~Baby sakit semula~
08.02.2011
Selasa
Hospital Selayang Wad 8A Bed 13
Petang itu baby lincah dan ceria bermain bersama dengan kakak dan abang. Sekitar jam 6.30petang, kami semua baru tiba ke rumah, badan baby panas, mamanya bagitau dia ada demam sedikit dan sudah diberi ubat.
Seketika kemudian baby kelihatan letih dan nafas mula laju. Semakin letih, semakin laju dan baby sudah kelihatan tercungap-cungap, ada wheezing, tikipnea dan…Nampak gayanya penyakit dia menjengah kembali.
Tiada kata dua lagi, siapkan semua barangan kami, terus ke hospital untuk menginap percuma di wad. Kiranya ini adalah pembuka tirai 2011 untuk tinggal di rumah kedua. Aku terima hakikat, dan aku semakin masak dengan keadaan, dalam hati tinggal doa mengiringi dia dirawat dengan sewajarnya dan harapan cuma satu dia sembuh sepertimana baby-baby lain.
Sepanjang di wad, aku bersyukur, terlalu banyak hikmah yang aku perolehi,ada ruang di antara aku dan baby. Kesibukan tugas yang memaksa aku menghadkan waktu berkualiti bersama baby dapat di manfaatkan di sini. Sepanjang kami bersama dia sangat gembira dan aku kira itu adalah ubat sebenar bagi sakitnya.
Di kala wayar penuh melilit badan dia sentiasa senyum dan itu juga ubat paling mujarab buat dukaku, airmata yang jatuh membasuh luka di kala dia sakit jadi kering.
Kesyukuran ini juga buat ruang yang memberikan aku rehat dari banyak berfikir tentang masalah tugas, konflik kerja, pengurusan,perubahan lokasi,kontroversi lantikan,konflik dalaman,tekanan penindasan dan berbagai.
Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah swt yang mengurniakan semua ini. Ini semua satu teguran, satu pendidikan, satu pengajaran yang baik, yang halus, yang sesiapa pun tidak nampak apa lagi mengerti sekiranya tidak belajar dan berfikir hikmah sebuah ujian.
Melalui detik bersama di wad, baby dirawat seperti biasa dan masa berlalu dengan member perhatian yang sepenuhnya buat baby, aku mahu dia tahu kehadirannya amat dihargai dan aku masih mampu berikan yang terbaik buat dia.
Seringkali baby menjerit memanggil kakak dan abang, aku tahu dia mula merasai kehilangan mereka sebagai teman bermain, sekalipun hatiku jua menjerit kerana merindui mereka berdua, namun aku tidak mahu baby terasa kehilangan, dan akulah teman sepermainannya siang dan malam.
Baby sukar bergerak didak mahu disebabkan bergantung pernafasan pada oksigen dan water drip disebelah kanan manakala sebelah kiri berbalut kerana takut dicabut wayar pada badannya, jadilah ia Robocop kecil..
Syukur Alhamdulillah baby kuat menghadapi ujian ini, di wajah baby tidak kelihatan sakitnya, sekaligus memberikan aku kekuatan yang sama.
Semoga baby cepat sembuh dan dapat kembali bersama abang dan kakak di rumah..
Insyaallah.
saya doakan anak akak cepat sembuh... :)amin..zura
ReplyDelete