Hati ini teruji lagi..

Apa lagi yang mampu diucapkan,
Tinggal tangisan di dalam doa di kala malam mengadap Dia Yang Maha Kuasa.

Kerana Aku tetap yakin Dia tahu segalanya,
Dia tahu aku sedang menangis,
Dia tahu aku terlalu mencintai,
Dia tahu kasihku teruji.

Biar ku serah segala padaNya,
Kerana aku sudah habis daya,
Aku tak mampu berkata-kata lagi..
Tinggal airmata menjadi saksi,
Setiap hari, setiap malam.

Jalanku makin sunyi..langkahku makin longlai..
Tapi aku tetap gagahi demi buah hatiku..
Aku perlu kuat demi mereka..
Biar aku sakit merana, asalkan mereka bahagia..
Biar jantungku luluh sekalipun, asalkan mereka tetap terbela..

Langkah ini masih bersisa,
Dalam kelam kehidupan dan jiwa yang parah,
Biarlah aku teruskan,
Sekalipun keseorangan..kerana Tuhan tetap ada..

Biar apa pun terjadi
Aku akan tetap buat yang terbaik untukmu..
Selagi nafas belum berhenti..

Kerana aku tiada sesiapa lagi..

Comments

  1. Salam Um.
    Terima kasih kerana dapat merasai hati saya, maafkan saya kalau membuatkan hati Um sayu..

    ReplyDelete
  2. kak ida..banyak sungguh dugaan yg kak ida tempuhi.tapi sy sgt kagum kerana kak ida seorang yg tabah..moga ada entry bahagia slps ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

respon..

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH