Sunday, June 9, 2013

Bersabar Dan Bersangka Baik

Salam alaik Kitaran hidup silih berganti, ibarat roda yg berputar.. adat hidup sudah lumrahnya ada duka ada cerita. Namun usah biarkan duka itu terseret jauh, Hingga mencalar dan mencederakan emosi. Bersabarlah bertenang menerima ujianan dan dugaan. Hidup ini memang untuk diuji. Di kala hati kecewa, berdoalah agar ini rahmat dan kasih sayang yg pasti akan diraih di syurga Allah kelak. Bersangka baikla, ujian ini adalah suatu kifarah yg membersihkan dosa kita. Di kala hati sedang gelora, jiwa nan sengsara tenang dan berdiam diri adalah lebih baik. Di samping itu, jangan berhenti berdoa agar sesuatu kedukaan digantikan dengan seribu rahmat di kemudian hari. Sesunguhnya kia bisa menenangkan hati dengan bermohon pada yang Esa, Seperti mana ia menjadikan sesuatu kesakitan pasti Dia juga yang maha mengubati. Hidup ini rahmat Illahi.

Wednesday, June 5, 2013

Kekangan Waktu

Assalamualaikum wbt. Subhanallah sudah lama tidak update blog ni. Realitinya aku rindukan dunia blogger kerana aku minat menulis,namun disebabkan kekangan masa,kesibukan di pejabat, di atas jalan pergi pulang kerja, keserabutan tugas di rumah, seemuanya menjadikan alasan benar terhadap aku akan kelewatan mengemaskini blog kesayangan. Apatah lagi persaingan pula dengan alternatif komunikasi yang lain dan terkini seperti fb, whatsapp, insta dan sebagainya. Insyaallah,bakat penulisan yang sekian lama kupendamkan ini,kan ku curahkan semula. Tiada niat sedikit pun untuk pay attention dengan sesiapa, cukup sekadar menjadi kenangan sebuah kehidupan.