Satu Hari Di hari Raya Haji

Salam.

Lagi dua hari umat islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan 10 Zulhijjah 1430H. Bermakna lagi dua hari umat islam akan menerima kedatangan Hari Raya Aidil Adha, atau Hari Raya Korban, atau yang selalu aku 'panggil' Hari Raya Haji.

Hari Raya Haji mungkin di pandang kecil bagi sesetengah orang, mungkin di pandang sepi bagi orang yang kurang meraikannya, mungkin dilupakan terus bagi mereka yang 'sibuk amat sangat' dan tidak mahu meraikannya.

Tapi besar maknanya bagi insan seperti aku, yang dulunya ketika masih kecil, ketika berada di kampung, ketika hidup dalam kesulitan, kepayahan dan kemiskinan.

Itulah hari yang ditunggu-tunggu dan bukan pada aku seorang, tapi pada semua orang-orang kampung. Malah hari itu dirasakan sama meriah atau mungkin lebih meriah dari Hari Raya Aidilfitri.

Kenapa??

Kerana hari itu, kami orang kurang mampu untuk makan besar seperti orang kaya ini, akan dapat makan nasi dengan lauk seperti orang kaya,

nasi lauk daging!

Dan untuk setahun sekali, kami dapat merasa makan seperti orang kaya, seperti orang bandar, seperti anak menteri, seperti anak raja!
hehehe...gembiranya aku dan 'orang-orang' senasibku.
Pasti menjadi kehairanan pada kamu semua pembaca, tapi itulah hakikatnya.aku tak tipu.
Dan itulah antara kenangan terindah dalam hidupku.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Comments

  1. Salam
    terharunya saya baca kisah saudari.
    kadang akla saya tidak emngerti mengapa sesetengah orang menganggap raya korban tak berapa penting...

    ReplyDelete
  2. Salam
    Terima kasih um.masyitah, sekadar perkongsian kisah hidup masa silam.

    ReplyDelete

Post a Comment

respon..

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

:)

~29 Jan~