..:Puteri ku Sayang:..

Kalaulah boleh kuputarkan waktu..aku mahu ulang semula detik manis dan bahagia sejak dia kecil hingga semalam.

Tetapi kenapa sukar benar...dan aku sebenarnya mampu untuk memulakan sesuatu yang baru agar aku tidak perlu undurkan masa..

aku mahu biarkan apa saja yang kulalui sakit perit dan pahit maung ku tanggung seorang diri, aku tidak mahu dia tahu apa lagi dia rasa sekali..

Aku mahu dia menjadi dewasa dan matang dengan baik, dan aku tidak mahu dia lalui kesengsaraan yang ku rasa..kerana itu bukan sepatutnya digalas oleh dia.

Ya Allah berikan aku kekuatan, berikan dia ketabahan, berikan dia bahagia..lindungi kami dari disakiti manusia yang tidak mahu memahami..lindungi kami..

Ya Allah berikan aku peluang untuk terus membesarkan dan membimbingnya dengan sempurna..izinkan aku Ya Allah..

Sesengguhny demi Mu aku terlalu menyayangi dia..

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH