~GeGaraN BuMi~

gambar sekadar hiasan sebagai gambaran...



Subhanallah..
Semalam berlaku gempa bumi di sekitar Indonesia, India, Sri Lanka dan Malaysia. Gempa berlaku di kawasan pantai barat sumatera sekuat 8.9 skala rectar, kuat tu. Saat menghadapi gegaran itu, semua penghuni rumah pangsa memang akan rasai pengalaman yang mendebarkan.


Ketika itu memang tak fikir apa-apa pun hanya dapatkan anak-anak dan keluar dari rumah selamatkan nyawa. Masa tu dah tak fikirkan harta, hanya nyawa yang lebih utama.Walau keluar rumah sehelai sepinggang pun tak mengapa, janji selamat anak beranak. Masa berlari keluar rupanya itulah jua yang dilalui oleh semua penghuni, semua orang.


Sebenarnya, itu satu amaran dari bumi yang paling kecil, kerana yang paling besar masih banyak dan seterusnya akan berlaku, pada ketika itu semua harta sudah tidak berguna lagi, semua akan akur dunia ini bukan kekal, sementara sahaja, semua yang Allah kurniakan pada kita hari ini adalah pinjaman semata-mata, sekalipun nyawa yang sehabis daya kita cuba selamatkan. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Semasa bergegas keluar dan berkumpul beramai-ramai di kawasan lapang di bawah, baru terfikir, di kala berlaku sebarang bencana alam, misalnya gempa, banjir atau sebagainya, orang yang tiada harta sebenarnya sedikitpun tidak akan merasa kalut ribut untuk memikirkan hartanya untuk diselamatkan, tapi itu bagi orang yang cintakan harta, mana yang tidak adalah sebaliknya, malah bagi mereka yang hanya sedar dunia ini tempat tumpangan semata-mata akan rasa aman dan lega kiranya ia tidaklah berharta banyak, hanya ada secukup untuk menumpang hidup sahaja, lantas dia hanya pasrah dan tawakkal iaitu harta sebenarnya ialah amalan & ibadahnya untuk dibawa bersama, itulah harta sebenar, ternyata golongan itu pasti keluar, pergi dan kembali ke tempat asal dengan senyuman dan sangat selamat.


Jadi kita di dalam kategori yang mana satu?
1)Kaya harta tapi miskin jiwa
2)Miskin harta tapi kaya jiwa


Ternyata pilihan ditangan kita untuk memilih hidup miskin atau kaya..dan mengakhiri kehidupan di dunia ini dengan aman dan selamat. Baru kita mula tersedar dari leka, dan kita akan mula rasa kesal andai banyak benar kita kumpul harta dunia hingga lupa mencari bekalan untuk dibawa pulang, ternyata hidup ini hanyalah sia-sia andai kita menghabiskan umur yang Allah telah pinjamkan dihabiskan untuk dunia, kerana dunia hanya tumpangan sementara.
Bila kita diuji kita mula merana, kemudia bila kita dijemput pulang ke tempat asal, lagi kita merana, dan tempat asal adalah kekal…..hmmmm…bagaimana ya…Astagfirullahalazim Ya Allah semoga berada dalam golongan yang Kau redhai, Ampunkanlah segala dosa hambamu…Allahuakbar………

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH