Thursday, June 21, 2012

Jun 2012

Jun datang lagi, kali ini bagi tahun 2012.
Ini bermakna aku telah menghampiri fasa suku abad berada di dunia yang fana. Lafaz kesyukuran yang amat bererti buat Khaliq pencipta segala, kerana masih mengizinkan aku untuk terus bernafas dan merasai limpahan rahmat dan nikmat sepanjang hidup di bumi ini.

Banyak liku hidup dan jauh perjalanan yang telah dilalui serta dipelajari.
Hidup ini penuh makna, bagi yang tahu mencari maknanya.
Hidup ini tiada erti, bagi yang tidak tahu menilai ertinya.

Apa pun, Allah swt amat pengasih dan penyayang, selagi kita berada di dalam limpahan kasih sayangNya, percayalah, kita tetap selamat.

Semoga Allah swt redha dan berkati selamanya, amin.

Selamat ulang tahun buat diri sendiri, syukur alhamdulillah.