~~Bila Ibu Sudah Tiada~~
Mendengarkan tajuk hati sudah terasa gundah.
Apa tidaknya, jika selama ini masih ada ibu, apabila sudah tiada, maka barulah terasa sakitnya sebuah kehilangan.
Setelah sebulan lebih ibu bersama dirumah malayan anak dan cucunya, maka memohonlah dia mahu kembali ke teratak usang yang telah lama ditinggalkan, yang amat dirindui.
Maka gusarlah dia lantas teringat akan kucing, ayam, pokok sayur yang ditanam dan pokok buah...buah apa, yang ada hanyalah buah kelapa, kerana musim buah lambatlah lagi.
Dengan akur dan taat maka si anak menghantar pulang si ibu, lantaran tidak mahu digelar anak derhaka..seterusnya dia pun hiba dan pilu..apa lagi anak-anaknya yakni cucu-cucu kepada si ibu tadi, melelehlah airmata mereka di kala mahu berpisah meninggalkan si ibu keseorangan sebatang kara di kampung.
Di saat bertolak balik ke bandar, gundahlah semua hati anak dan cucu, tidak terperi lagi.
Tinggal doa buat si ibu agar sihat dan selamat, terpelihara oleh Allah swt empunya alam.
Dan mula berpikirlah si anak, ini baru berpisah di atas dunia, kalau di alam yang berbeza?? oh maka meleleh lagi airmata si anak.
Ibu aku masih mahukan kasih sayangmu.
Allah, panjangkan usia ibuku.

Comments
Post a Comment
respon..