Selamat Jalan..

(gambar sekadar imaginasi penulis utk sahabat)

Salam.
Pagi esok sahabat baik akan memulakan perjalanan yang jauh...pulang ke kampung halaman di seberang laut.
Hati bertaut, berlagu sendu..selamat jalan.
Semoga selamat dalam perjalanan.
Lihatlah kembali kampung halaman yang sudah lama di tinggalkan,

Ziarahlah sahabat lama, apatah lagi sahabat sepermainan, sudah lama kau tinggalkan mereka, entah masih ingat lagi atau tidak.

Kunjungilah seramai mungkin saudara mara, entah bila lagi kau akan bertamu, kerana esok kita tidak pernah tahu.

Bila bersua orang tua yang sudah lama kau tinggalkan, kucuplah tangan mereka, mohon ampun dan redha mereka.Ucapkanlah kasih sayang mu buat mereka, dari hati seorang anak, dengan kata-kata atau pun pelukan.

Renungkanlah jauh ke matanya, biar sampai ke dalam hatimu, agar kau dapat rasakan, ada getar rindu di dadanya.

Ingatlah, hari ini bila kau masih mampu merenung wajah tuanya, hari esok kau belum pasti...

Dan bila sampai waktunya kau kembali ke sisi sahabatmu ini semula, aku doakan kau tetap selamat di dalam perjalanan, meredah lautan kehidupan, sebagai seorang hamba Allah, berjuang di sebuah kota...

Salam kasih sayang dr sahabatmu..

Comments

Popular posts from this blog

~Jom minum air suam~

Pemberian terselindung

HAKIKAT SEDEKAH