Posts

Showing posts from January, 2011

~Haifa~

29.01.2011 Sabtu Syukur alhamdulillah hari ini Haifa Darwisyah genap 7 tahun @ 84 bulan @ 2,520 hari @ 60,480 jam @ 3,628,800 minit @ 217,728,000 saat. Dia telah hidup di dunia ini bersamaku, menemani sepanjang tempoh itu melalui suka duka pahit manis bersama. Dia memberikan aku pengalaman yang cukup indah bergelar seorang ibu, dia menguji kesabaran dan kecekalan, dia membangkitkan suasana ceria dan manis, dia memberikan rangsangan kasih sayang yang hebat, dia mengajar aku erti pengorbanan sebagai wanita mengandung, melahirkan, menyusui, mendodoi, meriba, mendokong, dan mengasuh. Dia pengikat kasih sayang aku dan suami, dia anak yang baik, yang memberikan aku semangat untuk bangun ketika rebah tersungkur, dia penyuntik kekuatan bila aku lemah longlai, dia ubat segala kesakitanku, dia penyegar di kala aku letih,dialah pendorong aku teruskan hidup di saat aku tiada sesiapa untuk berkongsi duka, dialah yang mencekalkan aku untuk terus berjuang mencari kehidupan yang terbaik sehingga ke

~kawan : adik~

25.01.2011 10:10 am truttt..trutt..trutt.. I******* C****** Selamat pagi ******* bercakap boleh saya bantu..(Ikut SPP) Kda...(senyap) ye...eh, z*** sorry, ada benda nak bagitau semalam tak sempat cakap, actually.. dah..saya dah tau, yan bagitau saya tadi...betul ke..(senyap) isk..saya macam tak percaya la..patutla..(senyap) (bunyi sebak menahan suara) isk...z*** dah tau kan, that's why asyik nak keluar je dengan kda sejak akhir-akhir ni... tak.. saya tak tahu, tapi gerak hati saya tiba-tiba terasa lain sangat bila dapat jumpa kakda dan saya nak sangat jumpa kakda...mata saya..(putus suara)..mata saya berair ni..(senyap..ada suara menahan tangis) takpela, nanti bila kakda pergi jaga diri baik-baik..kan ramai kawan lagi, ye, tapi tak sama dengan kakda, lepas ni takde orang yang akan nasihatkan saya lagi.. saya rasa kehilangan sangat..(senyap) dan airmata ini akhirnya tidak tertahan lagi..gugur mengalir di pipi ~salam kasih sayang buatmu...zura~

~surat~

24.01.2011 12:45 pm ..terima sampul surat putih daripada HR.. ..arahan bertukar.. ..syukur alhamdulillah.. ..amin.. ..sujud syukur.. ..Terima kasih Allah, terima kasih Allah, terima kasih Allah..

~sukarnya membuat keputusan~

Image
Hati berbelah bagi, sama ada berada di tempat yang sama dengan imbuhan yang stabil tapi membuatkan jiwa kacau atau beralih ke satu arah yang merupakan satu permulaan realiti cita-cita namun dengan imbuhan yang kecil yakni asas. 1) aku kena pilih antara paksa rela @ gerak hati 2) aku kena berani merubah rutin hidup 3) aku kena yakin hadapi sebarang risiko 4) aku kena kuat hadapi reliti sebenar yang menjadi matlamat utama aku selama ini 5) aku hanya mampu berserah dan bertawakkal setelah aku berusaha 6) apa yang pasti aku wajib mendirikan solat istikharah untuk membuat keputusan ini semoga jalan lurus dan benar kan terbentang luas...

~angin panas~angin sejuk~masuk angin~minyak angin~angin kus kus~angin satu badan~

Image
Alahai kesian sungguh si adik,muntah-muntah sejak subuh pagi semalam (rabu), sampailah esoknya, tetiba ja,apa punca, tak tau.Terus pucat tak bermaya..tak lalu makan dan nasib baik masih mahu menyusu.. Petang semalam, adik baik, sambung pula si baby, bawa sampai ke jam 3 pagi tadi, sampai lembik-lembik, alahai kesian anak ummi.. Dinihari tadi, sambung pula si kakak..sampai demam terus bersama baby..nasib baik hari ini ummi offday kerana thaipusam, dapat jaga baby. Petang ni, semua anak-anak dah baik, disambung pula dengan mek..alahai kesiannya mek. Esok dah nak kerja, adui..jiwa kacau ni. EL kan bai bising..ahh tensen. uhukk..tensenn

~dan bila malam..~

Image
Malam serasakan masih awal, padahal jarum jam kedua-duanya sudah lurus ke atas, 12! Apa yang pasti malam ini telah menghabiskan dua gelas besar kopi susu kegemaran, oh tidak.. Hmm… tak pernah-pernah sebelum ini sebegini Risau menghadapi hari esok dengan aman Gerun yang entah apa-apa..bungkam dengan bayang sendiri Alangkah…sukarnya membuat keputusan Risau memikirkan sampai bila Gusarnya melalui suasana…oh Tuhan tunjukkan aku jalan yang lurus dan benar, berikan aku kekuatan..meneruskan hidup di pentas dunia yang dusta..yang fana. 10.01.11 12:01 malam SG

~hati dijentik..dek rindu padanya~

Image
~entry kali ini aku biarkan gambar yang gambarkan perasaan~

~Pantun Tak Gembira~

Tuai padi antara nampak esok jangan layu layuan kena bambu separuh masak sudahlatu cukup-cukuplah tuan Pisang emas di bawa belayar masak sebiji di atas peti jiwa kacau hati pun tawar menahan sakit tidak terperi Buah cempedak diluar pagar ambil galah tolong jolokkan dah tak larat nak buat pagar nak pagar diri dari dikerjakan *nota: yang tak gembira bukan pantun ni, tapi penulis pantun ni.

~Dia sudah ke sekolah…Semoga Allah memberkatinya dan mempermudahkan segala urusannya~

Image
Semalam anakku Darwisyah kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah, pertama kali menjadi murid sekolah rendah, darjah 1. Sebagai seorang ibu aku yang gentar dan risau, maklumlah sudah lama tidak hadir ke sekolah, sejak meninggalkan bangku sekolah berbelas tahun. Berbagai kenangan, manis dan lucu memerhatikan suasana..pelbagai perilaku manusia, apatah lagi si kecil yang gelabah dengan keadaan baru. Ada yang menangis lari mahu balik ke rumah, hingga terpaksa dikejar mak guard, ada yang menangis tak mahu berpisah dengan ibu, ada yang menangis tak mahu masuk barisan, ada juga yang terlebih teruja dan gembira sangat, ada yang over sampai suruh ibunya balik, ada yang sederhana, terima keadaan dengan rileks sahaja sampai buat hal sendiri, macam-macam lagi gaya yang ada. Apa yang pasti, Darwisyah sangat berani dan gembira dengan suasana baru, sangat gembira sepanjang persekolahan, aktif menjawab bila di tanya guru, aktif juga berlari ke sana ke mari, malah terlebih aktif hingga tidak sedar deng