hujan oh hujan..banjir oh banjir oh banjir....

Kelmarin call abang di kampung, katanya hujan lebat setiap hari sekarang. Tengok berita di TV pun, memang dah banjir, dah ramai kena pindah.

Alhamdulillah kampung masih tak ditenggelami air sungai yang melimpah, tapi sudah di paras merbahaya kata abang.

Aku terbayang segalanya bila ku pejam mata.

Dulu masa aku kecik, time ni lah yang paling bes, apa taknya, main air la...ramai-ramai tebang pokok pisang buat rakit. Berakit ke bukit belakang rumah (kerana kawasan belakang rumah agak rendah dan selalu digenangi air hujan bila musim banjir).

Kalau air sungai melimpah dan masuk ke kawasan kampung akan ada dua tiga buah rumah di hilir kampung dan bawah bukit akan tenggelam, maka akan bermulalah pesta payung berwarna-warni..maksud aku masa tu akan ramai orang kampung keluar rumah melawat kawasan yang ditenggelami air dan masa tu banyak kelihatan payung berwarna-warni sekitar situ.

Kalau dulu akulah antara yang paling sibuk nak meronda ke hulu dan hilir kampung, pergi tengok air..geng aku yang selalu merayau kat kampung tu ialah Maini, Ina, Leha dan Siah. Mereka ni bespren aku yang sama-sama nakal, yang paling nakal ialah Maini, hahaha.

Masa ni, memang langsung tak turun sungai..baju selalu kotor dan basah. Bila keluar rumah, confirm main hujan dan lumpur, masa ni selalu la kena marah dengan mak kerana tolong membanyakkan baju yang basah dan kotor.

Hmm...tapi itu semua cuma tinggal kenangan, sekarang bila anak-anak buah dan anak sendiri main hujan, aku bising melarang kononya takut demam la, takut selsema la, padahal aku dulu bantai hujan pagi petang ok pun, xde apa pun...

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

~29 Jan~