aku tidak mahu lagi

Aku tidak mahu lagi
Mencintai seseorang dengan sepenuh hati
Kerana bila tersedar yang aku tidaklah dicintai sedemikian,
Aku jadi patah hati..

Aku tidak mahu lagi
Merindui seseorang yang kukasihi bila berjauhan,
Kerana bila aku tersedar yang aku dilupakan dibelakangnya,
Aku juga yang hampa

Aku tidak mahu lagi
Menganggap bahawa aku memiliki seseorang
Kerana cuma aku yang merasakan sebegitu,
Hakikatnya, aku silap..
Akhirnya aku juga yang akan kesal…

Aku tidak mahu lagi mempercayai..
Walaupun seorang teman hidup yang pernah susah senang bersamaku
Kerana bila kepercayaan yang kuberi dikhianati,
Aku jadi tidak pernah yakin lagi..

Aku tidak mahu lagi
Meletakkan harapan apa-apa pada sebuah perhubungan
Kerana bila hubungan itu gagal di tengah jalan…
Disitulah kesilapan yang sukar utk disesali..

Aku tidak mahu lagi
Menangis mengenangkan nasib
Dengan ujian dan dugaan yang sentiasa hadir..
Kerana Takdir telah menentukan segalanya..

Aku tidak mahu mengharapkan balasan pada cinta & kasih yang kuberi kerana aku juga yang akan ternanti-nanti..

Comments

  1. ADA KATA2 DR FADZILAH KAMSAH KALAU KITA MENYINTAI SESEORANG JANGANLAH 100% SIMPAN SIKIT RUANG UNTUK KECEWA KERANA KLAU TRJADI PD KITA TIDAKLAH TRLALU KECEWA.

    ReplyDelete
  2. ye, betul tu Nor, saya akui. anyway thanks call hari tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

respon..

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

~29 Jan~