Entry Buat Cikgu.
Actually this are back dated post, sempena hari guru baru-baru ini, 16 Mei yang disambut setiap guru dan yang pasti turut sambut oleh anak murid.
Yang paling seronok bagi aku bila tiba hari guru, hari yang ada sukaneka, persembahan pentas,salam-salam dengan cikgu serta bagi hadiah. Itu definisi hari guru bagi aku masa aku darjah 1 hingga darjah 6 di sek.keb kg. Kuala Gris (SKKG) atau kata cikgu Rahim masa aku darjah 2 dulu, SKKG tu Sek. Keb. Kambing Glewak.
Kenangan sekolah rendah sarat dengan kisah lucu, kisah sedih pun ada jugakk..
1.SIRI SEKOLAH RENDAH
Darjah 1
Hari pertama aku ke sekolah aku tak bagi mak aku hantar, aku budak berani..hohooo..dengan penuh gaya berbaju sekolah baru, berkasut stoking baru, berbeg baru dan semua baru aku melangkah ke sekolah. Ada budak-budak kampung yang diiringi ibu dan ayah, ada yang menangis tak mahu masuk kelas, ada yang berdokong, ada yang menjerit-jerit panggil mak, ada yang menarik kaki seluar ayah, macam-macam kerenah aku lihat..
Tapi aku, dengan bangganya coz ada 2 orang abang yang temankan, tak takut le hehehee. Hari pertama aku berebut kerusi dengan seorang murid, namanya Rokiah, kakaknya Samsiah ikut pegang kerusi tu, katanya itu kerusi adiknya, aku kata aku yang ambil dulu, tapi dia yang duduk dulu, so aku mengalah, pergi ambil kerusi lain di belakang kelas..hihi..ke mana rokiah agaknya sekarang.
Ada sekali tu, masa Agama, ustaz tengah soal aku kat depan kelas, dia minta aku penuhkan ejaan jawi, aku tengah tahan nak kencing masa tu, tak dapat tahan sangat aku kencing kat depan kelas sambil nangis…hahahha habis basah kasut stoking aku, balik dengan basah-basah gitu..
Dulu masa darjah satu, sekolah rendah aku di kg lama, orang kampung panggil “bawah” coz kedudukan geografinya di bawah bukit, dekat masjid lama dan kubur kampung kami. Penduduk di kampung sebelah bersekolah disitu juga, mereka ada yang datang dengan traktor, dengan keretapi, dengan perahu pun ada. Kalau ikutkan mereka lagi kesian, aku boleh lagi jalan kaki dan bangun lambat.
Masuk minggu kedua, aku dah mula merayau jauh sikit bila time balik sekolah, minggu pertama je balik ikut jalan utama ikut tangga batu yang tinggi dan tembus rumah Tok Wan Aji, minggu kedua pusingan depan kubur lalu bawah pokok binjal. Sempat lagi “meredas” buah binjal dan jambu air dalam kebun orang..
Minggu ketiga aku dan siah melencong ke sungai pulak…wah makin adventure kami nampaknya. Oh ya, kawan terbaik aku masa darjah satu ialah Kamariah (Siah). Siah yang ajak aku ke sungai, seronok kami mandi dan main perahu yang ditambat tepi sungai, sampai mak aku datang cari, petang tu apa lagi, puas kena belasah. Esok tobat tak nak pergi dah..
Naik darjah 2 aku dah bersekolah di sekolah baru di atas bukit, kedudukannya betul-betul di tengah kampung, sampailah darjah 6, masa tu aku dah kawan dengan semua orang, memang ramai kawan aku dari darjah 1-6 semua ku kenal, antara cikgu yang aku ingat masa aku sekolah rendah ialah, Cikgu Mat guru kelas darjah 1, Cikgu Wan Khazanah (guru kelas darjah 2) Cikgu Rubaidullah (guru kelas darjah 3) Ustazah Maznah(Guru kelas darjah 4) Cikgu Sheran(Guru kelas darjah 5) Cikgu Jilani(Guru kelas darjah 6) cikgu lain yang masih aku ingat ialah, Cikgu Fatah (guru Maths), Cikgu Napisah(guru BI), Cikgu Rokiah ( cikgu yang paling garang hahaha) cikgu Fadilah, Cikgu Basri(guru muzik), Ustaz Raja (Ustaz yang paling rapat dengan penduduk kampung) yang lain-lain tu aku tak ingat..tapi mereka-mereka inilah yang telah membuatkan aku tahu A B C dan 1 2 3..permulaan aku nak jadi pandai, dari sinilah..permulaan aku tahu apa erti no 4, no 12, no 21 dan no 27 dalam kelas..no itu jer yang aku ingat, sebab aku asyik dapat no tu je dari tahun satu, ulang sampai tahun 6…hahahaha
Masa kami darjah 6, kehadiran cikgu Rokiah memang mengharu birukan sekolah dan kampung, gara-gara dia terlampau garang, banyak kes yang berlaku dan memang aku tak dapat lupakan, antaranya menangis melihat rakan sekelas dirotan gara-gara tidak hadir kelas tambahan, rampas barang kemas murid, menjerit marahkan kami, kalau time kelas dia, semua pucat dan tahan nafas, padahal kelas BM je, baca buku teks pun boleh jadi buta huruf kami dek terlalu taku dengannya, satu kampung marah dengan sikapnya yang mendera murid masa tu.Tak sampai setahun dia ditukarkan ke sekolah lain…fuh lega kami semua..
Kawan sekelas adalah semua best frenz aku, Haji Li ketua kelas, suka juga membuli aku dan mendera semua budak dalam kelas, masa darjah 6, ketua kelas kami Rahim budak slow pak long itu pun dah lost contact, kami ada 2 kelas je masa tu, kelas M-merah dan kelas K-kuning, kawan karib masa tu, Leha, Ina, Ma, Aya, Giran, Ipah, Siah, Aini (sekarang dah arwah), Nunah,Roha, Noma, Nor,Su,(Ada dua, 1 yg ada anak tangan)Kiah, Juan, Rojak, Dicky, samsuri, ramai lagi, aku tak ingat nama tapi kalau tengok muka aku ingat lagi, ada lagi gambar masa bergambar dengan guru kelas kesayangan, Cikgu Rubaidullah. Satu lagi kenangan manis masa pergi berkelah di Jeram Linang dengan Ustazah Maznah, memang best giler masa tu..
Itulah antara kenangan yang manis sepanjang sekolah rendah..aku rindukan saaat0saat itu, kerana zaman itu, zaman yang seronok sangat pergi sekolah..paling seronok masa PJ, dan lagi seronok masa bercucuk tanam di petang hari..seronok lagi masa rehat, makan nasi kerabu bawah pokok tepi kantin, seronok juga masa kelas tambahan waktu petang, boleh dapat duit saku lebih, dapat beli aiskrim Malaysia kedai Pak Ngah…indahnya zaman perekolahan rendah..
2) SIRI SEKOLAH MENENGAH – will be coming on the next entry

Comments
Post a Comment
respon..