Friday, February 24, 2012

~Correct timing to take W.A.T.E.R~




Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.




Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs




One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion




One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure




One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

Monday, February 20, 2012

~TerUkir di BiNtanG~

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba

Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi

Seribu tahun pun akan ku nantiKan… kamu…
Sayangku Jangan kau persoalkan siapa di hatiku

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Wednesday, February 15, 2012

~ngantuks..? sebelum tidur..~



SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :




Khatam Al Qur’an
Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
Membuatkan para muslim meredhai kamu
Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”
- MAFHUM DARI HADIS



Monday, February 13, 2012

~Aku mengira..~



Abu Yazid Al-Bustami berkata ” Aku telah keliru pada permulaan fikiran tentang empat perkara ” :


1- Aku mengira aku mengingatiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mengingatiku.
2- Aku mengira aku mengenaliNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mengenaliku.
3-Aku mengira aku mencintaiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mencintaiku.
4- Aku mengira aku menghendakiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh menhendakiku.
Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf. M/S : 800.



Sunday, February 12, 2012

~21 kunci~




اعرفي المفتاح أولا.
من أعظم أبواب العلم: معرفة مفاتيح الخير والشر، قال ابن القيم رحمه الله: وقد جعل الله سبحانه لكل مطلوب مفتاحا يفتح به;
_فجعل مفتاح الصلاة: الطهور.
1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan._ومفتاح الحج: الإحرام.
2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji._ومفتاح البر: الصدق.
3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara._ومفتاح الجنة: التوحيد.
4-Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT._ومفتاح العلم: حسن السؤال وحسن الإصغاء.
5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab._ومفتاح النصر والظفر: الصبر.
6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran._ومفتاح المزيد: الشكر.
7-Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur._ومفتاح الولاية: المحبة والذكر.
8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati._ومفتاح الفلاح: التقوى.
9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa._ومفتاح التوفيق: الرغبة والرهبة.
10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT._ومفتاح الإجابة: الدعاء.
11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa._ومفتاح الرغبة في الآخرة: الزهد في الدنيا.
12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia._ومفتاح الإيمان: التفكير فيما دعا الله عبادة إلى التفكر فيه.
13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya._ومفتاح الدخول على الله: إسلام القلب وسلامته له والإخلاص له في الحب والبغض والفعل والترك.
14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci._ومفتاح حياة القلب: تدبر القرآن، والتضرع بالأسحار، وترك الذنوب.
15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa._ومفتاح حصول الرحمة: الإحسان في عبادة الخالق، والسعي في نفع عبيده.
16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT._ومفتاح الرزق: السعي مع الاستغفار والتقوى.
17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT._ومفتاح العز: طاعة الله ورسوله.
18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW._ومفتاح الاستعداد للآخرة: قصر الأمل.
19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan._ومفتاح كل خير: الرغبة في الله والدار الآخرة.
20-Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat._ومفتاح كل شر: حب الدنيا وطول الأمل.
21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.
وهذا باب عظيم من أنفع أبواب العلم، وهو معرفة مفاتيح الخير والشر، لايوفق لمعرفته ومراعاته إلا من عظم حظه وتوفيقه، فإن الله سبحانه جعل لكل خير وشر مفتاحا وبابا يدخل منه إليه.

:)

Senyumlah, sesungguhnya Allah SWT memberi kesusahan adalah untuk membalasimu dengan kebahagiaan
Apa yang Allah SWT ambil dari anda adalah Allah SWT akan memberi pada anda nanti
Apa yang anda tangisi akan membuat anda tersenyum di suatu hari nanti
Apa yang Allah SWT haramkan adalah untuk memberi kebaikan kepada anda nanti
Apa yang Allah SWT uji adalah tanda Cinta Allah SWT pada anda …
http://altakwa.net/forum/f3
http://peribadirasulullah.wordpress.com

Wednesday, February 8, 2012

~Suatu hari..~

Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab : "Para malaikat Ya Rasulullah"

Sahabat yang lain :"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata :"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata :"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi berkata :"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"-

Friday, February 3, 2012

~Salam Maulidur Rasul~

1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang dijadikan hujjah oleh Ulamak yang membenarkan :



فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)



Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Surah al A’raf 157)
Di dalam ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa orang yang memuliakan RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang beruntung. Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakannya.



ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيۡتُمُ ٱلزَّڪَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرۡتُمُوهُمۡ وَأَقۡرَضۡتُمُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا لَّأُڪَفِّرَنَّ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ



Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) dan kamu muliakan mereka dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.(Surah al Ma’idah ayat 12)
Erti “azzartumuhum” ialah “memuliakan mereka” (Tafsir Tabari, juz VI halaman 151) Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan menyambut Maulid Nabi adalah dalam rangka memuliakan Nabi.



2. Saya ingin menyemaikan perasaan cinta kepada RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam. Di kala ramai orang yang kini semakin jauh dari perasaan cinta kepada baginda. Bukankah rasuluLlah bersabda begini :



“Belum sempurna iman seseorang dari kamu. kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.”(Riwayat Muslim juz 11, hlm 15)
Ahh.. bukankah kita sendiri meraikan ulang tahun kelahiran sendiri ? Ibu dan ayah. Bahkan ada pula golongan yang meraikan kelahiran ‘mujaddid’ mereka sendiri ? Jika kita sendiri pun menyambut hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir diri dan juga orang lain.




Mengapa kita tidak menyambut hari kelahiran manusia agung yang pengutusannya ke muka bumi ini memberi rahmat kepada sekalian alam ?



Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu berkata kepada Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam :“Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri”. Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam berkata : “Tidak, wahai Umar. Sampai aku lebih kamu cintai daripada dirimu sendiri.” Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu berkata, “Demi Allah subahanahu wa ta’ala, engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam berkata, “Sekarang wahai Umar.”(Hadith Riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 6 hlmn 2445)

Thursday, February 2, 2012

~Jangan Bersedih~

Tentu kau ingat akan kesedihan Baginda ditinggalkan oleh isteri kesayangan Baginda dan juga bapa saudaranya yang tercinta buat selama-lamanya?


Juga tidak mungkin kau terlupa akan pemulauan dan ejekan keluarga dan kaum Baginda terhadap Baginda sendiri.




Pujuklah hatimu dengan kalimah-kalimah yang menggembirakan hatimu. Sepertimana kau juga memberikan semangat semula kepada mereka yang bersedih di sekelilingmu.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya.




Yakinlah.
Sesungguhnya tidak datang kesedihan itu melainkan suatu ujian bagimu.

Wednesday, February 1, 2012

~Rahsia Wajah Berseri~



Ramai yang bertanyakan rahsia wajah berseri… Sebenarnya Tipsnya Senang Sahaja ….Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal – Mahal Pun… Berikut ialah bagaimana wajah juga boleh kelihatan berseri-seri
~ Bangun awal pagi untuk solat subuh . Air wuduk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit .
~ Menunaikan solat zohor di tengah hari . Air wuduk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata .
~ Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang . Air wuduk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang .
~ Tidak berlengah untuk solat maghrib . Air wuduk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut .
~ Sentiasa ingat solat Isya’ di waktu malam . Air wuduk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran .
~ Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T .
Tapi , Sayang . Masih Ramai Belum Menyedarinya…