Monday, October 31, 2011

try test

roger riger i'm here...HQ

Sunday, October 30, 2011

1 attitude

Heavy rains remind us of challenges in life. Never ask for a lighter rain.
Just pray for a better umbrella.
That is attitude.

When flood comes, fish eat ants & when flood recedes, ants eat fish. Only time matters.
Just hold on, God gives opportunity to everyone!

Life is not about finding the right person, but creating the right relationship,
it's not how we care in the beginning, but how much we care till the very end.

Some people always throw stones in your path. It depends on you what you make with them.

A Wall or a Bridge? Remember you are the architect of your life.

Search for a beautiful heart, but don't search for a beautiful face' coz beautiful things are not always good, but good things are always beautiful.

It’s not important to hold all the good cards in life.
but it’s important how well you play with the cards you hold.

Often when we lose all hope & think this is the end, God smiles from above and says, `relax dear it’s just a bend, not the end.
Have Faith and have a successful life.

One of the basic differences between God and humans is, God gives, gives and forgives.
but the human gets, gets, gets and forgets.

Be thankful in life....

Fail without planning

Why i say that? what least, like the saying goes, too good to be true. "Gempak" only just over but ultimately disappointed very much.

What is least, is it the first joint very interesting thought but it is empty. Disappointed to be turned into a pleasant holiday.

This is the consequence when there is no perfect plan. As the expression "if you fail to plan, you actually plan to fail". That is true. Very true.(huhhh...)

Early departure from home with the spirit thrilled "not hengat" I finally really frust.And lastly nothing to be done..!

What is their to do something he did not have a plan. With no planning time, there's no such tentative,did not have a program that can fill holiday only 'gempak' more ..!

The ending is ... hampeh ..!

After this, hope I do not want another joint.

no more ...!


grrrrrrrr...(until today, i'm still angry with this group...Guys!!! you are so, so hampehh..!!)

Monday, October 17, 2011

Maafkan aku

Semalam, saat senja menerpa, hujan sangat lebat.Seusai renyai, memandu pulang dari pejabat dalam suasana yang masih kelam. Jalan masih basah..sunyi juga tiada teman.Lantas IKIM jadi halwa telinga..pengubat duka, di kala jiwa sedang bersisa kecewa.

Ustaz Irwan telah menjemput seorang penceramah bebas,bercakap mengenai peristiwa haji yang bakal menjenguk kita, dari topik tersebut ada banyak kisah menarik yang dikongsi, cuma apa yang telah membuatkan tersentuh hati salah satu ungkapannya yang berbunyi :

"Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, adalah dengan izin Allah swt.
Jadi setiap penyelesaian hidup ini juga, sudah pasti hanyalah dengan izin Allah swt juga.Kita kena yakin dan pasti dengan setiap kejadian itu."

Aku akur sangat, aku iyakan apa yang aku dengar, ia juga buat aku sangat redha dan lapang dada dengan apa yang kurasakan telah berlaku dalam kehidupan seharian. Ya! memang benar.

Ini senang saja, pada aku, kalau apa-apa yang berlaku dalam hidup kita, memang sudah diatur,dan aku rasa, redha adalah jalan terbaik untuk menerima setiap aturan itu.

Lagi pun jawapan yang paling sedap kita dengar ialah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..! bukankah itu sangat-sangatlah benar?

Sekarang apa-apa yang sedang dihadapi, cuba perhatikan semula, hmmm...maksudnya muhasabah. Ustaz tu juga kata, kadang-kadang kita diberi ujian kerana Allah nak uji kita, nak tengok siapa kita. Betul juga, kalau kita nak kenal siapa kita, atau siapa saja, kawan kita ke, keluarga ke, sedara mara ke, pasangan ke, tengok masa ditimpa masalah. Masa tu kita boleh kenal siapa orang itu. Ini dalam skop sabar/tak sabar dan redha/tak redha ujian yang menimpa.

Hmmm....betul, memang betul. Jadi ayuh..! aku panggil semangat aku semula, aku mesti kena kuat..! aku mesti buktikan pada diri sendiri, aku kena yakin dengan diri sendiri dan paling,paling,paling..ha 3 x kali tu, paling penting aku kena yakin setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah swt. Tugas aku selepas itu ialah bertemu dengan Allah swt dalam solat dan doa.bukankah aku hanyalah seorang hamba? apa aku dah lupa?? oh masyaAllah...

Aku kena mula bercinta semula dengan empunya diriku, alam dan sekalian makhluk, Dia yang memiliki segalanya, yang maha menguasai dan mengadili. Ternyata Dia sayang aku, sebab itu bila diuji, Dia sebenarnya mahu lihat adakah aku akan kembali semula mendekatkan diri ke sisiNya.

Mungkin aku mula leka, lantas aku dicubit agar sedar semula, ternyata bukankah itu semua sebenarnya salah aku?? haa...sekarang sentap..(duss..amik ko)

Maafkan aku, ampunkan aku, jangan jauhkan aku dariMu, jangan kurangkan kasihMu padaku, aku mahu terus dekat denganMu, aku mahu terus mencintaiMu, aku mahu hidup untukMu, aku mahu mati keranaMu, aku mahu bertemuMu selepas kematianku.

Sekali lagi, maafkan aku.

Wednesday, October 12, 2011

tak akan ke mana pun..

Hidup ini tak akan dapat lari ke mana pun..
Kerana hukum alam memang akhirat destinasi terakhir kita..
Bukankah kematian sentiasa ada di depan kita..
maut sentiasa mengejar di belakang..
hanya segelintir manusia yang sedar..
manusia bukan tak tahu, tahu..tapi buat-buat tak tahu atau terlupa..

Hidup kita ini tak akan ke mana..
dan kita kena ingat aturan Allah swt setiap perbuatan pasti ada balasannya, baik atau buruk dalam pengetahuan Allah swt.

Memang pun dah tersurat hidup inikan ada hukum karma, kalau terlepas di dunia, tetap ada hukumnya di akhirat. Semua pun maklum cuma masih ada manusia yang suka melanggarnya, habis tu dah terlalu ikutkan nafsu nafsi, hingga terlupa batasan diri.

tapi apa-apa pun, manusia ni tak akan ke mana jua pun..
Aku cuma nak doakan satu aje, harap jadi pengajaran dan tidak akan berulang kepada teman-teman lain, dan paling penting Allah swt yang layak menghukumnya. amin.

ha...kalau dah setan menguasai hati dan diri, hidup memang dah mula tunggang langgang ape lagi..confirm langgar aturan dan undang-undang hidup..tapi ini jugalah geng yang akan menemainnya nanti..huhuhuuuu

Tuesday, October 11, 2011

Aku Masih Di sini

Hari ini
Aku masih di sini
Di sini lagi
Aku jadi mulai benci
Benci kerana masih di sini
Benci kerana masih lagi di sini

Kenapa ini semua terjadi??
Tidakkah mereka-mereka itu semua mengetahui?
Tidakkah mahukah mereka-mereka itu semua memahami??
Kenapa mereka-mereka semua semakin menjadi-jadi??
Kenapa mereka tidak mengetahui, memahami dan ambil peduli??

Aku makin jadi benci
Aku jadi benci lagi
Kerana aku masih di sini..

Monday, October 3, 2011

..:Puteri ku Sayang:..

Kalaulah boleh kuputarkan waktu..aku mahu ulang semula detik manis dan bahagia sejak dia kecil hingga semalam.

Tetapi kenapa sukar benar...dan aku sebenarnya mampu untuk memulakan sesuatu yang baru agar aku tidak perlu undurkan masa..

aku mahu biarkan apa saja yang kulalui sakit perit dan pahit maung ku tanggung seorang diri, aku tidak mahu dia tahu apa lagi dia rasa sekali..

Aku mahu dia menjadi dewasa dan matang dengan baik, dan aku tidak mahu dia lalui kesengsaraan yang ku rasa..kerana itu bukan sepatutnya digalas oleh dia.

Ya Allah berikan aku kekuatan, berikan dia ketabahan, berikan dia bahagia..lindungi kami dari disakiti manusia yang tidak mahu memahami..lindungi kami..

Ya Allah berikan aku peluang untuk terus membesarkan dan membimbingnya dengan sempurna..izinkan aku Ya Allah..

Sesengguhny demi Mu aku terlalu menyayangi dia..

Sunday, October 2, 2011

..dugaan sementara..

Hidup ini sukar diramal. Kalau dah nama pun hidup ini satu ujian. Bermakna ujian itu pun sukar diramal. Bila, di mana, ia datang, ia pergi. Bersedia..itu sajalah kita ni sebagai manusia, kena bersiap sedia. Kekuatan..kalau kita tak cukup kuat, kita bersedia pun kita sukar juga untuk menghadapinya.

Bersedia untuk sesuatu yang senang pun boleh jadi sukar, bersedia untuk perkara susah lagi lah sukar. Dugaan dan ujian ni, datang tak kira masa, kita bukan boleh jangka. Kecuali memang kita yang cari pasal untuk perkara itu jadi. Contohnya mak kata jangan main hujan nanti demam, kita mandi hujan dengan seronoknya, esoknya tak demam itu nikmat terbaik yang alhamdulillah kemungkinan sebab tak jadi tapi kalau demam, kita kena bersedia sebab kita boleh jangka.

Kalau tak boleh jangka? itulah kena bersedia dan kena kuat hadapinya.

Tapi setiap ujian yang menimpa akan membuatkan seseorang jadi berani, akhirnya dia akan jadi lali. Bila dah lali dah bukan satu masalah dah bukan satu ujian besar buatnya.

tapi nak hadapi era yang akan jadi lali tu, bukan mudah.

Contoh sekarang macam "mangsa-mangsa perpindahan" dari era senang kepada era susah dan jauh nilah..

Bukan hidup ni sentiasa nak senang, bukan itu juga maksudnya tapi sudah elok dengan bajet timing, cost dan kerja, Tiba-tiba pula di pindahkan agar jadi susah..memang susahlah jawabnya.

Orang kata jangan fikir susah, fikir je senang, tapi dah memang realitinya susah, nak cakap apa lagi.

Orang kata dah susah sangat kalau makan gaji, jadi kuli orang, jadi boss sendiri. tapi bila jumpa segala makhluk-makhluk boss ini, sama juga, macam-macam juga bunyinya, bukan juga mereka tu semua senang juga.

Kesimpulannya, dah kalau namanya kita ni manusia, kat mana-mana pun memang kena hadapi juga, dah namanya hidup ini penuh dugaan. "Manusia tidak akan dibiarkan berjalan di bumi Allah ini tanpa di uji"..ayat yang boleh di renung yang boleh insafkan diri hakikat rasa takut pada keadaan bila di dalam ujian.