2012


Salam.


Minggu lepas, ambil masa sikit untuk berdua-duaan dengan teman baik, pergi tengok wayang. Dah lama kami tak dapat tengok wayang bersama. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tanggungjawab sendiri.


Agak teruja untuk menonton kali ini kerana ada terbaca emel yang agak kerap di forward kan oleh kawan-kawan. Untuk cuba membayangkan keadaan tersebut, maka cuba menontonya.


Biasalah, kalau filem 'orang barat' ni, segalanya nampak macam 'orang dia' saja yang bagus dan hebat. Kenapa saya berani berkata begitu? Kerana sudah banyak bukti filem yang telah kita tonton selama ini, memang mereka selalu membenarkan diri mereka walau dalam apa cara sekalipun, apatah lagi yang melibatkan agama. Mereka akan putar belitkan kebenaran yang termaktub di Al-Quran untuk memperlihatkan 'mereka' yang benar.


Semoga kita semua tidak terpedaya, Nauzubillah..


Bagi aku kisah tersebut mungkin di aplikasikan daripada kisah Nabi Allah, Nuh alaisalam. Lebih kurang sahaja, bukan benar-benar. Mereka cuba mengelirukan dengan mengubahnya iaitu membuat andaian kisah tersebut bakal berlaku pada 2012.


Perkara yang akan datang, kita masih belum pasti, yakni yang segalanya berada di dalam pengetahuan Allah swt. Kita sebagai makhluk Allah swt, tawakkal tu a'la llah.


Sama-samalah kita merenung kejadian dan memikirkan kebesaran Allah swt yang mampu menjadikan sesuatu apabila menginginkan sesuatu berlaku.


Allahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

~29 Jan~