~Haifa~

29.01.2011
Sabtu


Syukur alhamdulillah hari ini Haifa Darwisyah genap 7 tahun @ 84 bulan @ 2,520 hari @ 60,480 jam @ 3,628,800 minit @ 217,728,000 saat. Dia telah hidup di dunia ini bersamaku, menemani sepanjang tempoh itu melalui suka duka pahit manis bersama.

Dia memberikan aku pengalaman yang cukup indah bergelar seorang ibu, dia menguji kesabaran dan kecekalan, dia membangkitkan suasana ceria dan manis, dia memberikan rangsangan kasih sayang yang hebat, dia mengajar aku erti pengorbanan sebagai wanita mengandung, melahirkan, menyusui, mendodoi, meriba, mendokong, dan mengasuh.

Dia pengikat kasih sayang aku dan suami, dia anak yang baik, yang memberikan aku semangat untuk bangun ketika rebah tersungkur, dia penyuntik kekuatan bila aku lemah longlai, dia ubat segala kesakitanku, dia penyegar di kala aku letih,dialah pendorong aku teruskan hidup di saat aku tiada sesiapa untuk berkongsi duka, dialah yang mencekalkan aku untuk terus berjuang mencari kehidupan yang terbaik sehingga ke hari ini...

Kerana setiap apa yang aku lakukan, demi kebaikan dia dan adik-adiknya..

Comments

  1. SAYA AMAT MENGERTI PERASAAN ITU

    ReplyDelete
  2. TQ win..hanya ibu yang tahu susah senang jadi ibu kan..semoga adalah ibu-ibu yang terbaik buat anak.

    ReplyDelete

Post a Comment

respon..

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH