Thursday, March 31, 2011

~kematian~kehilangan~

29.03.2011
jam 10.10 a.m
HUSM KB

~Dan kematian itu adalah janji Allah yang benar~ yang telah diberi peringatan d dalam AlQuran, Hadis dan pesanan Rasulullah serta para wali Allah..

Cuma bila dan di mana tiada siapa yang tahu. Pabila sudah hampir atau tiba masanya, segalanya tidak bisa diundur atau ditangguh.

kehilangan
Setiap insan yang pergi, akan dirasai kehilangan pada orang yang mengasihinya di sekeliling. Bila orang baik pergi meninggalkan.. kehilangan yang besar pasti terasa, dan tidak akan ada orang yang faham atau dapat rasai semua itu, kerana manusia adalah berbeza.

Kesedihan
Sedih...amat sedih..tidak mampu di rungkai dengan kata-kata.. hanya dapat dirasa dengan hati, tapi ini semua Qadaq & Qadar...

dan,..aku tetap redha.

Saturday, March 26, 2011

~bowling game~


hahahahaa...

aku nak tergelak sakan la, abis tu kemain lagi pegi bowling challenge dah la tak penah main seumo idup aku, n first time aku pegang bola bowling masa first our trainng at ampang bowl...

so, minum teh tarik n chicken chop lagi sedap ma...

nasib baik mlm tu ada pemain import yang diimport khas oleh boss kami dr TPG klo tidak.. tapi yang bestnya, aku strike jugala 2-3 kali kira ok what coz this is my sekend hang of bowl...hohohooo

anyway good job for my team, done a great game for us..

Sunday, March 13, 2011

~alhamdulillah...~

Baby sekarang sudah sihat..semakin tembam dan semakin lincah semula setelah berminggu di serang demam dan batuk yang sekejap-sekejap...

kini aku cuba untuk tidak membawanya keluar langsung dari rumah kecuali utk appointment doktor di hospital. Aku cuba hentikan ubatnya dan aku mahu lihat tindak balas, sekarang dia macam biasa saja, dan aku agak ubat itu cuma bertindak hanya bila dia semput,pada hari biasa tiada tindak balas sebagai penghalang semputnya.

Baby sudah makan seperti biasa, buah dan sayur aku cuba pantangkan utknya kerana itu salah satu punca penyakitnya.

Aku berdoa dan berharap baby sentiasa sihat dan sakitnya tidak akan datang lagi.Mengikut doktor penyakitnya akan hilang sendiri bergantung pada faktor sekeliling, antibodi dan hormon.

Aku akan berusaha sedaya upaya agar baby sembuh dan sihat sepertimana baby-baby lain, insyaallah segalanya dengan izinmu ya Allah.amin..


baby...all of us love u so much...