Maafkan aku

Semalam, saat senja menerpa, hujan sangat lebat.Seusai renyai, memandu pulang dari pejabat dalam suasana yang masih kelam. Jalan masih basah..sunyi juga tiada teman.Lantas IKIM jadi halwa telinga..pengubat duka, di kala jiwa sedang bersisa kecewa.

Ustaz Irwan telah menjemput seorang penceramah bebas,bercakap mengenai peristiwa haji yang bakal menjenguk kita, dari topik tersebut ada banyak kisah menarik yang dikongsi, cuma apa yang telah membuatkan tersentuh hati salah satu ungkapannya yang berbunyi :

"Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, adalah dengan izin Allah swt.
Jadi setiap penyelesaian hidup ini juga, sudah pasti hanyalah dengan izin Allah swt juga.Kita kena yakin dan pasti dengan setiap kejadian itu."

Aku akur sangat, aku iyakan apa yang aku dengar, ia juga buat aku sangat redha dan lapang dada dengan apa yang kurasakan telah berlaku dalam kehidupan seharian. Ya! memang benar.

Ini senang saja, pada aku, kalau apa-apa yang berlaku dalam hidup kita, memang sudah diatur,dan aku rasa, redha adalah jalan terbaik untuk menerima setiap aturan itu.

Lagi pun jawapan yang paling sedap kita dengar ialah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..! bukankah itu sangat-sangatlah benar?

Sekarang apa-apa yang sedang dihadapi, cuba perhatikan semula, hmmm...maksudnya muhasabah. Ustaz tu juga kata, kadang-kadang kita diberi ujian kerana Allah nak uji kita, nak tengok siapa kita. Betul juga, kalau kita nak kenal siapa kita, atau siapa saja, kawan kita ke, keluarga ke, sedara mara ke, pasangan ke, tengok masa ditimpa masalah. Masa tu kita boleh kenal siapa orang itu. Ini dalam skop sabar/tak sabar dan redha/tak redha ujian yang menimpa.

Hmmm....betul, memang betul. Jadi ayuh..! aku panggil semangat aku semula, aku mesti kena kuat..! aku mesti buktikan pada diri sendiri, aku kena yakin dengan diri sendiri dan paling,paling,paling..ha 3 x kali tu, paling penting aku kena yakin setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah swt. Tugas aku selepas itu ialah bertemu dengan Allah swt dalam solat dan doa.bukankah aku hanyalah seorang hamba? apa aku dah lupa?? oh masyaAllah...

Aku kena mula bercinta semula dengan empunya diriku, alam dan sekalian makhluk, Dia yang memiliki segalanya, yang maha menguasai dan mengadili. Ternyata Dia sayang aku, sebab itu bila diuji, Dia sebenarnya mahu lihat adakah aku akan kembali semula mendekatkan diri ke sisiNya.

Mungkin aku mula leka, lantas aku dicubit agar sedar semula, ternyata bukankah itu semua sebenarnya salah aku?? haa...sekarang sentap..(duss..amik ko)

Maafkan aku, ampunkan aku, jangan jauhkan aku dariMu, jangan kurangkan kasihMu padaku, aku mahu terus dekat denganMu, aku mahu terus mencintaiMu, aku mahu hidup untukMu, aku mahu mati keranaMu, aku mahu bertemuMu selepas kematianku.

Sekali lagi, maafkan aku.

Comments

  1. alahai... sayu rasa bila baca coretan akak ni.. zura...

    ReplyDelete

Post a Comment

respon..

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH