~Dia sudah ke sekolah…Semoga Allah memberkatinya dan mempermudahkan segala urusannya~


Semalam anakku Darwisyah kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah, pertama kali menjadi murid sekolah rendah, darjah 1. Sebagai seorang ibu aku yang gentar dan risau, maklumlah sudah lama tidak hadir ke sekolah, sejak meninggalkan bangku sekolah berbelas tahun.

Berbagai kenangan, manis dan lucu memerhatikan suasana..pelbagai perilaku manusia, apatah lagi si kecil yang gelabah dengan keadaan baru. Ada yang menangis lari mahu balik ke rumah, hingga terpaksa dikejar mak guard, ada yang menangis tak mahu berpisah dengan ibu, ada yang menangis tak mahu masuk barisan, ada juga yang terlebih teruja dan gembira sangat, ada yang over sampai suruh ibunya balik, ada yang sederhana, terima keadaan dengan rileks sahaja sampai buat hal sendiri, macam-macam lagi gaya yang ada.

Apa yang pasti, Darwisyah sangat berani dan gembira dengan suasana baru, sangat gembira sepanjang persekolahan, aktif menjawab bila di tanya guru, aktif juga berlari ke sana ke mari, malah terlebih aktif hingga tidak sedar dengan arahan guru waktu pulang sekolah..membuatkan aku kalut dan takut seketika..apa tidaknya dia didapati tiada bersama kumpulan murid yang bergerak keluar.

Cemas seketika, nasib baik ada guru yang membantu membawakan dia ke pagar sekolah setelah didapati menangis di pokok bunga kerana mencari ibu tidak jumpa. Sekali ibunya menunggu di pintu pagar sekolah , jadi kalut dan haru biru…itulah pengalaman manis di hari pertama sekolah… Syukur Alhamdulillah 1 hari berlalu dengan baik dan sempurna.

Semoga anakku menjadi murid terbaik buat sekolahnya, menjadi anak terbaik buat keluargaku, menjadi insan terbaik sebagai hambaNya.

Comments

Post a Comment

respon..

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH