Thursday, April 26, 2012

Happy Birthday 4th Hafiz Darwisy

25 April 2012 Hafiz genap 4 tahun...Happy birthday my lovely son..Syukur alhamdulillah, Abg Afiz diberi kesihatan yang baik dan sedar tak sedar Abg Afiz dah pun 4 tahun, semoga hidup Abg Afiz sentiasa dilindungi, dipelihara dan diberkati Allah swt.

Kami sekeluarga amat sayangkan Abg Afiz..tak pernah surut..tak pernah padam...

Thursday, April 12, 2012

~GeGaraN BuMi~

gambar sekadar hiasan sebagai gambaran...



Subhanallah..
Semalam berlaku gempa bumi di sekitar Indonesia, India, Sri Lanka dan Malaysia. Gempa berlaku di kawasan pantai barat sumatera sekuat 8.9 skala rectar, kuat tu. Saat menghadapi gegaran itu, semua penghuni rumah pangsa memang akan rasai pengalaman yang mendebarkan.


Ketika itu memang tak fikir apa-apa pun hanya dapatkan anak-anak dan keluar dari rumah selamatkan nyawa. Masa tu dah tak fikirkan harta, hanya nyawa yang lebih utama.Walau keluar rumah sehelai sepinggang pun tak mengapa, janji selamat anak beranak. Masa berlari keluar rupanya itulah jua yang dilalui oleh semua penghuni, semua orang.


Sebenarnya, itu satu amaran dari bumi yang paling kecil, kerana yang paling besar masih banyak dan seterusnya akan berlaku, pada ketika itu semua harta sudah tidak berguna lagi, semua akan akur dunia ini bukan kekal, sementara sahaja, semua yang Allah kurniakan pada kita hari ini adalah pinjaman semata-mata, sekalipun nyawa yang sehabis daya kita cuba selamatkan. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Semasa bergegas keluar dan berkumpul beramai-ramai di kawasan lapang di bawah, baru terfikir, di kala berlaku sebarang bencana alam, misalnya gempa, banjir atau sebagainya, orang yang tiada harta sebenarnya sedikitpun tidak akan merasa kalut ribut untuk memikirkan hartanya untuk diselamatkan, tapi itu bagi orang yang cintakan harta, mana yang tidak adalah sebaliknya, malah bagi mereka yang hanya sedar dunia ini tempat tumpangan semata-mata akan rasa aman dan lega kiranya ia tidaklah berharta banyak, hanya ada secukup untuk menumpang hidup sahaja, lantas dia hanya pasrah dan tawakkal iaitu harta sebenarnya ialah amalan & ibadahnya untuk dibawa bersama, itulah harta sebenar, ternyata golongan itu pasti keluar, pergi dan kembali ke tempat asal dengan senyuman dan sangat selamat.


Jadi kita di dalam kategori yang mana satu?
1)Kaya harta tapi miskin jiwa
2)Miskin harta tapi kaya jiwa


Ternyata pilihan ditangan kita untuk memilih hidup miskin atau kaya..dan mengakhiri kehidupan di dunia ini dengan aman dan selamat. Baru kita mula tersedar dari leka, dan kita akan mula rasa kesal andai banyak benar kita kumpul harta dunia hingga lupa mencari bekalan untuk dibawa pulang, ternyata hidup ini hanyalah sia-sia andai kita menghabiskan umur yang Allah telah pinjamkan dihabiskan untuk dunia, kerana dunia hanya tumpangan sementara.
Bila kita diuji kita mula merana, kemudia bila kita dijemput pulang ke tempat asal, lagi kita merana, dan tempat asal adalah kekal…..hmmmm…bagaimana ya…Astagfirullahalazim Ya Allah semoga berada dalam golongan yang Kau redhai, Ampunkanlah segala dosa hambamu…Allahuakbar………

Thursday, April 5, 2012

~BuAt mAsA iNi~



Subhanallah, hari ini serasakan permulaan sebuah hayat yang baik, pertengahan yang baik dan mohon dari Allah insyaallah penutup yang baik..dan seterusnya hari-hari depan.

Begitu lama tidak berblogging dengan cerita ceriti terkini. sekarang 5:20pm KL hujan lebat..alhamdulillah kuranglah kehangatan dan kekeringan kerongkong yg mula terasa sejak 2-3 hari lalu, alhamdulillah batuk pun sudah berkurangan. Sekarang sedang melewati suasana hujan di selang seli dengan guruh berdentuman, awan kelihatan tebal di area hulu klang dan disekitar bandaraya semakin kelam namun masih kelihatan KLCC & KL Tower..

Dalam menghayati cuaca, aku mensyukuri nikmat Allah swt. Aku renung dalam diri, dalam hati, ingat segalanya..



semalam telah pergi..hari ini bakal pergi..

semua yang ada detik yang sekejap,

semua pun sedar, cuma mungkin adakala leka,

aku risau,

adakala gundah,

semua akan pergi,

aku jua pasti pergi,

apakah yang bakal ditinggalkan,

kalaupun kita ini hanya manusia biasa,

jangan hanya tinggalkan yang biasa-biasa saja,

yang tidak mampu diingat manusia,

yang amat baik, sebuah tinggalan yang bermanfaat,

itu seharusnya,

kita ini kalau pun manusia biasa,

sekurang-kurangnya biarlah bermanfaat,

kalau pun bukan pada negara,

pada masyarakat,

pada keluarga,

pada diri sendiri,

pada agama sewajibnya.



Kerana itu semua

dinilai Allah swt

Allah mengira manfaat setiap ciptaannya.

lantas, janganlah mengira kita diciptakan untuk saja-saja hidup, lantas terus suka-suka menjadi manusia semahunya, berbuat salah dan jahat sesuka hati, menyakiti manusia tidak kira apa, berbuat segala sepuas hati, kerana itu semua ada penilaian. Kiranya berusaha menjadi manusia bermanfaat, yang terbaik di kalangan terbaik, apa salahnya itu juga ganjaran yang diperolehi nanti..



Astagfirullahal'azim