Teringat










Semenjak 2, 3 menjak ni, teringat betul kat kampung...nun jauh di sana..di sebuah desa terpencil, pedalaman. Teringat teratak usang, sungai, rel keretapi, pondok stesen keretapi dan keretapi tu pun aku teringat.

Terbayang suasana masa kecik kat kampung, teringat madrasah tempat mengaji selepas balik dari sekolah, teringat kolah depan madrasah, teringat Ayah Teh, guru mengaji yang sangat baik dan sungguh merdu bila dia mengaji berlagu.

Teringat semua kawan seperguruan, seperngajian(ada ke istilah ni?) dan yang paling teringat, kawan-kawan se"kolah" (1 kolah - mandi & basuh kolah sama-sama).

Teringat masjid usang di kampung lama,(bawah). Teringat pokok binjal di tepi kubur.Teringat pokok ara di tepi sungai, teringat perahu, teringat pukat dan pelampung. Teringat etak. Teringat siput, Teringat gondang.

Teringat sekolah papan dulu-dulu. Teringat makan nasi kerabu gemulah cikPiah. Teringat makan mi rebus buatan Pok Mat di kedai gemulah Mokyoh.

Teringat pergi cari kulat sisir di dalam hutan di kebun getah Bukit Lakling bila getah ditebang dan selepas hujan. Teringat pergi cari buah keranji dalam hutan belakang bukit. Teringat pergi cari durian di Kukok.

Teringat menugal jagung dengan mek di tepi kelebok, bawah bukit tepi rel keretapi. Teringat mandi sungai di bawah pokok buluh. Teringat pergi cari pucuk paku tepi sungai, kena gigit peringat sampai bengkak mata dan muka.

Teringat menyemai kacang hijau di pasir tepi sungai. Teringat keliling kampung jual sayur kacang togeh (20sen seikat) dapat upah 10sen, dapat beli aiskrim bubur, Tuhan saja tahu nikmatnya dapat makan aiskrim bubur.



Teringat menjunjung besen jual kuih tepung pelita dan tepung bungkus. Teringat masa hujan, semua kuih tepung pelita rosak masuk air, jadi banyak air gulanya, jadi tawar, terpaksa makan sendiri untuk bagi habis..tak mahu membazir kononnya.



Teringat bangun pagi jam 5 untuk kejar keretapi pergi sekolah. Teringat tertinggal keretapi, tak dapat pergi sekolah. Teringat keretapi lewat sampai tengahari ke sekolah. Teringat keretapi tergelincir tayar dari rel(jatuh), terpaksa berjalan kaki 3 km melalui jambatan besi yang menghubungkan 2 buah bukit.

Teringat duit tambang tak cukup , minta berhutang dengan 'Guard' keretapi untuk bayar esoknya, tapi dia tak bagi bayar cuma minta bekal air sirap yangku bawa(kelakar heheh).

Teringat balik sekolah duduk ramai-ramai di bawah pokok tunggu keretapi bersama Ina, Zaini, Minah, Suna dan Siah.

Teringat pada BOQ, satu-satunya kucing kesayangan yang paling setia menemani walau ke mana-mana. Sangat manja dan selalu lepak bersama di atas zink rumah sambil makan jambu butir banyak. Tapi BOQ mati kerana kakinya luka dan berkudis, dia mati di tepi pagar..airmata ini jadi saksi.



Sekarang musim As-Syura, aku teringat sama-sama kacau bubur As-syura di madrasah. Teringat ramai-ramai cari tempurung dan kikis sampai licin dan masing-masing bertanding tempurung siapa paling licin dan cantik untuk buat bekas nak makan bubur As-Syura. Ambil daun nenas rumah gemulah MakNgoh buat sudu untuk makan Syura. Teringat ramai-ramai makan nasi lauk ikan masin (ikan kering) di bawah madrasah. Makan atas daun pisang.

Teringat bubur As-Syura yang panas jatuh tertumpah atas lengan gara-gara berebut sudip dengan Pudin nak kaut bubur syura sendiri kononnya, lengan melecur, dua hari tak pergi mengaji.

Teringat semuanya.., menyebakkan dada, membuai rasa, menyapa kerinduan, meronta jiwa...

Comments

  1. salam Adah
    kenangan silam amat indah untuk dikenangkan
    pahit manis menjadi motivasi beharga kita menongkah arus penuh pancaroba.
    siput gondang, argh teringat baru jummat lepas gi rumah sahabat lama di Pasir puteh..dan siput gondang,burung bangau...

    ReplyDelete
  2. kg akk kat mane?.mcm seronok jerk dgr cite kg akk nie..

    ReplyDelete
  3. Ummu : Waalaikummussalam, ye memang benar Ummu, kenangan itulah memberi seribu warna untuk sebuah kehidupan.Saya gembira dilahirkan sebagai anak kampung yang miskin, kerana dari situlah saya belajar untuk mensyukuri nikmat Tuhan.

    Fara : kg akak Kg. Kuala Gris, Dabong, di Ulu Kelantan, perkampungan yang terpencil dan pedalaman, majoriti penduduknya berada di bawah paras kemiskinan. Era tahun 2000 barulah ada perubahan dan pembangunan sehinggalah sekarang. Kda dulu nak tengok TV pun susah,jarang penduduk situ ada TV nak makan ikan laut pun susah, coz hilux jual ikan dtg sekali seminggu jer. Bayangkan betapa daifnya penduduk di situ.

    ReplyDelete
  4. Adah,saya alhamdulillah dah keluar ward. Masuk sekejap je, Adah,hospital swasta, tak mampu lama-lama.Cdang asal ke HUSM Kubang Krian tapi senarai menunggu 6 bulan lagi,terpaksalah ke Hosp Perdana tu.

    ReplyDelete
  5. wahhhh..kak ada.... pandai nyer mengarang... best arr.. ni mesti masa kecik2 lu cita2 nak jadi penulis novel ni..ahakzzz - zura

    ReplyDelete

Post a Comment

respon..

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH