Saturday, December 8, 2012

Tup..tup..Oh..! December..!!

Salam..

 
hmm...cepatnya masa berlalu, tup tup dah pun masuk disember, 2012. wahhh...sungguh laju masa berlari, dan sungguh lama juga blog ini tidak ter'update'...maklumlah sungguh sibuk dengan dunia yang fana...siber yang fana..dan sungguh malas sebenarnya menjenguk blog..hahaha..lagi lah sejak ada fb, kira pakai mudah je zaman sekarang, lagi pun senang berkomunikasi dengan semua orang hanya dengan fb.
 
Paling utama, alasannya adalah agak kekeringan modal untuk bercerita dan berkarya..idea agak kemurungan, duka jua sering berselang, jadi karya jadi agak kekontangan...
 
Cerita-ceriti 2012, sangat banyak pelajaran, pengajaran, pembelajaran dan pengalaman. Sudah pasti semuanya terpahat kukuh dihati, diingatan..
 
2012 bakal pergi, dan hati sentiasa terbuka dengan 2013. Untuk senang dan mudah cerita, tutup buku lama, buka buku baru..tutup dengan tenang, dengan ikhlas hati dan buka dengan tabah dan bersedia dengan cerita baru, itu saja yang harus dan mampu kita lakukan sebagai hamba..
 
Cerita pula pasal hamba..ya kita lakukan seperti yang telah diperintahkan, dengan seikhlas hati dengan segala kekuatan yang dibekalkan, apa yang telah tersurat mengikut aturan Allah swt ke atas kita. Bunyinya sangat mudah, hakikatnya payah, payah andai kita tidak kuat, dan kekuatan ada dalam diri kita dengan usaha yang juga kuat, itu saja.
 
2013, bakal mencorakkan cerita baru, harapan dan cita-cita ada untuk setiap orang, azam semestinya terpasang, usahakanlah agar tercapai, kalau azam yang lepas tertangguh, teruskan..kalau tiada azam bererti tiada perancangan...apa pun, teruskan kehidupan dengan baik, sebaik mungkin, hargai kehidupan agar ia menjadi manfaat dan suatu kebaikan buat diri dan semua.
 
InsyaAllah..