Friday, April 29, 2011

~hmm...ada lagi,ingat dah abis~

Tajuk ni aku tak pasti relevan ke tak, cuma aku kadang jadi mengeluh panjang...apa taknya, manusia ni kita dah pesan banyak kali, dah nasihat, berbakul-bakul, dah tegur sepanjang masa sampai berbuih....

tapi kalau dah peelnya macam tu, nampaknya tak abis la, asyik ada je lagi tup-tup timbul peel dia yg baru...tup-tup senyap jap, tup-tup timbul balik..

aku ni dah bosan tapi cuma aku tak give up je itu pun ada sebab, yang aku memang tak sampai ati nak korban rasa sakit di dada aku, dan rasa senak jiwa aku ni..

Aku ni kadang lepas juga biar manusia ni tau tapi aku perhatikan, lepas macam mana punya sadis pun dia cuma senyap jap pastu ada lagi...cuma tukar dengan yang lain je..
akan sampai satu tahap aku mungkin meletup juga, itu pun kalau ditakdirkan iman aku dah tak kebal kan... aku ni kuatkan sabar,kuatkan semangat dan mohon doa siang malam pada Allah agar kuatkan iman aku ngadap manusia ni yang belum mahu berhenti uji aku sampai aku sakit hati dan sakit badan...agaknya aku mati baru dia senyum..

alhamdulillah, ujian dah banyak aku lepasi, tapi sakit luka dan parut memang tetap ada, aku yakin Allah sentiasa tolong aku kerana sentiasa pecah lubang bila aku ditikam dari belakang.

Mungkin satu hari bila dia pula ditikam baru dia tau bagaimana rasa sakitnya..pasti darahnya lagi banyak daripada airmata aku yang mengalir..semoga aku diselamatkan Allah yang pemurah lagi penyayang

apa-apa pun ku akan terus bersabar dan bertawakkal, kalau nasib aku baik, insyaallah baik, kalau tak baik itu hikmah..yang pasti dia yang buat tak baik itu, aku percaya pada hukum karma, jangan tersenyum hari ini bila dapat membuatkan orang lain menangis, kerasa kelak kau jua akan tangisi..

terima kasih kerana suka membuatkan aku sakit dan susah, aku maafkan kau yang tidak pernah sedar dan mengaku silap, cuma aku kesian kenapa sikap kau begitu keras hinggakan salah pun tidak penah mahu mengaku dan tak pernah pandai minta maaf..

aku kesian kerana siapalah yang tahan dengan agaknya, mungkin itulah takdirnya aku yang terpaksa berdepan dengan mu,

terima kasih kerana menguji ku, inilah panji kekuatanku, tahniah kerana sangat berusaha sentiasa membuatkan aku kecewa dan kesal dengan sikap dan perbuatan mu, semoga Allah mengubahmu,,agar aku bisa berhenti menangis...

Sunday, April 10, 2011

~InsyaAllah~ada jalannya~


InsyaAllah..
bila kita rasakan hebatnya ujian, getirnya kehidupan..maka berserah sajalah pada Allah..insyaallah pasti ada jalannya..

Allah menguji umatnya sekuat mana seseorang menanggung ujian tersebut, dan jika ia diuji maka ia bersabar, Allah permudahkan rezekinya dari mana-mana pintu yang ia sendiri tidak sedarinya..

Jika diuji lagi maka dia bersabar, Allah telah sempurnakan imannya..

Sebagai motivasi diri sendiri untuk bersabar...maka bukalah banyak buku motivasi yang berkaitan dengan kisah kehidupan oarang-orang yang diuji dan mereka bersabar dengan ujian itu...maka malulah rasanya diri kita untuk mengeluh..apalagi merintih..