

Bila sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku, Bila sesuatu perkara yang tidak seharusnya terjadi, Jangan kau kira ianya tidak akan berlaku, Jangan kau ingat ianya tidak akan terjadi, Dan hari ini bila telah menjadi kenyataan, Kau akan lalui sesuatu yang mungkin tpernah kau bayangkan, mungkin jua tidak. Dan inilah masanya, telah tiba untuk kau rasa, kau alami, kau lalui, untuk kau belajar sesuatu. Ambillah peluang ini.. Peluang yang orang lain tidak ketahui, Hanya dirimu, dirimu, dirimu.. Inilah masa kau muhasabah diri, audit diri dan kau belajarlah, belajarlah, belajarlah. Kerana daripada belajar, kau akan tahu. Tahu merasai luka, sakit dan getir, Tahu mensyukuri bila kau memperolehi, Tahu bahawa kau sebenarnya sedang diuji, Tahu inilah hakikat orang yang tidak mempunyai, Tahu harga dirimu, Tahu bahawa Allah swt semakin dekat dengan mu.. Kau tak pernah minta, Dan sesiapa pun tak pernah minta, Namun jangan kau kira, Jangan... Teruskan memandang ke lan

~Ibu..Anak~

Petang semalam pulang dari sekolah kakak merengek meminta sesuatu, "Ummi tolong kakak belikan hadiah.." "Hadiah? hadoah apa ? untuk siapa?" amboi banyak pulak songeh umminya nih,..tapi sayngkan anak kerana menghargai seseorang, oklah tak apa, akan aku tunaikan, aku saja je tadi buat-buat tanya, aku faham sangat..Haifa seorang insan yang sangat menghargai orang lain, terutamanya aku. selesai solat maghrib dan makan malam, aku berbisik agar kakak ambil kunci rumah dan pelan-pelan ke pintu sambil buka grill sesenyap yang mungkin agar 2 orang pendekar itu tidak perasan, aku bagi signal mata kepada hubby dan sorokkan tudung dan handbag di belakang. Pelan-pelan ke pintu dan kakak sudah tunggu di luar, sarung tudung dan kami terus cabut...la...sampai gitu sekali nak pergi kedai, mengalahkan apa ntah. "So, kita nak pergi kedai mana?" "Kita pergi Pustaka Rakyat"(kedao buku) aku drive je hingga ke destinasi. Kakak naik tingkat atas, katanya ummi tunggu

~Haifa ** Hadiah~

Buat anakku Haifa, terima kasih di atas penghargaan sebagai seorang anak terhadap ibunya, Ummi amat menghargai pemberian mu yang amat bermakna dan bermanfaat buat Ummi..Hari Ibu adalah setiap hari buat Ummi kerana sungguh bahagia menjadi seorang Ibu dan amat bertuah juga memiliki Ibu yang amat besar pengorbanannya, iaitu Nenek kepada anak-anak Ummi sekarang. Penghargaan yang paling besar adalah buat "mek" yang sentiasa mengisi kekosongan diri, dunia dan akhirat ummi sejak kecil hingga dewasa..semoga mek diberkati Allah swt dan kakak menjadi anak yang solehah.. Suatu hari nanti kakak juga akan rasai pengorbanan seorang Ibu..dan akan tahu antara nikmat dan hikmah menjadi seorang ibu.. Untuk semua, jadilah seorang Ibu yang baik dan Ikhlas, anda akan rasai rewardnya...

..>Antara Ujian, Karma, Hikmah & Rahmat<..

Cepatnya masa beredar, sudah hampir setengah tahun, bila dikira-kira sudah sesuku abad juga diari hidup bertambah. Bila duduk termenung, teringat sendiri liku hidup banyak juga getirnya. Ujian demi ujian, rahmat demi rahmat, dan segala hikmah terkandung. Memang sukar dikira, maklumlah manusia ini mudah lupa tapi banyak juga perkara tak terlupakan, tidak larat untuk dihitung pun, ada. Namun tetap bersyukur pada Allah swt. Semua kerana dengan izinNya, limpah kurniaNya, qadaq-qadarNya.. Setiap apa yang berlaku aku terima hikmahnya. Kadang-kadang memang boleh membuatkan aku jadi teringat pada sesuatu kejadian yang menimpa, sebagai contoh yang terdekat, dan yang terbaru, bila aku disakiti hati oleh seseorang, boleh dikatakan dianiaya jugalah, kerana seseorang yang mengulangi “amalan” negatif ini iaitu mengaibkan, menjatuhkan, me”macam-macam” lagi terhadap aku, bila ku hadapi semua perbuatan akhirnya satu ketika selepas itu aku akan terima lebih banyak rahmat dan hikmah tanpa aku se