~alhamdulillah...~

Baby sekarang sudah sihat..semakin tembam dan semakin lincah semula setelah berminggu di serang demam dan batuk yang sekejap-sekejap...

kini aku cuba untuk tidak membawanya keluar langsung dari rumah kecuali utk appointment doktor di hospital. Aku cuba hentikan ubatnya dan aku mahu lihat tindak balas, sekarang dia macam biasa saja, dan aku agak ubat itu cuma bertindak hanya bila dia semput,pada hari biasa tiada tindak balas sebagai penghalang semputnya.

Baby sudah makan seperti biasa, buah dan sayur aku cuba pantangkan utknya kerana itu salah satu punca penyakitnya.

Aku berdoa dan berharap baby sentiasa sihat dan sakitnya tidak akan datang lagi.Mengikut doktor penyakitnya akan hilang sendiri bergantung pada faktor sekeliling, antibodi dan hormon.

Aku akan berusaha sedaya upaya agar baby sembuh dan sihat sepertimana baby-baby lain, insyaallah segalanya dengan izinmu ya Allah.amin..


baby...all of us love u so much...

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH