Posts

Showing posts from February, 2011

~Baby sakit semula~

Image
08.02.2011 Selasa Hospital Selayang Wad 8A Bed 13 Petang itu baby lincah dan ceria bermain bersama dengan kakak dan abang. Sekitar jam 6.30petang, kami semua baru tiba ke rumah, badan baby panas, mamanya bagitau dia ada demam sedikit dan sudah diberi ubat. Seketika kemudian baby kelihatan letih dan nafas mula laju. Semakin letih, semakin laju dan baby sudah kelihatan tercungap-cungap, ada wheezing, tikipnea dan…Nampak gayanya penyakit dia menjengah kembali. Tiada kata dua lagi, siapkan semua barangan kami, terus ke hospital untuk menginap percuma di wad. Kiranya ini adalah pembuka tirai 2011 untuk tinggal di rumah kedua. Aku terima hakikat, dan aku semakin masak dengan keadaan, dalam hati tinggal doa mengiringi dia dirawat dengan sewajarnya dan harapan cuma satu dia sembuh sepertimana baby-baby lain. Sepanjang di wad, aku bersyukur, terlalu banyak hikmah yang aku perolehi,ada ruang di antara aku dan baby. Kesibukan tugas yang memaksa aku menghadkan waktu berkualiti bersama baby dapat

~~Bila Ibu Sudah Tiada~~

Mendengarkan tajuk hati sudah terasa gundah. Apa tidaknya, jika selama ini masih ada ibu, apabila sudah tiada, maka barulah terasa sakitnya sebuah kehilangan. Setelah sebulan lebih ibu bersama dirumah malayan anak dan cucunya, maka memohonlah dia mahu kembali ke teratak usang yang telah lama ditinggalkan, yang amat dirindui. Maka gusarlah dia lantas teringat akan kucing, ayam, pokok sayur yang ditanam dan pokok buah...buah apa, yang ada hanyalah buah kelapa, kerana musim buah lambatlah lagi. Dengan akur dan taat maka si anak menghantar pulang si ibu, lantaran tidak mahu digelar anak derhaka..seterusnya dia pun hiba dan pilu..apa lagi anak-anaknya yakni cucu-cucu kepada si ibu tadi, melelehlah airmata mereka di kala mahu berpisah meninggalkan si ibu keseorangan sebatang kara di kampung. Di saat bertolak balik ke bandar, gundahlah semua hati anak dan cucu, tidak terperi lagi. Tinggal doa buat si ibu agar sihat dan selamat, terpelihara oleh Allah swt empunya alam. Dan mula berpikirlah si