~Ibu..Anak~

Petang semalam pulang dari sekolah kakak merengek meminta sesuatu, "Ummi tolong kakak belikan hadiah.." "Hadiah? hadoah apa ? untuk siapa?" amboi banyak pulak songeh umminya nih,..tapi sayngkan anak kerana menghargai seseorang, oklah tak apa, akan aku tunaikan, aku saja je tadi buat-buat tanya, aku faham sangat..Haifa seorang insan yang sangat menghargai orang lain, terutamanya aku.

selesai solat maghrib dan makan malam, aku berbisik agar kakak ambil kunci rumah dan pelan-pelan ke pintu sambil buka grill sesenyap yang mungkin agar 2 orang pendekar itu tidak perasan, aku bagi signal mata kepada hubby dan sorokkan tudung dan handbag di belakang. Pelan-pelan ke pintu dan kakak sudah tunggu di luar, sarung tudung dan kami terus cabut...la...sampai gitu sekali nak pergi kedai, mengalahkan apa ntah.

"So, kita nak pergi kedai mana?" "Kita pergi Pustaka Rakyat"(kedao buku) aku drive je hingga ke destinasi. Kakak naik tingkat atas, katanya ummi tunggu kat luar kedai, amboi, suka hati ummi la nak masuk kedai juga, so aku buat-buat tunggu di tingkat bawah. Tak puashati lama sangat aku naik, tengok dia dah bimbit 2 buah buku.."ummi tolong bayar, kakak takde duit" sedeyy..nak bagi hadiah juga, walau tak mampu, tak apa kira pengorbanan tu.."ok.."

"Tapi ummi jangan tengok, kat rumah baru boleh tengok" "ok.."
Aku bayar sambil pejam mata, cashier gelakkan aku.

Sampai rumah kakak berlari ke biliknya, kemudian keluar bilik dengan bungkusan bunga-bunga, "suprise!!!"
Eh, suprise ke?
Tapi aku buat-buat terkejut dan so so awesome sangat..! (wah berlakon)

"Terimalah hadiah hari Ibu dari kakak buat Ummi yang paling disayangi di dunia ini"
sebuah buku motivasi keagamaan bertajuk :

Ketika Rohku
Hanya Dapat Memandang Orang Yang
Dikasihi

"Ya Allah...terima kasih kakak..Ummi sayang kakak, kakaklah anak Ummi yang paaaaaling baik dan paaaaling Ummi sayang di dunia ini"
Kami berpelukan seolah-olah baru jumpa dan suprise sangat...sabar je lah.

"Ini pula untuk aboh...."
apa dia....'marker pen' dibelinya tadi..kerana katanya aboh tak suka baca buku, aboh suka tulis je di white board...la, gitu pulak...
"kakak hadiahkan sempena hari guru untuk aboh esok.."
syukur...kakak pandai menghargai kami...

Terima kasih anakku Haifa Darwisyah..semoga Allah swt mengurniakan seribu kebaikan dan kebajikan rahmat buat kakak dan adik-adik...amin.

Love U so much..

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH