Posts

Showing posts from May, 2011

Entry Buat Cikgu.

Actually this are back dated post, sempena hari guru baru-baru ini, 16 Mei yang disambut setiap guru dan yang pasti turut sambut oleh anak murid.

Yang paling seronok bagi aku bila tiba hari guru, hari yang ada sukaneka, persembahan pentas,salam-salam dengan cikgu serta bagi hadiah. Itu definisi hari guru bagi aku masa aku darjah 1 hingga darjah 6 di sek.keb kg. Kuala Gris (SKKG) atau kata cikgu Rahim masa aku darjah 2 dulu, SKKG tu Sek. Keb. Kambing Glewak.
Kenangan sekolah rendah sarat dengan kisah lucu, kisah sedih pun ada jugakk..

1.SIRI SEKOLAH RENDAH

Darjah 1
Hari pertama aku ke sekolah aku tak bagi mak aku hantar, aku budak berani..hohooo..dengan penuh gaya berbaju sekolah baru, berkasut stoking baru, berbeg baru dan semua baru aku melangkah ke sekolah. Ada budak-budak kampung yang diiringi ibu dan ayah, ada yang menangis tak mahu masuk kelas, ada yang berdokong, ada yang menjerit-jerit panggil mak, ada yang menarik kaki seluar ayah, macam-macam kerenah aku lihat..

Tapi aku, dengan ba…

~pasrah & tawakkal~

Hidup ini, sungguh banyak likunya, mau tak mau terpaksa diteruskan. Kesal dan terkilan hanya Tuhan saja yg tahu, tapi apa lagi yang harus kubuat.

Demi Allah, aku sagat sayangkan anak-anakku..
Itulah sisa semangat yang masih ada..
Kepercayaan dan harapan sudah hilang..

Terima kasih sahabat, pesanan mu sangat bermakna buatku, mungkin selama ini aku yang ternyata silap, silap mentafsir hati manusia yang ku anggap milikku..

aku akan sentiasa ingat pesanmu,

"Kita ini dimiliki, bukan memiliki"

ya, aku percaya dengan kata-katamu itu sahabat, dan aku sepatutnya belajar dan terus belajar dari apa yang telah menimpa hidupku. Bukankah kehidupan ini adalah suatu pembelajaran yang cukup bagus untuk mendewasakan kita??

Aku juga tidak pernah merasakan aku tewas, kerana aku telah mencuba,aku telah berusaha, aku juga telah habis berikhtiar tanpa putus asa, ternyata kiranya aku tidak berjaya, bukan bermakna aku telah gagal, sekurang-kurang aku gagal dalam kemenangan.

Sekarang aku tidak lagi mengharapk…

~aku mahu berehat..~

Adakalanya aku penat, terlalu penat dan jerih..aku mahu menangis dan menangis, tapi aku juga sudah penat menangis..

Ya Allah, maafkan aku..
mungkin ini sahaja medan untukk ku bercerita bersamamu..berbicara sambil menangis di kala kelam malam..aku mahu tangisi agar keluar semua airmata bersama sedih di hati..pilu di dada..dan biarlah Kau jadi saksi pada perit di jiwa...

Aku serasaka mahu pergi jauh...jauh ke hujung dunia..melihat indah anugerah, mensyukuri nikmat yang ada..menjauhi masa silam..

Aku makin letih..dengan segalanya..

Aku makin lemah..dan aku tahu aku memang tidak kuat..kerana aku terpaksa hadapi sendirian..berjalan di laluan berduri keseorangan..

Namun aku tetap yakin ke mana pun aku..kasih sayang tetap di dada Tuhanku..

Ya Allah izinkan aku berehat..
Aku semakin penat..