..>Antara Ujian, Karma, Hikmah & Rahmat<..
Cepatnya masa beredar, sudah hampir setengah tahun, bila dikira-kira sudah sesuku abad juga diari hidup bertambah. Bila duduk termenung, teringat sendiri liku hidup banyak juga getirnya. Ujian demi ujian, rahmat demi rahmat, dan segala hikmah terkandung.
Memang sukar dikira, maklumlah manusia ini mudah lupa tapi banyak juga perkara tak terlupakan, tidak larat untuk dihitung pun, ada.
Namun tetap bersyukur pada Allah swt. Semua kerana dengan izinNya, limpah kurniaNya, qadaq-qadarNya..
Setiap apa yang berlaku aku terima hikmahnya.
Kadang-kadang memang boleh membuatkan aku jadi teringat pada sesuatu kejadian yang menimpa, sebagai contoh yang terdekat, dan yang terbaru, bila aku disakiti hati oleh seseorang, boleh dikatakan dianiaya jugalah, kerana seseorang yang mengulangi “amalan” negatif ini iaitu mengaibkan, menjatuhkan, me”macam-macam” lagi terhadap aku, bila ku hadapi semua perbuatan akhirnya satu ketika selepas itu aku akan terima lebih banyak rahmat dan hikmah tanpa aku sedar.
Seingat aku, bukan sekali dua orang ini berbuat tidak baik dengan aku, sudah lama dan sudah banyak kali, aku terpaksa hadapi kerenahnya atas dasar aku tak mampu berbuat apa-apa, bukan lemah tapi aku cukup kuat hadapi dengan emosi yang sudah stabil kerana kerenahnya sangat banyak.
Aku perhatikan, balik-balik bila dia menganiaya, sekejap saja Allah swt tunjukkan kebenaran dan kekuasaanNya pada orang itu, masyaAllah.. Aku sangat percaya redha dan rahmat Allah pada orang teraniaya. Cuma terkilan, tidak pula dia mengambil iktibar..
Namun aku tak pernah berputus asa berdoa agar hatinya di tarbiyah dari apa yang telah dilakukan. Mungkin itulah hikmahnya, menelan pahit dengan airmata, namun di dalam hati pasrah dengan doa yang benar-benar berserah pada Dia…kerana sangat percaya Dia lebih mengetahui segalanya, dan dunia ini ada KARMAnya….
Aikhirnya, semua orang pun tahu jua orang itu…dan aib yang telah dilemparkan telah terpalit semula kepadanya, malah mungkin kini dia sudah malu dengan diri sendiri dan aku, tapi apa boleh buat, keras hatinya mengatasi segala, dia masih enggan dan aku tetap juga berdiam dalam doa yang tetap kuat kepada Allah, ternyata sekalipun orang itu masih merasa dia yang betul dan hebat, nyata di mata Allah dan manusia…dia telah pun tewas….
Comments
Post a Comment
respon..